ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "TIADA PAKSAAN DALAM UGAMA" - ULAMAK PAS GAGAL TAFSIR !!!

Friday 9 November 2012

"TIADA PAKSAAN DALAM UGAMA" - ULAMAK PAS GAGAL TAFSIR !!!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

Rata-rata semua orang Islam tahu bahawa Islam mengajar kita tiada paksaan dalam agama, ini berkaitan dengan firman Allah SWT dalam al Quran :

لا إِكراهَ فِى الدّينِ ۖ قَد تَبَيَّنَ الرُّشدُ مِنَ الغَىِّ ۚ فَمَن يَكفُر بِالطّٰغوتِ وَيُؤمِن بِاللَّهِ فَقَدِ استَمسَكَ بِالعُروَةِ الوُثقىٰ لَا انفِصامَ لَها ۗ وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ ﴿٢٥٦﴾Surah Al-Baqrah - Ayat 256 Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Apa yang kita faham seseorang tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Itu muktamad. Tetapi apabila seseorang telah Islam, ia terikat dengan disiplin dan hukum-hakam Islam, yang sumber tertingginya adalah al Quran dan Hadis. Dalam erti kata lain lantaran ia telah memilih Islam, ia tiada pilihan melainkan mati dalam Islam kerana itulah peraturan dalam Islam yang ia pilih untuk menganutnya.
Ayat ini, memperlihatkan kepada kita bahawa Islam bukan agama yang memaksa. Seseorang yang tidak beragama islam, kita tidak boleh paksa mereka agar menerima Islam, tetapi tugas yang Allah berikan kepada kita adalah, berbincang, berwacana, menyeru dan mengajak mereka kepada islam dengan kebijaksanaan yang ada atas nama dakwah islamiyyah.
Sekiranya mereka menerima Islam, maka itu merupakan kejayaan yang gemilang. Adapun jika mereka tidak mahu menerima, maka ia merupakan ujian dari Allah, agar kita meningkatkan lagi usaha dan kebijaksanaan dalam menerang dan menyampaikan islam.
Seseorang yang yang tidak menerima Islam, adalah dilarang diperangi mereka, iaitu selagi mereka tidak menzalimi, mengkhianati atau menafikan hak orang lain. Pun begitu, tugas sebagai pendakwah, wajib diberi penerangan dan menyeru mereka kepada Islam dengan segala kebijaksanaan atas nama dakwah.
Adapun jika mereka tidak menerima Islam sehingga melakukan kezaliman, menafikan hak manusia dan melakukan pengkhianatan terhadap orang lain, maka golongan sebegini baru boleh diperangi
.

____________________________________________________________

Hanya kerana taksub dengan duniawi, gila untuk merampas kuasa kerajaan, mabuk kuasa dunia maka semua ulama parti PAS telan sahaja apa yang keluar dari mulut sekutu mereka walaupun mereka tahu bahawa sekutu pakatan haram mereka keluarkan kenyataan hanya bersandarkan undi demi politik semata-mata.

Tak perlulah saya nak tafsir secara mendalam mengenai ayat di atas, cukuplah sekadar Allah swt telah bermurah hati tunjukkan kepada kita betapa dalam parti PAS, hanya ada ulama politik yang entah dari mana asal pendidikan mereka.

Allah SWT tunjukkan bahawa himpunan manusia yang gunakan ketayap putih yang kononnya ustaz yang hebat di pentas ceramah hanyalah manusia yang tidak tahu apa-apa. Mereka kebanyakannya menghafal dua atau tiga potong ayat Quran untuk dijadikan modal di pentas ceramah dan sesudah ceramah, mereka senyum lebar kerana rata-rata pendengar yang tak tahu mereka ditipu telah mengangkat martabat mereka menjadi USTAZ.

Apakah dengan mudah bila anak kita yang dah akil baligh tidak solat maka kita tak boleh memaksa anak kita solat kerana ayat di atas ? Bagaimana dengan gesaan Nabi saw meminta kita mula mengajar anak solat seawal usia mereka dan rotan mereka kiranya mereka tinggalkan solat bila dah mencapai umur wajib solat atau dah akil baligh ?

Semudah ini Nik Aziz dan HAdi Awang GAGAL untuk buka mulut menegur sekutu pakatan haram mereka persendakan wahyu Ilahi ?

Bermula kononnya dari mereka menang besar di PRU12, apa sahaja yang dibuat oleh sekutu pakatan haram mereka, Pas tak mampu tegur, umpama bidalan kasar orang kampung, "telor dan masuk ke dalam", mereka tak mampu tegur dan baiki silap mereka. Apa yang Allah SWT tunjukkan kepada kita, parti Pas cuba tegakkan apa yang SALAH, mereka ketepikan soal dosa pahala dan halal haram.

Bertitik tolak dari penggunaan nama Allah oleh penganut lain hinggalah cermah dalam masjid oleh kafir-kafir sekutu pakatan haram mereka dan yang terbaru isu kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah yang agak kontroversi.



Pas terus membisu menjadi Syaitan atau IBLIS bisu. Takutnya Pas, bimbang nanti PRU mereka tak dapat bajet dari pakatan haram mereka. Bajet yang kononnya datang dari kumpulan Yahudi yang berpengkalan di Amerika.


Kerana kuasa, kerana undi maka apa yang tertera dalam gambar di atas dengan mudah parti Pas mengangguk sahaja. Peduli apa dengan hukum hakam, peduli apa dengan adab dan sunnah memakmurkan Rumah Allah, janji mereka dapat sokongan untuk PRU, itu lebih penting.

Takrif SUCI dalam Islam pun Pas GAGAL tafsir, inikan pula ayat mengenai "tiada paksaan dalam agama".

Gambar di atas hanyalah bukti kecil dari seribu kejahilan PAS dalam menipu umat Islam di Malaysia.

WALLAHUALLAM .

No comments:

Post a Comment