ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DR MAZA DESAK NAJIB HANTAR SCORPENE !!!

Friday 4 April 2014

DR MAZA DESAK NAJIB HANTAR SCORPENE !!!


Portal Berita Suara.tv melaporkan bahawa bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa kecewa kerana kapal selam milik negara tidak dikerahkan dalam misi mencari dan menyelamat di Lautan Hindi.

Dalam nada menghasut beliau menulis, ““Isu kapal selam negara telah lama kita dengar. Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal.”

Nada seperti ini memang nampak cantik kepada pandangan orang biasa, namun hakikatnya, apakah bodoh mahu menghantar kapal selam yang tidak berupaya melakukan misi mencari dan menyelamat hanya semata-mata untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk?

Kerajaan telah mengumumkan bahawa kita menggunakan semua aset ketenteraan yang berupaya melakukan misi mencari dan menyelamat sejak hari pertama lagi. Malangnya, tiada sepatah pujian daripada bekas mufti ini. Sebaliknya, beliau lebih gembira memperlekehkan usaha kerajaan.

Jika bekas mufti ini rajin mengkaji dan menyelidik sebelum membuat kenyataan yang boleh memecah belah masyarakat atau menghasut rakyat membenci kepada pemerintah, tentu beliau menemui kenyataan orang yang arif dalam bidang ini:
Tiada kapal selam negara akan digunakan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Katanya, ini kerana kapal selam kita tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut.
“Sonar yang dipasang pada kapal selam tidak mampu mengesan atau menjejak apa-apa objek yang berada di paras laut, ia hanya mampu mengesan objek yang bergerak atau yang mengeluarkan bunyi.”
Abdul Aziz berkata, bagi mengesan objek di dasar laut ia selalunya dilakukan kapal yang dilengkapi sistem sonar lebih berkeupayaan tinggi dalam mengesan objek di paras laut seperti kapal selam penyelamat, kapal hidrografi dan kapal pengesan periuk api.
Katanya, kapal yang mempunyai kelengkapan itu dikerahkan ke kawasan operasi termasuk kapal MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru milik Tentera Laut Diraja Malaysia selain MV Swift Rescue milik Tentera Laut Singapura.
“Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi tohmahan ataupun pertanyaan mengenai kenapa kapal selam tidak digunakan dalam operasi mencari MH370 ini,” katanya.

Memang mudah orang seperti Dr Asri mahu menjadi “pahlawan siber” tanpa mengambil kira implikasi kenyataan beliau ke atas imej kerajaan di luar negara dan persepsi buruk yang beliau sebarkan kepada rakyat.

Bekas Mufti bukan maksum, sepatutnya sebagai orang yang mempunyai ilmu agama beliau akan kurang menulis dan berkata-kata dalam hal yang beliau tidak arif kerana ia boleh membawa keburukan kepada masyarakat.

Malangnya, bekas mufti ini lebih pentingkan populariti daripada iman kepada Allah. Orang yang memegang teguh ajaran Islam tidak akan memberi kenyataan-kenyataan semberono sehingga boleh menimbulkan prasangka dan persepsi buruk kepada kerajaan atau mana-mana pihak.
Petikan dari MYKMU

No comments:

Post a Comment