ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI DI TERENGGANU : SPEAKER NAFI DUN TERENGGANU DIBUBAR !!!

Tuesday, 13 May 2014

TERKINI DI TERENGGANU : SPEAKER NAFI DUN TERENGGANU DIBUBAR !!!


Kuala Terengganu: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong menafikan kenyataan yang disebarkan di laman sosial mengenai pembubaran DUN Terengganu.

Beliau ketika dihubungi berkata, sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat atau kenyataan berhubung perkara itu. 

Katanya, perkara itu tidak berlaku kerana mengikut prosedur, Menteri Besar perlu menghadap dan mendapatkan perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, namun perkara itu tidak berlaku setakat ini. 

Beliau turut tidak menolak kenyataan itu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan pergolakan yang berlaku di Terengganu ketika ini.

Barisan Nasional kini mempunyai 14 kerusi DUN, PAS (14), PKR (1) dan Bebas (3).
HM

No comments:

Post a Comment