ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MUKTAMAR PAS KE 58 - 3 FATWA PUTAR BELIT LIDAH BERCABANG MAJLIS ULAMA PAS.

Friday 16 November 2012

MUKTAMAR PAS KE 58 - 3 FATWA PUTAR BELIT LIDAH BERCABANG MAJLIS ULAMA PAS.



Fatwa I – Guling BN Lebih Utama
Dewan Ulama Pas menganggap usaha menggulingkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lebih besar berbanding isu kebebasan beragama di kalangan orang Melayu yang dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Meskipun menyatakan tidak menyokong Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap menganggap isu tersebut kecil. Malah, Harun seolah-olah menanggap Nurul Izzah tidak melakukan kesalahan besar, justeru enggan meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai itu supaya bertaubat sebagaimana nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
“Bertaubat itu kalau dia buat salah besar, dalam perkara-perkara seperti itu Tan Sri Harussani pun harus bertaubat kerana dia tidak menyokong perjuangan Islam, dia harus bertaubat,” katanya ditemui selepas perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat Ke-51 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan.
Ulasan
1. Amalan mengguling pemerintah Islam adalah amalan Ikhwannu Muslimin yang menganut fahaman Khawarij dan haram hukumnya di sisi syarak. Hadis Rasulullah S.A.W antara lain menyebut Khawari adalah anjing-anjing neraka.  Apa yang dituntut oleh Islam adalah saling menasihati /menegur dan memperkuatkan kepimpinan Islam dan menjatuhkan Kerajaan Islam (UMNO) dan menikkan Kerajaan Kafir (majoriti bukan Islam di dalam DAP dan PKR)
2. Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pas menyatakan kenyataan Nurul Izzah berkenaan melayu bebas memilih agama selain Islam seperti kaum kaum lain adalah perkara kecil amat tidak boleh diterima akal. Soal akidah dikatakan kecil sedangkan soal pemakaian tudung seperti yang selalu menjadi mainan sindiran ulama-ulama Pas ke atas DS Rosmah Mansor menjadi benda besar pulak. Kecil dan nipis betul iman para alim ulama di dalam PAS ini.
Fatwa II- Hukum Hudud Akan Dilaksana Sekiranya Pembangkang Menang Majoriti
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menjelaskan, pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum nanti. Beliau berkata, sekiranya Pas mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang-undang negara.
“Dalam pakatan kita sudah bersetuju secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud, tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan bila kita berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia, tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi.
Ulasan
Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib berkata, sekiranya pas mendapat majoriti dalam parlimen, undang-undang berkaitan hukum Hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang2 negara, Hahaha. Nampak gayanya Tok Guru Pas ini kena masuk mengaji di kelas PASTI semula. Belajar mengira dan hafal sifir 12. Kerusi parlimen ada 222. Jikalau hendak mendapatkan majoriti mudah, PAS hendaklah mendapatkan 111 kerusi. Kalau hendak mengubah perlembagaan PAS harus memiliki 2/3 undi Parlimen. Pas bertanding kerusi Parlimen sekadar 65 kerusi, DAP tanding 66 kerusi dan selebihnya PKR bertanding 91 kerusi. Kalau Pas menang semua kerusi sekalipun baru 65 kerusi. Bagaimana Datuk Harun Taib boleh berkata jika Pas dapat majoriti di Parlimen maka hudud akan dilaksanakan? Geli hati dengan sifir Dewan Ulama Pas ini. Pas tidak mahu mengakui bahawa Pas tidak akan mampu melaksanakan hudud tanpa sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO.
Fatwa III – Ahli Pas Diarah Undi Calon DAP, PAS?
Pas yang memilih bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai matlamat politiknya, mengarahkan ahli-ahli parti itu supaya mengundi calon-calon bukan Islam dalam kalangan pakatan pembangkang. Keputusan itu dibuat hasil ijtihat ulama Pas yang mendakwa merujuk kepada al-Quran dan hadis, membenarkan tahaluf siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Serentak itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, tugas ulama dalam Pas adalah untuk memberi penjelasan perkara tersebut kepada ahli-ahli parti menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis. Kata beliau lagi, dalam masa yang sama juga ulama perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat tahaluf siyasi yang digariskan.
Ulasan
Dulu tidak boleh, sekrang boleh pula! Sudah lupakah Pas, selama ini Pas menjadikan perbuatan mengkafirkan sesama Islam sebagai uslub perjuangannya untuk meraih undi Orang Melayu, supaya mengundi PAS semata-mata untuk mendapatkan kemenangan di dalam pilihanraya. Tuduhan ini mula dilemparkan oleh Pas semasa kempen pilihanraya tahun 1964 dengan menyatakan orang UMNO menjadi kafir kerana berkongsi kuasa memerintah negara ini dengan parti-parti yang ahlinya bukan beragama Islam seperti MCA dan MIC serta parti-parti komponen lain yang tidak beragama Islam. Kata-kata Pas makan diri sendiri. Mereka kini terbelit dengan kata-kata sendiri. Ulama Pas memang lidah bercabang!!!

No comments:

Post a Comment