ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HARGA RUNCIT RON95, RON97 & DIESEL NAIK 10 SEN BAGI OKTOBER

Thursday 1 October 2015

HARGA RUNCIT RON95, RON97 & DIESEL NAIK 10 SEN BAGI OKTOBER


Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 10 sen seliter bagi Oktober 2015 berkuat kuasa tengah malam tadi.

"Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter dan diesel RM1.90 seliter", kata Presiden Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata harga baharu RON95 berkuatkuasa mulai 12.01 pagi, 1 Oktober ini (Khamis)," katanya.

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel sekarang ialah RM1.95 (seliter), RM2.35 (seliter) dan RM1.80 (seliter).

Harga Petrol dan diesel

Bermula Julai lalu, tiada lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata ini kerana perubahan harga minyak akan menjadi rutin memandangkan harga minyak dijangka sentiasa berubah setelah kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Disember, tahun lalu.

No comments:

Post a Comment