ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MANIFESTO BUKAN JANJI BAGI PAKATAN RAKYAT.

Monday, 12 November 2012

MANIFESTO BUKAN JANJI BAGI PAKATAN RAKYAT.

MUDAHNYA PAKATAN RAKYAT MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN JANJI-JANJI PALSU.

Kita ambil hanya beberapa perkara dalam manifesto di atas. Sepatutnya kerajaan negeri ada hak penuh untuk menjalankanya. Semua tahu, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang.

1. Pendidikan Percuma : UNISEL di bawah pengurusan kerajaan Negeri Selangor, sampai hari ini gagal memberi pendidikan percuma. Malahan PASTI di Kelantan pun masih memungut yuran daripada ibu bapa yang miskin. Kenapa masih tidak beri pendidikan percuma? 

2. WIFI Percuma : 22 tahun PAS Kelantan memerintah, kenapa nak tunggu lepas PRU13 baru nak bagi WIFI percuma? Pemberian WIFI percuma mesti mendapat kelulusan kerajaan persekutuan ke? Nampak sangat bodoh PAS di Kelantan. UMNO/BN hari ini mula perkenalkan kampung tanpa wayar. WIFI diberikan percuma oleh penduduk. PAS bohong!!

3. Pemberian tender yang lebih telus : Ini lagi satu lagi lawak, di Kelantan, siapa tidak kenal dengan Husam Musa. Segala tender projek kerajaan negeri kebanyakkan banyak diberikan oleh kroni beliau. Nik Aziz pun banyak bagi projek pada Arifahmi menantu kesayangan. Nampak sangat mereka bohong.

Apapun, terbukti mereka ini hanya menabur janji palsu. Allah telah bagi kuasa memerintah Kelantan selama 22 tahun, apa yang PAS buat? Mereka kata tidak cukup hanya Kelantan yang PR memerintah sebab Kelantan tidak ada sumber ekonomi. Allah bagi pulak Selangor pada PRU13, apa yang berlaku? Masih tidak ada perubahan. Yang mereka tahu, songlap harta negara dan bedak sana sini bagi "make-up" dengan hanya kata-kata manis melalui slogan dan spanduk semata-mata.

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Manifesto adalah perkara yang mesti ada dalam mana-mana pilihan raya. Selain calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

Semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13, semakin kerap perkataan 'manifesto' menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi.

Menjelang pilihan raya umum yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai.

Apakah itu manifesto? Menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat manifesto yang baik adalah manifesto yang dapat membangkitkan rasa keinginan di kalangan pengundi untuk memilih sesebuah parti politik dan wakil rakyat mereka.

"Memang benar faktor calon itu memainkan peranan yang penting, tetapi pengundi juga mahu tahu apakah manifesto atau deklarasi yang boleh ditawarkan kepada mereka," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Setakat manakah janji-janji berkenaan mampu diingati semua pengundi?

Che Hamdan berkata satu kajian, yang dijalankan pada 2009 terhadap sekumpulan belia berumur antara 21 hingga 40 tahun, mendapati kebanyakan orang telah lupa dengan apa yang ditawarkan kepada mereka semasa kempen pilihan raya umum 2008.

No comments:

Post a Comment