ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MELAYU WAJIP SOKONG PAS !!! FATWA BARU KEEE ???

Saturday 10 November 2012

MELAYU WAJIP SOKONG PAS !!! FATWA BARU KEEE ???





Saya tertarik dengan gambar pelik di atas di mana sepanduk di Simpang 4 Binjai, Kubang Kerian menghala ke Kota Jembal ditulis "Melayu Wajib Sokong PAS".

Saya pun hairan kenapa PAS boleh keluarkan "fatwa" mewajibkan dalam hal mengundi. Perkara hukum ini jangan dibuat main kerana ia berkaitan dengan Mukhallaf itu sendiri sebab kalau seseorang itu mengaji usul fekah berkenaan bab hukum taklifi diterangkan dalamnya hukum  wajib ialah kaedah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun).

Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan lain-lain. Lagi satu, sejak bila puak-puak ini mementingkan Melayu?

Kami hanya teringat kata-kata dan pendirian ketua yang ditaksubi orang PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Bukankah diketahui ramai bahawa Mursyidul Am PAS sendiri menolak bangsa Melayu? Bukankah dia yang kata haram amalan berasaskan bangsa yang dianggap Assobiyah? Sudah dia kata PAS untuk Muslim, kenapa pula mintak undi Melayu, sebutlah mintak undi Muslim!

Ini semua pasal Nik Aziz tak mahu mengaku bangsa Melayu kerana dia keturunan anak Raja jembal.

Nik Aziz tak bangga jadi bangsa Melayu?

KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.
Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.
Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam.


“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.
“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah.
Sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

Kalau memang benar tidak mahu mengaku Melayu, usah minta undi Melayu. Pergilah mengemis kepada undi kaum Cina DAP yang seringkali diagung dan disembah tu!!!

No comments:

Post a Comment