ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAYAT WANITA DITEMUI DALAM KEADAAN MENGERIKAN DI KAWASAN PEMBUANGAN SAMPAH !!!

Sunday 12 January 2014

MAYAT WANITA DITEMUI DALAM KEADAAN MENGERIKAN DI KAWASAN PEMBUANGAN SAMPAH !!!

Gambar Hiasan
BATU GAJAH - Mayat dipercayai seorang wanita ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan rentung di seluruh anggota badan hingga menampakkan tulang dan cebisan daging dalam satu kejadian di kawasan pembuangan sampah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, penemuan mayat wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu dimaklumkan kepada polis oleh orang awam pada jam 2.15 petang.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, anggota dari Unit Forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Batu Gajah bergegas ke lokasi kejadian yang terletak di kawasan pembuangan sampah di tepi jalan menghala ke Kampung Sri Rahmat, di sini.

Katanya, kawasan tempat pembuangan sampah tersebut agak terpencil dan lengang terutamanya pada waktu malam.

“Ketika tiba di tempat kejadian, anggota kami telah menemui mayat wanita terbabit yang masih mempunyai sisa pakaian dan berseluar pendek di antara sampah dan barang buangan di kawasan berkenaan.

“Lebih mengerikan apabila mayat wanita terbabit hanya tinggal sedikit daging serta menampakkan tulang serta kesan rentung di seluruh badan dipercayai dibakar hampir 95 peratus,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal ke atas mayat turut menemu kesan lebam disyaki hentakan di belakang kepala dan bawah mata.

“Setakat ini, identiti pengenalan mangsa belum ditemui namun beberapa barangan lain yang berada di kawasan berkenaan diharap dapat membantu siasatan.

“Berdasarkan kesan kecederaan tersebut kami percayai ada unsur jenayah dalam kejadian tersebut. Berikutan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya.

Shaharon berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 3.50 petang semalam untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa.

Berikutan itu, beliau menyeru orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan tampil ke balai polis berhampiran bagi mengenal pasti identiti mangsa untuk membantu siasatan.
sumber

No comments:

Post a Comment