ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KAUM WANITA DIGALAKKAN BERSENAM KETIKA "DATANG BULAN" .

Wednesday 1 January 2014

KAUM WANITA DIGALAKKAN BERSENAM KETIKA "DATANG BULAN" .


Kebanyakan wanita rasakan bahawa jika datang bulan, semua aktiviti sukan dan senaman harus dijauhi. Dahlah tak cukup darah dan rasa lemah, bagaimana nak bersenam?

Silap ya teman-teman. Secara umumnya, bersenam ketika datang bulan sesuatu yang bagus, kerana senaman membantu mengurangkan sindrom dan masalah haid seperti rasa lemah dan sakit kepala. 

Senaman regangan seperti yoga contohnya, sangat bagus. Namun hati-hati, bukan semua posisi yoga boleh dilakukan ketika datang bulan!


Posisi seperti ‘shoulder stand’, ‘headstand’ dan ‘plough pose’ (senang kata posisi dimana anda berdiri diatas kepala) harus dielakkan sepanjang haid.

Ini kerana apabila anda berdiri diatas kepala, saluran darah dalam uterus anda akan mengembang dan membuatkan kedatangan haid yang lebih banyak lalu akibatkan senggugut.

Teruskan regangan biasa, namun elakkan sahaja posisi yoga diatas supaya anda juga tidak sakit sangat semasa datang haid. 

No comments:

Post a Comment