ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU KEBEBASAN BERAGAMA OLEH NURUL IZAH - PAS BERBEZA PENDAPAT

Sunday 11 November 2012

ISU KEBEBASAN BERAGAMA OLEH NURUL IZAH - PAS BERBEZA PENDAPAT


Berikut adalah terjemahan penuh Nurul Izzah dalam sesi soal jawab mengenai kebebasan beragama. 

TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS KE BAHASA MELAYU

Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."

Nurul Izzah : Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas.
Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. 
Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.

TRANSCRIPT ENGLISH
Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."


Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.
In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung isu bebas untuk memilih agama kerana beliau mendakwa ia disiarkan oleh akhbar yang sudah beberapa kali disaman diatas laporan palsu.
"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama."
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat."
"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," - Nik Aziz

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan PAS tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Nurul Izzah kerana menganggap isu itu tidak penting berbanding banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan bagi menghadapi pilihanraya.
Ketika ditanya wakil media sama ada parti itu akan bertemu dengan Nurul Izzah, Hj Hadi berkata, "kita banyak lagi hal lain nak selesai untuk hadapi pilihan raya, lagipun kita kena periksa dahulu. Dalam Islam kalau kita tidak jelas walau satu peratus, kita tidak boleh hukum." 
Bagaimanapun disebabkan isu ini cukup besar bagi umat Islam, dan yang menimbulkan isu itu pula pemimpin dikalangan PR, Hj Hadi mendakwa, setakat ini Pas belum mendapat gambaran sebenar mengenai isu tersebut. "Kita tak dapat bergantung kepada laporan media," katanya pada sidang media selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu hari ini.

Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz 

KOTA BHARU 6 Nov. - Dewan Pemuda Pas hari ini ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.
Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.
“Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?
“Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya," katanya yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya di sini hari ini.
Ahad lalu, Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.
Menurut Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Nik Abduh berkata, tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa bukan Islam untuk memeluk agam suci itu.
“Ayat ‘tiada paksaan dalam beragama’ adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih agama masing-masing.
“Tetapi jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak berhak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.
“Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim? Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar agama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain?," soal beliau.

Nasharudin Mat Isa 

PETALING JAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) disaran bertaubat dan menarik balik kenyataannya berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu di negara ini. 

Saranan dibuat bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai kenyataan besar dan memberi implikasi serius jika digunapakai oleh orang Melayu. 

"Dalam hal ini saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam apabila kita melakukan kesalahan, dan apabila kita sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat di atas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita kerana Allah SWT itu Maha pengampun Lagi Mengasihani," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, pada Ahad. 

Katanya, isu ini dianggap serius kerana melibatkan perkara asas Islam dan Nurul Izzah harus bertanggungjawab. 

Sambil menyifatkan kenyataan Nurul Izzah sebagai bercanggah dalam Islam dan Perlembagaan, beliau berkata ia juga boleh menimbulkan kekeliruan besar dalam masyarakat. 

"Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas 'Akidah dan Syariah Islam'. 

"Kedua, ia tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. 

Nasharudin berkata dalam kes ini Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan telah membuat tafsiran yang salah. 

Tambahnya, Nurul Izzah mentafsirkan ayat ke- 256 surah al-Baqarah yang bermaksud 'Tiada paksaan dalam agama' untuk ke arah sebagaimana yang telah beliau ucapkan. 

Menurut Nasharudin, ayat 'Tiada Paksaan dalam agama' itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang disepakati seluruh Ahli Tafsir Islam tanpa khilaf. 

"Tafsiran bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.

"Namun, apabila orang Islam itu sudah menjadi seorang Muslim maka ayat ke-36 surah al-Ahzah terpakai ke atasnya sebagai Muslim," katanya. 

Ayat ke-36 surah tersebut bermaksud "Tidak boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak ada hak untuk memilih..." 

Mengulas mengenai cubaan menjawab balik Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan dengan menyalahkan pihak tertentu, kononnya kenyataan disalahpetik dan disalahtafsir, Nasharudin mengaitkannya dengan kaedah penting yang oleh pakar-pakar dan sarjana Islam iaitu meletakkan hukum dengan perkara yang zahir. 

"Dalam konteks kenyataan Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas dan bermaksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan," katanya. 

Dalam pada itu Nasharudin turut menunggu 'keberanian' kepimpinan tertinggi Pas memberikan kenyataan dan pandangan terhadap kenyataan Nurul Izzah.

"Saya amat yakin Pas berani untuk menyatakan pendiriannya sebab aliran pluralisme agama, aliran liberalisme merupakan dua aliran yang ditentang hebat oleh Pas. 

"Dalam konteks ini saya pasti mungkin dalam tempoh terdekat ini ada pimpinan terkanan Pas akan membuat kenyataan dan saya juga dapat merasakan ini akan menjadi topik yang akan diketengahkan oleh para perwakilan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-58 minggu depan," katanya.

No comments:

Post a Comment