KOTA BHARU - Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang didapati menentang dasar kerajaan secara langsung boleh digantung atau dihentikan daripada memegang jawatan itu.
Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman berkata, pada tahun ini, mereka perlu melalui sesi temu duga bagi memastikan mereka yang tidak menyalahi peraturan disambung perkhidmatan.
“Segelintir guru Kafa yang dilantik sebelum ini dikenal pasti tidak menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang sepatutnya mendokong hasrat kerajaan.
“Walaupun kita mendapati perkara ini tidak begitu serius di parlimen ini, namun pencegahan awal perlu dilakukan bagi melahirkan pendidik yang lebih mantap,” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Guru-guru Kafa bagi Parlimen Pengkalan Chepa di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), di sini, semalam.
Pada majlis itu, seramai 301 guru Kafa menerima surat pelantikan yang turut dihadiri Timbalan Ketua Umno Bahagian, Ismail Omar; Naib Ketua Umno Bahagian, Wan Shahrul Azuan Abdul Aziz dan Ketua Pemuda Umno Bahagian, Haris Hussin.
Zaluzi berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana individu terbabit kerana Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM50 juta setiap tahun untuk guru Kafa di negeri ini.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Amran Mamat berkata, tindakan memberhentikan guru Kafa berkenaan adalah wajar.
“Pada tahun ini, kita membuat tapisan terperinci bagi memilih mereka yang betul-betul layak dan berkemampuan mendidik anak bangsa,” katanya.

SH
No comments:
Post a Comment