ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESTI BACA !!! ISU KANGKUNG HEBAT "DIPUTARBELITKAN" PEMBANGKANG !!! @najibrazak @shaberyc

Tuesday, 14 January 2014

MESTI BACA !!! ISU KANGKUNG HEBAT "DIPUTARBELITKAN" PEMBANGKANG !!! @najibrazak @shaberyc


Bila bercakap bab SPIN.., PM DS Najib, Rosmah dan keluarga PM DS Najib menjadi sasaran utama untuk dijadikan fokus utama puak-puak pembangkang. Agenda spin puak puak ini, mereka sengaja dan tertunggu tunggu ucapan PM DS Najib atau Rosmah, untuk djadikan bahan cyberwar mereka. Sekalipun kata kata ucapan itu berbaur spontan mahupun ayat yang dijadikan sebagai contoh, puak puak pembangkang ini pasti akan mengambilnya untuk dijadikan headline di laman mereka.

Lebih hebat, setiap headline ini akan disambut oleh cybertroopers mereka yang sedikit tetapi berupaya memberi impak kepada keseluruhan pengguna media sosial.

Apa pegawai PMO lakukan bagi menepis dakyah kotor sebegini? Atau ada dikalangan pegawai PMO yang menjadi boss kepada budak budak pro pembangkang?

Ini hanya sedikit persoalan yang ditimbulkan kerana sejak kebelakangan ini media pro pembangkang dilihat semakin berani mengolah cerita dan PM DS Najib sering kali dicucuk kiri dan kanan seolah olah dengan niat menjatuhkan beliau menerusi cara halus atau serangan dari dalam.

ISU KANGKUNG...

Mari lihat keseluruhan ucapan DS Najib...


Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman.
Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara. 
Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji. 
Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan tersebut. 
Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut. 
Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu itu tidak perlu dibesarkan. 


Masaalahnya, pihak yang sengaja memperlekehkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu memang tidak rasional sehinggakan contoh yang paling mudah pun masih tidak faham-faham lagi.

Jika harga kangkung pun sukar difahami oleh pihak-pihak ini, patutlah pakatan pembangkang begitu senang membohongi mereka. 


Masihkan kalian ingat kata-kata Tun Mahathir 

"SYAITAN YANG DIKENALI" DAN "MALAIKAT TANG TIDAK KITA KENAL"

No comments:

Post a Comment