ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BUDAK 8 TAHUN MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 15

Tuesday 20 May 2014

BUDAK 8 TAHUN MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 15


Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 15 di perumahan flat Ulu Pudu, Cheras, di sini dalam kejadian jam 6 petang tadi.

Difahamkan mangsa Muhammad Danial Abdullah dipercayai bermain di tingkat 15 perumahan berkenaan sebelum terjatuh dari anjung bangunan yang menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak kelapan dari 10 adik beradik disahkan meninggal dunia disebabkan kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Sumber memberitahu siasatan berhubung kejadian masih dijalankan sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.

Mayat kini dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment