ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SIAPA PEMIMPIN PAS YANG DAPAT "RASUAH" BULANAN ???

Friday 9 November 2012

SIAPA PEMIMPIN PAS YANG DAPAT "RASUAH" BULANAN ???

IB – Disahkan bahawa terdapat 10 orang pemimpin kanan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang setiap bulan akan diberikan sampul surat berisi ribuan RM.
Nama kesemua 10 orang pemimpin PAS tersebut dikatakan kini sedang dipantau oleh Presiden PAS sendiri selepas dimaklumkan oleh orang kanan beliau sendiri. Walaupun TG Hadi Awang tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila dimaklumkan senarai tersebut namun beliau kemudian menzahirkan rasa terkejut dengan beberapa nama yang beliau sendiri tidak sangka penerima dana khas itu.
Haji Hadi mengatakan bahawa beliau telahpun maklum sebelum ini dengan 2-3 nama yang dalam senarai itu tetapi pada mulanya sukar untuk menerima beberapa orang yang lain lagi kerana bagi beliau “penama” tersebut sudahpun kaya sebelum ini kerana perniagaan yang besar sebelum menjadi pemimpin PAS.
Termasuk dalam senarai itu adalah pemimpin yang beliau sendiri kurang selesa kerana fahaman “mazhab” pemimpin tersebut yang dikatakan tidak betul kerana menghina sahabat sehingga sanggup mengkafirkan saiyidina Abu Bakar, Omar dan Uthman.
Namun, nama kesemua ini dipesan oleh sahabat-sahabat dalam pimpinan PAS yang tidak terlibat agar tidak dihebahkan. Maka IB terpaksa akur.
IB turut dimaklumkan bahawa bagi setiap pemipin yang menerima duit ini, mereka akan ditemui atau mereka pergi berjumpa dengan orang perantara mereka setiap bulan.
Bagi setiap mereka ini, mereka berurusan dengan seorang orang perantara sahaja. Dan bagi perantara ini pula mereka berurusan dengan seorang pemimpin PAS sahaja. Mereka tidak maklum siapa yang berurusan dengan pemimpin PAS yang lain. Begitulah sulitnya kaedah pemberian dana politik ini.
SUMBER - AIDC (REFORMASI PEMIKIRAN RAKYAT)

No comments:

Post a Comment