IBLIS LAKNATULLAH.
Nama glamour:
Hantu, syaitan, pelesit, jembalang,langsuir dan lain-lain
Kelahiran:
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri:
Fasik kelas pertama
Agama:
Kufur
Tempat Tinggal:
Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap:
Neraka jahanam
Kawasan:
Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH
Arah perjalanan:
Tiada haluan dan bengkang-bengkok
Isteri:
Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat:
Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH
Modal pusingan:
Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat pertemuan:
Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat:
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib:
Anak-anak Adam
Motto kerja:
'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi:
Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita-cita:
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yang tidak digemari):
Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri:
Bila manusia membaca istighfar
Mentor yang dikagumi:
Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo:
Sebarang tatu
Pejabat operasi:
Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi:
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan:
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan:
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT
Tempoh perkhidmatan:
Sehingga hari khiamat
Matlamat sebenar:
Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam
Teman sejawat:
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran:
Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH
Pembantu setia:
Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yang tak dapat dilupakan:
Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit:
Manusia yang digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran:
Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yang digemari:
Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci:
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH
Alat perangkap:
Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Saat ajal:
Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak
Yang paling membosankan:
Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yang paling meletihkan:
Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala
Tugas yang paling disukai:
Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina
Janji kepada manusia:
Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira:
Manusia yang mengikut jejak langkahnya
Saat yang mendukacitakannya:
Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis:
Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT
Dipetik dari detikislam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment