ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KETUA PENGARAH JABATAN PILIHAN RAYA PAS SAHKAN MEREKA AKAN KALAH BESAR PADA PRU 13...BETULKAH ???

Monday 5 November 2012

KETUA PENGARAH JABATAN PILIHAN RAYA PAS SAHKAN MEREKA AKAN KALAH BESAR PADA PRU 13...BETULKAH ???



"Kerajaan diminta jangan persalahkan rakyat jika mereka turun sekali lagi ke jalan raya jika tuntutan mereka untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil tidak diendahkan dan   langkah ini kadang-kadang terpaksa diadakan ekoran kedegilan kerajaan ....." Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohamad Hatta Ramli (gambar)


Penuh dalam pelbagai media sampailah ke sms PAS mengatakan mereka akan menang besar dalam PRU 13 ni dan akan merampas Putrajaya. JIka benar seperti apa yang dikata mengapa kenyataan seperti di atas dikeluarkan???

Mengapa perlu menimbulkan huru-hara jika kemenangan sudah ada dalam tangan? Yang sebenarnya mereka sudah tahu kekalahan yang bakal mereka alami dan tiada jalan lain untuk menebus "kemaluan" itu selain melakukan huru-hara.

Membuat huru-hara adalah jalan terakhir yang mereka ada untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap kekalahan mereka.

Mereka bukan sahaja terpaksa menanggung "kemaluan" yang amat sangat di atas kekalahan itu tetapi mereka juga gagal menyelematkan "kemaluan" Anwar yang bakal dibawa bersama ke penjara bersama tuannya..

Dr Hatta tidak perlulah mengugut kerana  kenyataan beliau ini pun sudah jelas menunjukkan yang PAS mengaku akan kalah besar pada PRU 13 ni nanti. ...INSYAALAH !!!

No comments:

Post a Comment