ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ADAKAH INI BUKTI SEMAKIN HARI ANWAR SEMAKIN GILA KUASA ???.

Thursday, 8 November 2012

ADAKAH INI BUKTI SEMAKIN HARI ANWAR SEMAKIN GILA KUASA ???.

Inilah orang kata politik bodoh dan gila. Nak cari publisiti murahan pun agak-agak la. Tiada siapa suruh cari penyakit pergi tawar diri nak bertanding kat tempat orang, kononnya nak tunjuk hero lepas tu sibuk pula nak cabar orang lain suruh pi bertanding kat tempat lain. Macam ni punya orang pun ada.
Adakah ini tahap pemikiran orang yang gila nak jadi Perdana Menteri??? Hancur  Malaysia, cabar tak kena gaya.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Anwar, perdana menteri seharusnya bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden PAS itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan di Pahang yang disandang Najib.
Ditanya sama ada Abdul Hadi pasti bertanding di Pekan, Anwar yang ditemui di lobi Parlimen, berkata: "Kami belum membincangkan perkara itu, beliau (Abdul Hadi) kata akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti."

Sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata beliau akan bertanding di mana-mana kawasan yang diminta parti termasuk untuk kerusi Parlimen Pekan.
Najib semalam berkata beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di kawasan Parlimen Pekan. - Bernama

Haiii... Bukankah kerja gila namanya tuuu !!!

No comments:

Post a comment