Tragis!!!
Satu Kes Samun membabitkan Sebuah Van Rokok telah berlaku pagi ini di Pusat Bandar ,Parit Buntar, Perak.
Menurut sumber, Suspek dipercayai 3 lelaki menaiki sebuah kereta wish berwarna Silver bernombor pendaftaran WRV5308 melakukan jenayah samun berkenaan. Dipercayai Juga Kereta jenis Honda Civic berwarna biru (Rakan Penyamun) telah merempuh Dua Orang Anggota Polis URB Kerian yang mengakibatkan Seorang anggota Maut manakala seorang lagi Cederah Parah.
Suspek dipercayai melarikan diri menghala Ke lor Pongsu. Anggota Polis URB Kerian L/Kpl 169004 Md Azwan disahkan meninggal Dunia Di Jln Matang Jelutung, Bagan Serai, Perak. Mayat Di Laporkan Telah Dibawa Ke Hospital Parit Buntar Untuk bedah Siasat.
PARIT BUNTAR (Update): Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini jam 1 petang tadi.
Sumber polis berkata, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.
"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain dipercayai jenis Honda Civic yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke dalam parit.
"Anggota polis itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan manakala rakan setugasnya parah dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.
Beliau berkata, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang dijalankan.
"Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke Jalan Alor Pongsu," katanya.
Bernama
No comments:
Post a Comment