ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU "BUGHAH" : HARUSSANI TAK GENTAR KENCAMAN !!!

Saturday 4 January 2014

ISU "BUGHAH" : HARUSSANI TAK GENTAR KENCAMAN !!!

Kuala Lumpur: “Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Sambil menegaskan tanggungjawabnya mengingatkan umat Islam, Harussani berkata, istilah ‘bughah’ tidak terhad hanya penentangan terhadap kerajaan yang adil, sebaliknya merangkumi kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi berperlembagaan.
Beliau tidak gentar jika ada pihak yang mengecam kenyataannya itu, malah tetap istiqamah dalam pendiriannya meskipun berdepan kemarahan segelintir kelompok.
“Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti.
Nota Kaki :
PAS mungkin lupa bagaimana sejak lama dahulu lagi merekalah sewenang-wenangnya mengkafirkan rakyat yang tidak menyertai PAS.

Mereka lupa tafsiran kafir yang semberono oleh ulama PAS pernah cetuskan huru-hara dan memecah belahkan rakyat apabila bukan sedikit jumlah masjid yang menunaikan solat dua imam kerana penyokong fanatik mereka yang taksub menyifatkan solat berimamkan selain ahli PAS tidak sah!!

Ingatkah pembangkang dari mana nas dan dalil yang diambil bila pemimpin PAS suatu ketika dahulu apabila dengan pasti menyatakan undi PAS jika mahu masuk syurga sedangkan perkara itu hanya Allah yang tahu??

Kenyataan Mufti Perak mengenai “bughah” merujuk kepada pihak tidak bertanggungjawap yang mahu mencetuskan kekacauan dan menggunakan kekerasan dijalanan untuk menumbangkan kerajaan, dan bukan khusus dituju kepada pembangkang, PAS mahupun PKR . Mungkin ada hikmah dari Allah.

Jika pemimpin dan penyokong pembangkang yang hati mereka pedih terguris, kecewa atau marah kerana TERASA disifatkan “bughah”, cuba kenang semula berapa ramai manusia yang menyokong kerajaan atau ahli UMNO serta zuriat keturunan mereka yang sedih, marah dan terhina apabila SECARA LANGSUNG dituduh KAFIR?

No comments:

Post a Comment