ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MUKTAMAR PAS KE 58 - ANTARA REALITI DAN FANTASI

Wednesday 21 November 2012

MUKTAMAR PAS KE 58 - ANTARA REALITI DAN FANTASI


 'Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh'

Semua boleh lihat persembahan sandiwara parti berlogo Islam  tapi tidak mengamalkan Islam. Muktamar cuma untuk  menjaga hati dan mengawal kerosakan. Pelbagai isu di ungkit walau pun bunyi nya macam hebat tapi tidak kemana. Seperti biasa apa keputusan dan resolusi di buat bakal berkubur dengan kenyataan seorang dua individu yang menguasai parti PAS.
Buat lah apa sahaja resolusi atau demand ianya wayang untuk tatapan mata pemberi undi yang memang setia taksub dan fanatik. Konon mahu Hj Hadi jadi Perdana Menteri walau pun tahu jumlah kerusi yang di tanding sememang tidak cukup jika menang semua pun.Konon ada pulak yang mahu hudud walau pun tidak konsisten dan ikut cuaca sahaja hudud itu.
Kes galak murtad Nurul Izzah tidak di sentuh lansung kerana memurtad kan melayu Cuma isu kecil kata Ketua Ulama nya. Sedang dalam Al-Quran murtad tidak boleh di terima pun. Politik jaga hati dan mengejar kerusi sememang nya dari dulu menjadi agenda parti politik bertopeng agama ini.
Malah sedang umat Palestin di zalimi Israel sempat lagi PAS ambil kesempatan dari ahli yang ramai sedang berkampung di Kota bahru dengan doa "KO BN" nya dan bukan "Ko Israel". Malah anak kepada pembela Negara Israel pula yang di lindungi nya.
Umum tahu PAS amat tercedera dengan imej membela maksiat Anwar Ibrahim, dan menyedari ahli bawahan tidak sedap duduk dengan dilabelkan sebagai pembela maksiat Anwar lalu sesuatu mesti dilaksanakan untuk memulih imej dengan mengambil hati kumpulan ahli ini. Biar lah dapat 'mencuri' kembali undi ahli yang mula merasai diri mereka digunakan untuk membela Anwar. Nanti di belakang kerja rundingan sulit akan di lakukan untuk menyelesai kan masalah tersebut.
Selain itu akhbar Harakah menjadi lauk kepada sayap muda PAS yang sedar alat propaganda parti itu sudah di 'hijack' oleh pihak tertentu yang menguasai editorial nya. Apa tidak nya bila ia lebih mencerita kan pemimpin komponen dari hal ehwal parti sendiri. Begitu kuat pukulan "anwarinas" sehinga ahli tidak berpuak mula rasai mereka kehilangan suara dalam media sendiri.
Penghinaan DAP kepada Islam juga tidak di sentuh kerana ia bakal merugi kan pakatan yang sedang baik Pakatan  jahat nya.
Muktamar untuk kaup derma dan beri perniagaan kepada kroni baik dari segi penyewaan hotel, catering dan lain lain ini tidak harus di cemari dengan kejujuran menjawap soalan akidah atau pun soalan yang memerlukan jawapan tepat kerana ia bakal melambat kan lagi proses ke Putrajaya. Tumpuan ke Putrajaya adalah perkara utama dan "afdhol" tiada lain lebih "afdhol" selain mengejar kedudukan dan kerusi.
Seperti sarkis baru masuk pekan , khemah khemah , harimau, gajah monyet semua mesti di siap kan. Persembahan harus di mula kan tidak kira hujan atau panas. Penipuan atau slogan mesti mantap, sama ada Al-Quran di sisih dan buku jingga di peluk itu perkara nombor dua yang utama adalah “show must go on” untuk menawan Putrajaya.
Sebaik sahaja muktamar selesai sarkis besar masuk pekan, Kerja sarkis apa lagi kalau bukan menghibur kan dan paling gembira lihat sarkis ada lah kanak kanak. Bila kanak kanak suka ibu bapa lah yang kena jadi mangsa. Siapa yang percaya sarkis itu bahan serius tentu sekali amat jahil dan kurang bijak.
Dan pada sarkis hadir lah badut badut membuat lawak cuma beza kali ini badut tidak memakai baju badut , TETAPI memakai serban dan jubah datang penuh menghiburkan .

WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment