ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KENAPA NUR FITRIAH TIDAK MAHU SAMBUNG PERKHIDMATAN DI MPPP ???

Thursday 9 January 2014

KENAPA NUR FITRIAH TIDAK MAHU SAMBUNG PERKHIDMATAN DI MPPP ???


Apakah punca sebenar Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Nur Fitriah Abdul Halim, 27, tidak mahu menyambung perkhidmatannya untuk penggal 2014-2015 ? 

Apakah kerana beliau tidak perform sebagai Ahli Majlis ?

Atau beliau punya cadangan lain selepas ini contohnya mahu menyambung pelajaran ?

Atau ada tangan-tangan ghaib yang sering kali mengganggu urusan kerja sehariannya ?

Persoalan ini masih menjadi teka - teki buat seluruh rakyat Pulau Pinang apatah lagi Fitriah hanya berkhidmat dalam tempoh tidak sampai setahun.

Menjadikan alasan peribadi sebagai alasan untuk tidak menyambung perkhidmatannya mengundang pelbagai persepsi di mata rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya menerima surat daripada Nur Fitriah mengenai hasratnya itu.

Bagaimanapun, Kon Yeow enggan mengulas lanjut mengenai alasan yang diberikan Nur Fitriah apabila disoal media mengenainya.

"Bukan soal prestasi tetapi kita menerima surat daripadanya ingin mengundur diri dan tidak berniat meneruskan perkhidmatan," katanya

Perlantikan Fitriah yang sebelum ini mengundang kontroversi kerana di lihat sebagai satu sandiwara kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang bagi memenuhkan kuota orang Melayu jelas menjadikan isu ini kembali panas.

Malah sebelum ini juga heboh mengatakan perlantikan beliau di buat tanpa proses temuduga dan kerajaan negeri di lihat sebagai berlidah cabang.

Ini di sebabkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang , Guan Eng selaku Ketua Menteri sudah pun menyatakan bahawa pentadbiran mereka akan berdasarkan slogan wayang cina CAT iaitu Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Tindakan perlantikan  Nur Fitriah Abdul Halim 26 tahun tanpa melalui proses temuduga sudah cukup untuk membuktikan betapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengotakan apa yang di janjikan melalui slogan CAT mereka.

Di mana Cekapnya jika tidak melalui proses temuduga ? Di mana akauntibilitinya jika terus mengangkat sumpah sebagai ahli majlis ? Di mana Telusnya jika gadis berusia 26 tahun ini yang baru seminggu mendaftarkan keahliannya dalam parti DAP di tabalkan sebagai ahli majlis malah tidak perlu melalui proses seperti mana orang lain ? Baca selanjutnya

No comments:

Post a Comment