ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WANITA 30-AN RENTUNG, KERETA TERBABAS & TERBAKAR

Wednesday 28 October 2015

WANITA 30-AN RENTUNG, KERETA TERBABAS & TERBAKAR



Pasir Puteh: Wanita berusia 30-an ditemui rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 5, Jalan Pasir Puteh-Jelor-Bachok dekat Kampung Jelor Hulu, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira 6 pagi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia serta merta.

Difahamkan, mangsa memandu kereta seorang diri menghala ke Jelawat, Bachok sebelum hilang kawalan dipercayai mahu mengelak pokok tumbang.

Akibatnya kereta mangsa terbabas ke kiri jalan, terbalik ke dalam parit dan terbakar, manakala mangsa gagal keluar untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superitendan Abdul Rozak Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.






No comments:

Post a Comment