ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANAK ANGKAT MANGSA BOM MOTOSIKAL DIREMAN SEMINGGU

Thursday 8 October 2015

ANAK ANGKAT MANGSA BOM MOTOSIKAL DIREMAN SEMINGGU

Sepasang suami isteri terbunuh selepas motosikal yang mereka naiki meletup akibat bom buatan sendiri di Jalan Pulai, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
GUA MUSANG: Anak angkat pasangan suami isteri yang mati berkecai apabila motosikal yang ditunggang mereka meletup akibat bom buatan sendiri pagi semalam, ditahan reman selama seminggu bermula hari ini hingga Rabu depan.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Suspek yang tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi memakai pakaian lokap berwarna ungu sambil bergari diiringi anggota polis.

Dalam kejadian jam 9.10 pagi semalam, sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka meletup berpunca daripada bom buatan sendiri dipercayai angkara anak angkat mereka.

Kejadian di Kampung Pulai itu menyebabkan mayat mangsa masing-masing berusia 72 tahun berkecai dan serpihan badan mangsa bertaburan hingga 40 meter.

Ketika kejadian, pasangan suami isteri berkenaan dari rumah mereka di Kampung Batu Papan menghala Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebelum motosikal yang ditunggang mereka meletup.

Suspek yang juga anak angkat mangsa ditahan di rumahnya kira-kira sejam selepas kejadian.

No comments:

Post a Comment