ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TANPA HUDUD, NEW ZEALAND & SWEDEN TETAP SELAMAT - DR ASRI

Friday 30 May 2014

TANPA HUDUD, NEW ZEALAND & SWEDEN TETAP SELAMAT - DR ASRI



BANGI: Memastikan kebajikan masyarakat Islam tidak hanya terletak kepada undang-undang semata-mata, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Negara-negara seperti New Zealand dan Sweden tidak mempunyai hudud tetapi negara-negara tersebut selamat kerana ia tidak sekadar bergantung kepada undang-undang.

"Ia memerlukan masyarakat dan tadbir urus moral yang baik dan sudah tentu pemerintah yang baik," katanya pada forum bertajuk 'Muzarakah Jenayah Syariah Kebangsaan', di Universiti Kebangsaan Malaysia, Khamis.

Bekas mufti Perlis ini menegaskan bahawa pelaksanaan hudud oleh PAS hanya boleh dilakukan jika ahli parlimen dapat mewujudkan persekitaran yang menyamai zaman Nabi.

"Semasa zaman Nabi, semuanya yang 'halal' dapat dilakukan dengan mudah.

"Ambil perkahwinan sebagai contoh, cara terbaik untuk mengelakkan zina ketika itu mudah, tetapi kini, ia telah menjadi satu urusan yang meleret-leret dan mahal," kata Dr Asri, ketika berucap di hadapan 300 orang yang terdiri daripada pelajar, ahli akademik dan pakar-pakar agama.

Profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Shamrahayu Abdul Aziz juga berpendapat bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular seperti yang dikemukakan oleh beberapa orang.

"Memang ada ruang untuk perbincangan dan kita perlu memahami sama ada atau demokrasi yang sedia ada adalah serasi dengan sekular.

"Rangka kerja dan asas mungkin kebaratan tetapi ahli parlimen kita berpegang kepada agama mereka apabila melaksanakan undang-undang, oleh itu agama memainkan peranan dalam undang-undang," katanya, sambil menambah Malaysia sentiasa terikat kepada Islam.

MStar

No comments:

Post a Comment