ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: October 2012

Wednesday, 31 October 2012

WAL "HALALKU" (PAS) .... WAL "HARAMMU" (UMNO)

DEK KERANA GAMBAR MAHAGURU "TOK GURU" KESAYANGAN MEREKA DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA, MAKA TAMPILLAH GOLONGAN CERDIK PANDAI PAS YANG MENEMPELAK "TUKANG EDIT" @ PEMBUAT GAMBAR "SUPER IMPOSE" TOK GURU YAKNI "ULAMAK KESAYANGAN MEREKA.

BAB MAHAGURU "TOK GURU" mrk di perlakukan sedemikian rupa.... Issshhh terus tuduh kat org yg EDIT GAMBAR...TUKANG BUAT CERITA... SESAT & KAFIR... AMBO NAK KATAKAN SEKALI LAGI NIK AZIZ BUKAN SEORANG ULAMAK TP HANYA AHLI KITAB. DAN NIK AZIZ BUKANNYA "MAKSUM".... KENO INGAT TUUU. ORE ALIM MANO ADA SIKAP PENDENDAM & BANAS BARAN DAN KECEK HUDUH KO ORE... PEHE LA SIKIT ADIK KAKOK WEEEE.

INI SEBAHAGIAN KOMEN CAI-CAI PAS .....
Najib RAja Curi Duit  eii berat doh org umno nih.....ado ko patut dio wak gni ko ulamok............ingat molek adik kakok ALLAH ak mengazab org yg menghina pewaris nabi

Azamn Mohd maaf hanya mereka yg kurang waras aje...yg sanggup mencerca begini. Harap beringat nyawa kita cuma sedetik aje. Sempat ke mohon maaf dgn org yg di cerca.

Aida Adam kepada yg buat begini..sedikit nasihat sy beri sesama islam..kalau kita menjaga akhlak..ianya boleh menolong beratkn timbangan kiranya amal soleh kita tk cukup..kalau benda yg kita buat skitpun tdak dpt menolong,baik lupakn sj..jgn fikir orang..fikir diri sendiri..orang tak rugi ..kita yg rugi..tidak beriman kita selagi kita tidak mengasihi saudara seislam kita..

Kiki Lala  YA ALLAH Engkau lindungi lh TGNA drpd hinaan n fitnah yg mlmpaui batas oleh musuh2 MU YA ALLAH..sesungguhnya mereka dalam kelekaan n alpa dsbb kn t'lalu taksub dgn pemimpin yg zalim n kejam.Membangun bsm ISLAM..TAKBIRRRR..ALLAHUAKBAR!!!

Sham Hanim firaun? kau kata dia firaun? apa dah jadi dgn kau ni ha. dah tak boleh nak membeza kanyg mana firaun yang mana ulama? kalau hati dah hitam jangan la otak tu pun nak di hitam kan..sekarang ni kau duduk dan kau kaji balik kau fikir kan dgn waras..TGNA dari awal karier politik nya di mula kan dgn prinsip islam dan hingga ke hari ini dia masih mengekalkan prinsip yg di pegang nya..bibir tak lekang dgn kalimah Allah, menyuruh menutup aurat, menyuruh memperbanyakkan ibadat, mengikut hukum hukum Allah kitab dan rasul..mengikut sunnah sunnah nabi SAW, berpakaian dan berkehidupan sederhana, melarang melakukan dosa, zuhud, ..kenapa nak marah dia? kenapa nak benci dia? dia tak menyuruh membuat kemungkaran, dia tak buat konsert barat, dia tak hidup dalam kemewahan dan kalau dia nak harta dunia kekayaan kebanggaan dah lama dah dia buat, bukan susah , masuk bn dan kelantan dalan kuasa bn, ha apalagi kaya raya la dia tapi dia hidup seperti rakyat biasa je..dia tak cari dunia la tapi dia nak syurga, diterima ke syurga atau tidak itu ada la kuasa Allah tapi dia usaha dan usaha nak kan jugak syurga ..terpulang la pada kauorang nak ikut dia ke tidak tapi kalau dah tak nak kan pahala jangan la pulak nak tambah dosa...nilaikan semula semua pemimpin besar yg ada sekarang ni, najib anwar TGNA.." siapa yg mengajak kearah hiburan, gaya hidup mewah, keduniaan kebendaan kekayaan, sosial da siapa pulak yg mengajak kearah akhirat, islam , hukum Allah, kesedehanaan, hukum rasulullulah SAW, mencari pahala dan keredhaan Allah sebanyak banyak nya...siapa? kau tau firaun tu siapa ? firaun tu mengajak rakyat nya melupa kan Allah dan dia mengaku diri nya tuhan.. dan TGNA mengajak rakyatnya mengingati Allah dan TGNA mengaku yang dia hamba Allah..faham tak? jadi perbandingan TGNA dan firaun amat jauh sekali..professional la sikit, kita ni bila dah berumur patut fikiran kita ni dah matang, dah boleh membeza kan kebaikan dan kemungkaran.. '' MASYHURNYA TGNA KERANA KETAKUTAN NYA PADA ALLAH ''..

Maso Ga'al sedap2 belako sek2 ulama (umngok) komen kutuk tok guru,,ore yg edit gambar tu la bapok firaun,,ngucap la,,istiqfar banyok2,,bo stakat copy paste hadis,,bo stakat baca utusan msia,,tgok tb3,,x pade pok2 demo nok mnilai ,,sapo tok guru,,?,,

Ahmad Mustika Jika ditanya kepada sesiapa saja yang ada akal budi dan iman adakah gambar itu hasil ``kerja buat`` mereka, rasanya semua akan menafi habis habisan. Mungkin jika diminta bersumpah laknat sekali pun mereka sangggup.
Jika ditanya kepada umno, adakah kerja itu mereka yang lakukan. Dibunuh mati pun mereka tidak akan mengaku.
Nak dikatakan itu `kerja buat` orang PR, jauh sekali, tak mungkin orang PR melakukan perbuatan sebegini keatas pemimpin mereka.
Yang sah dan jelas perbuatan yang keji dan sehina ini adalah perbuatan Iblis, bapak segala syaitan laknatullah.
Tidak pernah tercatat dalam sejarah alam membuktikan Iblis dan syaitan melaku perbuatan yang baik dan mulia.
JIka ini perbuatan seorang manusia, orang yang melakuklan perbuatan begini wajib berdepan dengan TGNA dan memohion maaf. Selagi tidak berbuat demikian, sila tunggu apa balasan diakhirat nanti.
Apakah dia merasakan dia tidak akan mati?


BAGAIMANA PULAK DENGAN GAMBAR-GAMBAR INI ???

Jika ditanya kepada sesiapa saja yang ada akal budi dan iman adakah gambar ini hasil ``kerja buat`` mereka, rasanya semua akan menafi habis habisan. Mungkin jika diminta bersumpah laknat sekali pun mereka sangggup.
Jika ditanya kepada PAS, adakah kerja itu mereka yang lakukan. Dibunuh mati pun mereka tidak akan mengaku.
Nak dikatakan itu `kerja buat` orang UMNO, jauh sekali, tak mungkin orang 
UMNO melakukan perbuatan sebegini keatas pemimpin mereka.
Yang sah dan jelas perbuatan yang keji dan sehina ini adalah perbuatan mereka yang berkawan dengan Iblis, bapak segala syaitan laknatullah.
Tidak pernah tercatat dalam sejarah alam membuktikan Iblis dan syaitan melaku perbuatan yang baik dan mulia.
JIka ini perbuatan seorang manusia, orang yang melakuklan perbuatan begini wajib berdepan dengan MAHATHIR DAN NAJIB dan memoion maaf. Selagi tidak berbuat demikian, sila tunggu apa balasan diakhirat nanti. 
Apakah dia merasakan dia tidak akan mati?




GUANO GAMOK CAI-CAI PAS ????

"NIK AZIZ BUKAN SEGALANYA" - HASSAN ALI


Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am PAS.

Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam PAS. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong PAS, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am. Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.

Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja dikalangan ahli dan penyokong PAS tetapi yang lebih penting disisi Allah SWT.

Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong PAS.

Ketiadaan ahli dan penyokong  yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.

Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu PAS dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan PAS dalam PRU ke 13, bagi saya agak keterlaluan.

Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai status seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud? Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan PAS yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu supreme.

Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.

Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan PAS daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan PAS disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.

Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam PAS dan menjadikan PAS terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung  sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan PAS samada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan PAS itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA
PRESIDEN JATI

Tuesday, 30 October 2012

BONGKAR: AGENDA JAHAT SEBENAR DAP PADA MALAYSIA..!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Kenalkah anda manusia yang tertera gambarnya di sebelah ini. Beliau ialah Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP. 


Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.

Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP diatas kesedarannya sendiri kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangs Melayu beragama Islam dan Raja2 Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian. 

Seorang pemimpin kanan DAP pernah didalam ucapannya menyatakan "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."

Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang kristian agama rasmi. Mat Sabu mengarahkannya supaya ditarik balik. Guan Eng menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia menarik balik laporan polis. Paderi di tempat kerja isterinya juga membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis.


Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:

1. Kristian Agama Rasmi.

2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.

4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang.

5. Isu azan hanya ujian kesensitifan orang Islam.

6. Pertandinagn tilawah Al Quran akan dihapuskan.

7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.

8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu).

9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.

10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.

12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.

14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.

17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Kedutaan Israel akan dibuka.

20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

21. Majlis Antara Agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.

22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah minta untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.

23. DEB akan dimansuhkan.

24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib dalam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.

25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP.

Baca dan nilailah sendiri. Jika ada rasa sayang dan cintakan agama, bangsa dan negara buatlah keputusan yang bijak. Jangan menyesal kemudian hari nanti....

Wallahualam.

VIDEO :-BETULKAH NIK AZIZ WAHABI...???

Monday, 29 October 2012

DAP AKAN KUBURKAN PAS SELEPAS PRU13?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Perancangan rapi telah diatur sejak PRU12 lagi bersama pemimpin DAP hanya mempunyai satu sahaja matlamat mereka iaitu menang PRU13 dan dapat menawan Putrajaya.Tiada perkataan kalah dalam peracangan mereka.

Anwar bersama DAP tidak terfikir walau sejenak untuk kalah dalam PRU13, dalam perancangan mereka telah disusun rapi dengan menggunakan kepakaran pakar strategi daripada yahudi, mereka yakin Malaysia bakal menjadi hakmilik mereka.

Bagi mereka PAS tidak ubah hanya anjing belaan yang akan menyalak apabila disuruh oleh tuannya dan akan menjaga harta tuannya sepanjang ketiadaan tuannya.

Anwar dan DAP tidak pernah ada dalam kamus mereka menyanjungi pemimpin PAS, bagi mereka PAS hanya akan wujud sebelum PRU13 sahaja untuk membantu kemenangan mereka. Sebaik selesai PRU13 nanti dan setelah Putrajaya berjaya ditawan oleh Anwar dan DAP, parti PAS tidak lagi ujud dan akan diharamkan buat selama-lamanya.

Ada orang Melayu akan kata DAP tidak akan berani berbuat demikian kerana mereka akan takut kebangkitan orang Melayu seperti tragedi 13 Mei 1969. Setakat mana orang Melayu bersedia menghadap tragedi 13 Mei akan datang?

DAP dengan pakar-pakar strategi Yahudi sudahpun mengatur pelbagai plan A, B, C, dan D. Orang Melayu hanya akan menempah maut jika memberontak ala-ala tragedi 13 Mei, kerana pada kali ini bukan parang panjang yang menjadi senjata tetapi senjata era teknologi moden dan canggih yang menjadi sandaran.

Seperti yg didedahkan baru baru ini, kabinet bayangan oleh pakatan rakyat kalau dapat menerajui negara jelas di pelupori oleh PKR dimana Anwar ibrahim Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Manakala isteri beliau dan anaknya Nurul Izzah sebagai menteri penuh. Manakala Abdul Hadi Awang  (PAS) sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Lim Guang Eng (DAP) Sebagai Timbalan Perdana Menteri II.


Cuma yang melucukan kabinet bayangan ini membuktikan serakah pakatan rakyat yang mengamalkan nepotisme dan kronisme yang selama ini dilaung laungkan oleh pakatan rakyat yang menuduh Barisan Nasional mengamalkan Kronisme dan Nepotisme.

Belum pernah dalam sejarah malaysia suami, isteri dan anak akan bergandingan dalam satu kabinet sekiranya pakatan rakyat diberikan mandat untuk memerintah malaysia. Yang nyata tiada nama seperti Nik Aziz dan Mat Sabu dalam kabinet bayangan tersebut, seolah-olah men'IYA'kan kata kata Sdr Mohamad Razali Bin Abdul Rahman bekas pegawai khas Jeef Oii (DAP),bahawa sekiranya pakatan rakyat dapat memerintah, DAP akan memastikan parti yang berlandaskan agama ISLAM seperti PAS berkubur buat selama-lamanya. 

AYUH penyokong UMNO dan PAS bersatu lah  pada PRU13 ini bagi mengekalkan kuasa melayu yang mendokong Agama ISLAM agar terus bertapak dibumi MALAYSIA bertuah ini.
Sama-samalah kita fikirkan.


WALLAHUALAM.

BEGINIKAH CARANYA PAS AMALKAN POLITIK MENGHALALKAN CARA ???



Rumah urut haram boleh dijadikan halal ??? 
Mudah saja, mohon lesen ...itu kata Ustaz PAS ya dan bukannya pemimpin UMNO . Sepatutnya diharamkan saj rumah urut ini tapi memandangkan boleh masuk cukai dan sebagainya , Maka Ustaz PAS ni  kata boleh jadi halal dengan cara mohon lesen .


Patut la di negeri selangor banyak rumah urut sebab halal di mata kerajaan negeri .

Sunday, 28 October 2012

PANAS !!! PANAS !!! BETULKAH NIK AZIZ WAHABI ???


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Saya cukup terkilan dan sedih mengenai pandangan dan pendapat sesetengah mereka yang terlalu fanatik dan taksub kepada Nik Aziz dan parti PAS yang mengatakan orang lain selain pemimpin dan pengikut PAS tidak layak bercakap mengenai Islam kerana mereka adalah jahil dan "puok-puok SYAITAN yang dikenali".

Cuba kita perhatikan antara kenyataan-kenyataan Nik Aziz yang hangat diperkatakan yang banyak mengelirukan pemikiran dan akidah umat Islam..!

(1) Nik Aziz Nik Mat mentafsir ayat Al-Quran Surah To-Ha ayat 5… “Arrahmaanu ‘alal ‘arsyis tawaa” yang bermaksud ‘(ALLAH) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy’ dan mentafsirkan  dengan mengatakan ALLAH S.W.T duduk bersila di atas Arash sedangkan menyamakan ZAT ALLAH S.W.T dengan makhluk adalah Syirik kepada ALLAH dan Syirik ini adalah satu dosa besar yang ALLAH S.W.T tidak akan mengampuninya.
الرَّحمٰنُ عَلَى العَرشِ استَوىٰ ﴿٥﴾(5) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Ucapan Nik Aziz di atas ucapan orang politik dan terlalu banyak kali beliau mengulangi kata-kata ini.  Dengan jelas beliau menyamakan ALLAH Taala dengan makhluk yang baharu ini.
Ini kerana fahaman Nik Aziz ialah agak hampir kepada Khawarij iaitu menyamakan Allah SWT. dengan makhlukNYA. Ulamak silam Islam sejak zaman sahabat dan tabi'n sudah mengisytiharkan akidah Khawarij ini amat sesat dan boleh membawa kepada kufur.
Akidah Khawarij ini mengatakan Allah SWT bertempat dan beranggota. Ini sudah pasti menyalahi akidah Islam. Kelompok Mujassimah berkata Allah SWT bertempat di langit dan Arash sedangkan Allah SWT mustahil bertempat dan mengambil ruang kerana Allah SWT bersifat menyalahi dengan makhlukNYA.
Nampaknya Nik Aziz lebih sesat lagi apabila beliau kata Allah SWT duduk bersila lendik. Yang mana kelompok Mujassimah atau Wahabiah tida kata sebegitu sebab itulah dalam Islam akidah mesti teguh dan hakiki berdasarkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sudah bertapak ribuan tahun di dunia Islam.
Sekiranya kita terlalu banyak guna akal kemudian mengambil nas-nas yang zahir sahaja serta menolak pandangan ulamak agung termasuk para sahabat maka inilah akibatnya. Akidah Allah SWT. bersila dan duduk atas arash amat sesat dan akidah kufur dengan ijmak ulamak.

(2) Nabi Muhammad SAW. serupa dengan Mat Bin Pak Lah kampong kita, bila dia jadi Nabi pada umur 40 tahun barulah beza dengan kita.
Dengan kata-kata ini, Nik Aziz sangat menghina Baginda Rasulullah SAW. , amat jahil dengan sejarah dan nas Al-Quran. Dalam sejarah terlalu banyak menyebut bahawasanya Baginda Rasulullah SAW. ketika lahir lagi telah dizahirkan mukjizat seperti padamnya api sembahan Majusi yang tidak pernah padam sejak 1000 tahun lebih.
Baginda Nabi Muhammad SAW. juga dilahirkan sudah dikhatankan. Kelahiran baginda juga diterangi cahaya yang amat cerah sekitar kota Mekah dan banyak lagi. Dalam Al-Quran juga disebutkan hahawasanya Nabi Isa berkata, akan datang seorang Rasul bernama Ahmad (Muhammad).
Adakah "Mat" kampung kita ada Mukjizat dan fadhilah sebagaimana Nabi Muhammad SAW???

Lihat dan dengarlah sendiri Muzakarah berkaitan dengan dua isu ini antara Ustaz FAIZ & Ustaz Jeming Hassan. Dan TOPIK yang KETIGA dibahaskan adalah.... ADAKAH TGNA INI WAHABI...???





PERJUANGAN PAS - MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tok Lebai Datok Nik Amar 
Pas Negeri Kelantan menuduh Tok Guru Pondok Geting, Tumpat, Tuan Guru  Abdullah Sa'amah mendapat habuan bagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik terhadap parti itu, termasuk menuduh sekutu mereka DAP sebagai kafir harbi.

Malah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri,Datuk Nik Amar Nik Abdullah mendakwa, beliau dimaklumkan Tok Guru pondok berkenaan turut ditaja oleh parti politik tertentu dan dibayar setiap kali memberikan ceramah.

Justeru katanya, Pas menganggap kenyataan Abdullah mengenai kafir harbi yang ditujukan kepada DAP merupakan kenyataan politik dan diperkukuhkan lagi selepas tok guru berkenaan mendapat replika cek daripada parti tertentu.

"Ada pun tentang ulamak atau orang agama yang bersikap begini bukanlah suatu fenomena yang baru, dalam Islam pun perkara ini banyak berlaku, al-Quran sendiri menceritakan kisah seorang ulamak yang menjual agama untuk kepentingan politik duniawi.

Ohhh... Kalau Tuan Guru Abdullah Sa'amah berceramah atas pentas UMNO terus digelar Ulamak yang menjual agama untuk kepentingan politik !!! Habis macamana hal pula dengan Ulama PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang.???


Habis tu, Abby Abadi, Bob Lokman dan yang lain-lain dapat RM2,500 sekali naik atas pentas tu apa cerita? Mat Sabu berceramah sampai gaji RM15 ribu sebulan apa cerita???

Matlamat menghalalkan cara itu sebenarnya perjuangan Parti PAS sekarang ini.

Wallahualam...





Saturday, 27 October 2012

HOT : MELAYU MENGEMIS DI TANAH AIR SENDIRI - TUN M



Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu hari ini.
Jelas Dr Mahathir, kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.
"Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik.
"Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi.
"Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati."
Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka.
Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman.
"Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil.
"Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."
Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.
Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan.
"Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain?
" Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi.

Friday, 26 October 2012

INIKAH SIKAP SEBENAR SEORANG "TOK GURU".???


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setahu saya kita sebagai orang Islam (lagi-lagi yang bergelar "TOK GURU") tidak boleh menegur sesuatu kesalahan itu dengan cara membabi buta tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim , tambahan pula ketika berdakwah.

Bukan ke Islam mengajar umatnya berhemah dan beradab sekiranya hendak menengur seseorang.
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
 Artinya:“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang  baik.  Sesungguhnya Tuhanmu Dialah  yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” (Surah An-Nahl: 125)

Saya rasa cara yang seeloknya ialah dengan memberikan nasihat kepada mereka secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi.  Sebagai orang Islam kita mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Saya rasa semua orang tahu Nik Aziz ni seorang yang pendendam tapi janganlah kita menggunakan teguran atau nasihat itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang?  Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar.

Saya sokong 100% dengan kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Fathul Bari mengenai isu ini.

MENDOAKAN KEBURUKKAN SESAMA MUSLIM, BOLEH KE...???



Salah satu tanda eratnya persaudaraan dengan sesama muslim adalah mendoakan muslim lainnya yang tidak berada di hadapannya, atau tanpa sepengetahuannya. Saat seorang muslim mendoakan muslim lainnya yang berada jauh dari tempatnya, tanpa sepengetahuannya, dengan doa-doa yang baik, niscaya doa tersebut akan dikabulkan Allah dan doa tersebut juga akan mencakup orang yang membacanya sendiri.

عَنْ أُمِّ الدَّرْدَاءِ قَالَتْ: إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ: " دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ 
Dari Ummu Darda' dan Abu Darda' Radhiyallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya (muslim lainnya) yang tidak berada di hadapannya akan dikabulkan oleh Allah. Di atas kepala orang muslim yang berdoa tersebut terdapat seorang malaikat yang ditugasi menjaganya. Setiap kali orang muslim itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, niscaya malaikat yang menjaganya berkata, "Amin (semoga Allah mengabulkan) dan bagimu hal yang serupa." (HR. Muslim no. 2733, Abu Daud no. 1534, Ibnu Majah no.  2895 dan Ahmad no. 21708)
Hadits ini merupakan sebuah modal berharga bagi kita untuk banyak mendoakan kebaikan bagi saudara-saudara muslim lainnya. Selain mendapatkan pahala mendoakan mereka, kita juga akan mendapatkan kebaikan dari doa yang kita panjatkan tersebut. Mendoakan kebaikan untuk sesama muslim sama halnya dengan mendoakan kebaikan untuk diri kita sendiri, sebagaimana dijelaskan di akhir hadits di atas. Malaikat mengamini doa kita dan Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa sallam menjamin bahwa Allah Ta'ala akan mengabulkannya.
Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan hujah yang dikemukan oleh Mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin. Sejujurnya, dalam banyak-banyak hal saya lebih berminat untuk mendengar hujah daripada pihak ketiga yang berada diluar lingkungan parti. Dr Asri yang saya kenali, bukanlah seoarng ahli PAS dan tidak juga ahli UMNO. Dan saya amat berharap agar beliau terus berada diluar lingkungan agar berupaya untuk ‘menembak’ sesiapa sahaja.

WALLAHUALAM...