ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : KRISIS POLITIK TERENGGANU !!!

Tuesday, 13 May 2014

TERKINI : KRISIS POLITIK TERENGGANU !!!

Biar Rakyat Buat Keputusan - PAS

TERKINI PETALING JAYA: Susulan keputusan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu mengumumkan keluar Umno meletakkan kerajaan negeri berkenaan di persimpangan sama ada  Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau pembangkang membentuk kerajaan baharu.

Terkini, daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, BN mempunyai 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 11 kerusi milik Umno, manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi iaitu lebih satu kerusi apabila PAS memiliki 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan satu kerusi.

Bagaimanapun, PAS Terengganu yang mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan kerajaan negeri itu memutuskan supaya Menteri Besar Baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menyerah kepada rakyat untuk memilih semula kepemimpinan negeri.

Sehubungan itu, dicadangkan supaya Ahmad Razif dan ketua pembangkang negeri memohon perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk membubarkan DUN.

Menurut sumber, PAS sedang berurusan dengan kerabat diraja Terengganu yang juga ahli PAS meminta supaya pemilihan secara demokrasi dilaksanakan di negeri berkenaan.

"PAS tidak mahu Adun Umno lompat parti atau menjadi wakil rakyat Bebas, sebaliknya menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat," katanya kepada mStar Online.

Mengulas isu sama, Penasihat Undang-Undang Ngeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada Bernama memaklumkan setakat ini BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu.

Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 ahli dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Ternyata, keputusan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Roslee Daud yang juga Adun Bukit Besi untuk menjadi wakil rakyat Bebas bakal mengubah senario politik negeri itu.

Tentu sekali kemelut ini memberi tamparan hebat kepada Ahmad Razif yang kurang 24 jam mengangkat sumpah jawatan itu.

Difahamkan, beberapa Adun Umno yang juga penyokong setia Ahmad Said akan mengumumkan keluar Umno dalam masa terdekat.


MStar

Saya Minta Tangguh Lepas Majlis Kahwin Anak, Tetapi Ditolak - Ahmad Said

PETALING JAYA: Keputusan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said keluar dari parti Umno ekoran rasa tidak puas hati terhadap permintaannya untuk meletakkan jawatan itu selepas melangsungkan majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.
Dilaporkan bahawa Ahmad Said memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia merupakan perkara peribadi.
Ahmad Said bertindak keluar dari Umno hanya beberapa jam selepas beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Terengganu pada Isnin.
Ahmad Said dalam Astro Awani pada Selasa dipetik sebagai berkata, beliau meminta untuk penangguhan bukan kerana tidak mahu tetapi mahu menunggu sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya.
"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar? Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai.
"Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada Umno, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan," katanya lagi. 
Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Terdahulu, Najib memberi tempoh selama setahun kepada Ahmad Said memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selepas negeri itu menang tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei tahun lalu.
Difahamkan kira-kira dua minggu selepas PRU-13, Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun.
Selepas Ahmad Said, dua Adun lagi yang turut mengikut jejak beliau keluar dari Umno iaitu Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud, dengan masing-masing bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Perkembangan terbaharu mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu adalah 14 kerusi Barisan Nasional (BN), Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Bebas (3).
MStar

Desas-desus kononnya dua ADUN, iaitu ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie, dan ADUN Kemasik, Rosli Othman menafikan mereka keluar parti. Dalam masa sama, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad turut dikatakan keluar Umno, bagaimanapun setakat ini difahamkan ia hanyalah spekulasi. Namun, Nawi setakat ini gagal dihubungi.-Buletin TV3

KUALA TERENGGANU, 13 Mei - Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu pada Selasa menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada Umno dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil bebas seperti tiga lagi wakil rakyat daripada parti itu yang berbuat demikian.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik Ir Rosli Othman memberitahu Bernama melalui telefon bahawa beliau masih bersama Umno bertentangan dengan mesej yang tersebar melalui SMS selepas tiga wakil rakyat mengisytiharkan mereka keluar parti.

Antara mesej yang tersebar melalui SMS itu menyebut bahawa Rosli ialah seorang daripada tiga wakil rakyat BN dari Umno yang keluar daripada parti itu dan menyertai tiga yang lain bagi mengisytiharkan mereka sebagai wakil Bebas.
 BERNAMA


No comments:

Post a Comment