KLXpress hari ini menerima kiriman gambar dari salah seorang kenalan yang berada di Gombak lewat pagi tadi. Air minuman yang diberi nama Rejuvenate Ajaib telah diberikan secara percuma di sebuah kedai runcit di daerah. Di label botol itu turut tertulis potongan ayat daripada Bible di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu. Turut diterangkan sekiranya botol ini dibawa kembali ke Faith Christian Centre untuk mendapatkan satu kejutan. Setakat ini, pihak KLXpress belum mendapat sebarang info berhubung apakah kejutan tersebut.
Nampaknya kegiatan mubaligh Kristian di negeri Selangor menjadi semakin aktif dari hari ke hari. Malah, untuk mencetak label dan membotolkan air minuman secara skala yang besar bukanlah sesuatu yang dirancang dan dilakukan dalam masa seminggu dua sahaja tetapi memakan masa paling singkat pun 3 ke 4 bulan.
Minuman ini tidak dilabelkan sebagai ‘Holy Water’ namun potongan ayat tersebut yang dipetik daripada John 4:14
“but whoever drinks the water I give them will never thirst. Indeed, the water I give them will become in them a spring of water welling up to eternal life.”
Ayat ini didapati sering digunakan oleh Kristian sebagai dalil yang untuk menggunakan holy water ini di dalam agama mereka seperti mana petikan sermon yang diperoleh di bawah ini.
Setelah dilakukan sedikit penyelidikan ringkas, Faith Christian Centre adalah sebuah gereja yang terdapat di Bandar Sunway, Petaling Jaya dan bukannya di Sabah ataupun di Sarawak. Gereja ini merupakan sebuah gereja Anglican yang telah ditubuhkan sejak tahun 1996 dan beroperasi di dalam Bahasa Inggeris. Tetapi semenjak tahun 2000, mereka telah menambah perkhidmatan Bahasa Malaysia.
Persoalan yang timbul di sini, adakah pihak penguatkuasa negeri memantau dengan baik pergerakan penyebaran agama bukan Islam di negeri Selangor. Adakah cukup dengan satu serbuan sahaja yang dilakukan oleh pihak JAIS?
Adakah Kerajaan Selangor akan terus menafikan kejadian seperti ini dan mengatakan bahawa ini adalah polemik agama semata-mata?
No comments:
Post a Comment