ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: May 2013

Friday, 31 May 2013

ANWAR IBRAHIM JAHIL MURAKKAB ???



BERITA GEMPAR!!! NURUL IZAH DIHALANG MASUK SABAH.


Tweet timeline oleh anak kesayangan Anwar, Nurul Izzah mengatakan beliau diarahkan oleh pihak Imigresen Sabah untuk mengambil tiket kapal terbang kembali ke Semenanjung. Dengan cepat dan pantas Nurul Izzah menyalahkan UMNO/BN Sabah dan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Tiada bukti yang disertakan untuk mengukuhkan dakwaan yang telah dibuat oleh Nurul. Wahai anak Ketua Penipu sudah-sudahlah menyalahkan orang lain sedangkan Keluarga korang pun tak betul.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.
Tanpa segan silu, Si Nurul Izzah tu terus marah pada Barisan Nasional dengan pesanan yang berbaur ugutan. Pun dia harap orang nak berlembut dengan dia ke?

Sudah la Nurul. Tak payah la dia nak tunjuk lagak kalau setakat berani buat ugutan dalam laman twitter je. Kalau berani, buat la kenyataan media. 

Kita tengok, menggelupor ke tidak dia kena saman dek orang yang dia tuduh tu nanti. Zaman sekarang ni memang pantang ada yang silap sikit. Terus kena saman. Maklum la, Papa dia sendiri jugak yang cakap, "U ulang I saman U pulak!!!" 

Seperti biasa Tian Chua jugak membuat dakwaan yang sama. Apa nak buat depa nie ada agenda tersendiri. Kemana saja pastinya berdua. MKP pun musykil jugak dengan dua belangkas nie. Tapi biarlah rakyat Malaysia menilai.

Thursday, 30 May 2013

APA SUDAH JADI DENGAN PEMUDA PAS & ANGKATAN MUDA KEADILAN ???

VS

Setelah menyatakan pendirian mereka terhadap penghinaan AMK semalam, Pemuda PAS sekali lagi menerima tamparan hebat dari sayap PKR itu.

Kali ini, geng - geng Anak Muda Kecoh tu melabelkan Pemuda PAS sebagai 'Pengecut' dan 'Bacul' kerana enggan turut serta dalam Himpunan 'Blackout' yang dianjurkan Sabtu lalu.

Sekali lagi, kenyataan menghina itu dijawab oleh Ketua Pemuda PAS Gombak dengan menegaskan Pemuda PAS hanya akur dengan arahan pemimpin parti mereka sahaja.

Jelas Ketua Pemuda PAS Gombak itu, PAS sebelum ini telah membuat pendirian untuk menerima keputusan PRU13 yang baru sahaja berakhir dan akan bermuhasabah.

Mereka menolak sebarang tindakan kekerasan dan bantahan yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada parti berkaitan dengan keputusan yang telah dibuat oleh SPR.

Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga turut mengingatkan PKR dan AMK mengenai peranan Unit Amal PAS dalam beberapa siri perhimpunan yang diadakan sebelum ini.

Tanpa bantuan dari Unit Amal PAS, keselamatan peserta dan ahli - ahli AMK serta dari parti lain sudah tentu tidak terjamin. Itu yang perlu diingat oleh kumpulan Anak Muda Kecoh tu.

Malah, Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga turut memberikan contoh dimana petugas - petugas AMK hanya pandai bercakap tetapi tak cukup kekuatan untuk buat kerja.

Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga turut memberikan peringatan kepada Anak Muda Kecoh pimpinan Si Sam Ketot tu dengan amaran seperti dibawah:
Kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.
Beliau juga menasihatkan AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman Pakatan Rakyat bukan di media.
Nah! Jelas Pemuda PAS kini hanya diibaratkan sebagai 'Kuda Tunggangan' oleh puak - puak PKR terutamanya kumpulan Anak Muda Kecoh ni.

Diorang beria - ia la menjadi 'Benteng Manusia', 'Penjaga Maksiat' dan sebagainya kepada PKR, tapi itu balasan yang diorang dapat? Hanya penghinaan?

Tapi malangnya, pemimpin atasan dalam PAS sendiri masih jugak terus tunduk, patuh dan akur dengan segala tindak tanduk PKR ini walaupun dihina dan dicerca sedemikan rupa. Tu pasal la PAS tetap duduk dihujung kaki Pakatan. Setakat jadi alas kaki PKR je!!!

Pemuda PAS Desak Anwar Buat Penjelasan???

Perselisihan yang berlaku antara pemuda PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak beberapa hari lalu memasuki episod baharu hari ini. Ia apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini dengan lantang menuntut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung perjanjian sulit antara ketua pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Anwar perlu menjelaskan sama ada perjanjian itu benar-benar berlaku dan mengapa beliau menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan pemimpin pembangkang yang lain terutama PAS. “DPPM meminta penjelasan daripada Anwar berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan Perdana Menteri . Apakah benar pertemuan ini telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu?. Mengapa pemimpin pakatan yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?,” desaknya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja Ahmad dalam pada itu berkata, DPPM mengingatkan PKR bahawa PAS menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selama ini termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan BN. Malah, katanya, sekiranya ada cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin PKR dan DAP terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum. Beliau turut membandingkan kesetiaan DAP dalam pakatan pembangkang kerana parti itu sebelum ini pernah menolak tawaran BN dan terus bersama pakatan pembangkang. “PKR pula berpegang teguh dengan prinsip setiakawan dan kesepakatan dalam pakatan. Hanya penjelasan (daripada Anwar) dapat melegakan keresahan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi,” katanya lagi.
Media pada 25 Mei lalu melaporkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Anwar telah memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Malaysia yang diuruskan beliau selaku orang tengah antara Perdana Menteri dan ketua pembangkang itu. Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu bagi menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei seperti yang dicadangkan sendiri oleh Anwar. Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.
Semalam pula dilapurkan hubungan antara pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula retak apabila kedua-dua pihak saling menunding jari berikutan kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada 5 Mei lalu.

Pemimpin PAS Layak DiKritik - AMK

Naib Ketua Pemuda PKR Selangor, Jafrien Muhammad tampil membela ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dibidas Dewan Pemuda PAS susulan kritikan yang dilontarkan kepada Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam ucapannya pada Kongres Nasional PKR baru-baru ini.
Dihubungi Antarapos, Jafrien menegaskan kritikan Shamsul menggambarkan bahawa Pemuda PKR (AMK) memandang serius sebarang tindakan yang bertentangan dengan perjanjian yang dipersetujui di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan). Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak menurut perjanjian yang dimeterai bersama, AMK ujar beliau harus bersuara menyatakan pendiriannya. “Setiap perbincangan setelah selesai daripada keputusan dibuat, maknanya kesemua parti kena akurlah apa keputusan yang telah dilaksanakan. Kalau melanggar itu kita terpaksa mengkritik secara terbukalah. “Dalam kepimpinan pemuda, kita tegas..kalau melanggar apa-apa perjanjian kita terpaksa menegur secara berhemah,” jelasnya yang juga Ketua AMK Gombak.
Shamsul dalam ucapan dasarnya pada Kongres AMK ke-9 Jumaat lalu menyelar Abdul Hadi kerana mencerca calon-calon PKR ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Ahli Parlimen Bukit Katil itu turut menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR. “Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” beliau dipetik sebagai berkata. Tindakannya itu telah mengundang perasaan tidak puas hati dikalangan pimpinan pemuda PAS yang menganggap Shamsul tidak layak untuk menegur Abdul Hadi.
Mengulas lanjut, Jafrien menegaskan teguran yang dibuat Shamsul itu berniat baik demi kerjasama di antara PKR dan PAS pada masa hadapan. Mengenai kecaman pemuda PAS yang ditujukan kepada Shamsul, beliau berpendapat ianya pendapat peribadi pemimpin pemuda tersebut dan tidak menggambarkan pendirian pimpinan tertinggi partinya. “Mungkin dia (beri pandangan) individu…bukan parti. Kalau nak kira kenyataan dari parti, bagi saya itu biar pihak atasan selesaikanlah,” katanya.
Menegaskan isu yang dibangkitkan Shamsul itu telah berlaku sebelum pilihan raya lagi, beliau turut menekankan kepentingan budaya tegur menegur di dalam sesuatu kerjasama yang dijalinkan. “Benda ini memang sudah terjadi. Jadi untuk mengukuhkan kami punya pendirian sebagai AMK kita terpaksa mengkritik. “Kita kena tunjukkan bahawa AMK ini tegas dalam segala perjanjian yang dilakukan ataupun perbincangan yang dibuat oleh kepimpinan atasan berhubung pembahagian kerusi itu supaya tak akan berlaku lagi di masa hadapan,” ujar beliau.

UAI MENJAWAP SOALAN YANG DITANYA PEMINAT BELIAU.


Perkahwinan ketiga pendakwah bebas terkemuka Ustaz Azhar Idrus yang berlangsung baru-baru ini telah menerima kritikan daripada segelintir peminatnya di laman Facebook.

Rata-ratanya dari golongan wanita yang tidak bersetuju dengan tindakannya berkahwin dengan gadis yang berumur 27 tahun yang dikenali sebagai Izyan itu.
Malah ada yang melontarkan pelbagai ‘persoalan’ berhubung tindakannya itu.

image

Dan sekarang ini tengah ‘viral’ dalam internet mengenai penjelasan Ustaz Azhar Idrus berhubung perkara tersebut.


Ini jawapan beliau;
image
Sahabat saya AAKJ kata :
Jawapan yang di beri merupakan cerminan tahap ilmu beliau...
orang tanya bab sunnah...bab ajaran mana makan beradab...
dia jawab halal haram...kalau Nabi saw tak buat...maka apa nak kona jauh-jauh sangat.

Sumber : Aakj & Terengganu Today

Wednesday, 29 May 2013

PANAS!!! SOALAN MAUT DARI PEMINAT UAI.

Sekarang ini, ramai yang mula mempersoalkan sikap Ustaz Azhar Idrus yang bila berceramah cakap lain, tetapi bila beliau sendiri bertindak lain.
Ingat gambar beliau makan di Mcdonalds yang cuba dijawab beliau kononnya kawan belikan air dari kedai sebelah guna cawan Mcdonalds dan macam-macam.
Selain itu tak tinggal juga nasihat-nasihat agar jangan menunjuk, bermewah dan sebagainya tetapi beliau sendiri selalu muncul dengan motosikal besar dan kereta-kereta yang sangat mahal.
Semua ini menimbulkan persoalan apakah beliau seorang ustaz yang cakap tak serupa bikin atau ramai yang salah faham dengan beliau?
Apabila beliau melangsungkan perkahwinan buat kali ketiga dengan memilih wanita muda atau anak dara, tindakan itu pun mendapat perhatian banyak pihak.
Ada yang berkata itu soal jodoh tak perlu nak kata apa-apa.
Namun, ada juga yang tidak puas hati dengan berkata ia tidak mencerminkan nasihat Ustaz Azhar Idrus yang meminta kita mengahwini isteri ke 2, 3 atau 4 dari kalangan janda yang sedang susah dalam hidup.
Petikan di bawah memperlihatkan empat soalan yang ditanya oleh seorang yang kurang senang dengan cara Ustaz Azhar Idrus.

Itu antara persoalan yang dilontar kepada Ustaz Azhar Idrus.

Diharap beliau akan dapat memberikan jawapan agar semua pihak berpuas hati.


MAKIN BIADAP BANGSA CINA DAPIG KAT MALAYSIA NI !! VIDEO INSIDE




Adakah ini yang mereka cakap tidak rasis??? Adakah mereka selama ini menghormati anggota Polis???

Menyirap darah bila tengok kelakuan bangsa cina DAP ni main suka hati mak bapak dia nak cakap...

Tuesday, 28 May 2013

PEMUDA PAS DAN PKR BERTELAGAH !!!



Hubungan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ibarat retak menanti belah apabila pemimpin kedua-dua sayap PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mula bertelagah dan saling menyalahkan antara satu sama lain terhadap kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU12), 5 Mei lalu.

Ia bermula apabila Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Kongres Nasional PKR Ke-9 baru-baru ini secara terbuka menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong PKR kerana didakwa mencerca calon parti itu semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Shamsul Iskandar turut membidas Abdul Hadi kerana mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan PKR hingga menyaksikan wujud pertembungan antara kedua-dua parti pada PRU13 di beberapa kawasan dan seterusnya menyebabkan kekalahan kepada pakatan pembangkang.

Berang dengan tohmahan yang dilemparkan oleh AMK tersebut, Dewan Pemuda PAS Gombak (DPP Gombak) bertindak mempertahankan Presiden PAS dengan menggesa AMK supaya tidak bersikap sombong dan sedar tentang masalah yang sering ditimbulkan PKR dalam pakatan pembangkang selama ini.

“Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan selama ini. AMK pula menjadi penyambung lidah macai Barisan Nasional (BN),” katanya melalui satu kenyataan media.

Abdul Hadi pada kempen PRU13 membuat kenyataan terbuka pertindihan kerusi yang berlaku antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.Presiden PAS itu semasa kempennya juga mendakwa terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.

Bertindak mempertahankan Presiden PAS, Syarhan Humaizi berkata, Shamsul Iskandar sepatutnya sedar wakil rakyat PKR yang diambil secara serkap jarang untuk menghadapi PRU12 telah menyebabkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang Perak pada 2008.

Katanya, lebih memalukan buat PKR apabila beberapa wakil rakyat parti itu turut mengkhianati PAS dan DAP dengan melompat parti dan sebab itu Abdul Hadi mengambil keputusan untuk menegur calon PKR pada PRU13.

Justeru, katanya, tindakan Presiden PAS mencerca calon tangkap muat PKR pada PRU13 adalah wajar dan tidak sepatutnya dipertikaikan oleh AMK.

Syarhan Humaizi juga meminta AMK sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihan raya mereka pada PRU13 kerana kebanyakan petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu bertindak dan akhirnya jentera Pemuda PAS terpaksa membantu mereka.

“Ia dilihat sendiri oleh rakyat yang akhirnya menyaksikan beberapa calon PKR ditolak di peringkat Parlimen sedangkan calon PAS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) menang besar,” tegasnya.

Tambahnya, PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah, namun mereka bukan macai calon PKR.


Pemuda PAS Gombak meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menggunakan media atau mengkritik secara terbuka berhubung masalah parti komponen itu.
Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata demikian mengulas kenyataan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyelar tindakan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencerca calon PKR tanpa bukti pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
Katanya, ini kerana beliau bimbang konflik dalaman parti komponen dijadikan bahan melaga-lagakan sesama parti oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
“Kami tidak kisah AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tetapi perlu menggunakan saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini.
“Kami tidak kisah jika ia datang dari media Umno-BN tetapi kali ini AMK yang menghentam Presiden PAS secara terbuka,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.
Katanya, AMK seharusnya menjadikan pengalaman calon lompat parti semasa PRU12 sebagai pengajaran sehingga menyebabkan Perak dirampas BN.
“PR dimalukan dengan insiden wakil PKR keluar parti seperti Parlimen Bayan Baru, Nibong Tebal, Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Kulim-Bandar Baru.
“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan PR, malah pengkhianatan terhadap mandat rakyat menyebabkan soal calon sering diingatkan oleh Abdul Hadi,” katanya.
Salah seorang penyokong Pas, Irsyad Sidi dalam laman sosialnya mengkritik kembali Shamsul dengan menganggapnya sebagai lebih sudu dari kuah.

Penyokong Pas itu turut membangkitkan persoalan kemenangan Shamsul di Parlimen Bukit Katil, Melaka bukan disebabkan kehebatan Ketua AMK itu semata-mata.

Justeru itu, kemenangannya sebagai Ahli Parlimen bukan tiket untuk naik tocang mengkritik orang yang lebih tinggi kedudukannya dari parti lain.

“Kepada Ahli Parlimen Bukit Katil dari PKR saudara Shamsul Iskandar..tolong bincang masalah parti PKR sahaja dalam perhimpunan parti saudara.. jangan keruhkan keadaan dengan menghentam pemimpin parti lain di hadapan ahli- ahli parti saudara!!

“Untuk pengetahuan saudara (kalau saudara sudah lupa) kemenangan saudara bukan hanya kerana undi dari PKR dan DAP sahaja..tetapi kerja keras dari orang-orang PAS dan penyokong-penyokong PAS!!!

“Saudara mungkin tidak berada sampai di tahap ini jika tanpa undi PAS jugak!!! bersyukur la sikit!!!,”katanya yang mengambarkan emosi kemarahan terhadap kenyataan Ketua AMK itu.

VIDEO UAI KAHWIN !!!



Penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah selamat mendirikan rumah tangga dengan isterinya ketiganya yang dikenali sebagai Izyan di Keramat, semalam.
Majlis yang berlangsung sederhana dan meriah itu turut dihadiri oleh isteri pertama UAI , Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, yang merupakan isteri kedua UAI yang berasal dari Terengganu.
Malah semasa sesi makan beradab, kedua-dua mempelai telah diapit oleh kedua-dua madu Izyan untuk menikmati hidangan bersama-sama.




SOSMA GANTI ISA !!! PANDANGAN BERBEZA DARI PENGAMAL UNDANG UNDANG.


Hampir setahun selepas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 diwartakan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang dimansuhkan, soal sama ada undang-undang baharu itu menyediakan keseimbangan antara melindungi keselamatan negara dan hak asasi tertuduh terus diperbahaskan. 

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 April, 2012, diberikan perkenan Diraja pada 18 Jun 2012, dan diwartakan pada 22 Jun 2012. SOSMA ialah sebuah akta "bagi menyediakan langkah-lankah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait". 

Peguam kanan Datuk Mohd Hafarizam Harun berpendapat SOSMA tidak melanggar hak asasi tahanan di sisi undang-undang. Beliau berkata akta itu menyediakan ketetapan untuk polis segera memaklumkan kepada waris kadim iaitu anggota keluarga terdekat tahanan berhubung penahanannya dan membenarkan tahanan berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya. 

Akta itu menyatakan seorang pegawai polis, boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengan dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan. Orang itu boleh ditahan bagi tempoh 24 jam untuk tujuan penyiasatan. 

Pegawai polis boleh melanjutkan tempoh penahanan untuk tempoh tidak lebih 28 hari, bagi tujuan penyiasatan. Pegawai polis hendaklah dengan segera memberitahu waris kadim kepada orang itu mengenai tangkapan dan penahanan orang itu dan membenarkan orang itu untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya. 

Mohd Hafarizam berkata: "ISA lebih tegas daripada segi tempoh (penahanan) yang lebih lama dan tahanan boleh ditahan tanpa perbicaraan". Beliau berkata orang awam perlu tahu kenapa tempoh penahanan di bawah SOSMA dibuat agak lama - 28 hari. 

Katanya orang akan berkata bahawa tindakan itu melanggar hak tertentu dan kebebasan fundamental yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi menurutnya, SOSMA adalah undang-undang subsidiari di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. 

Beliau berkata akta itu tegas mengenai tempoh penahanan 28 hari itu daripada aspek ia tidak membenarkan pelanjutan tempoh selepas atau melebihi 28 hari itu. 

Mohd Hafarizam berkata penahanan tidak bermaksud ditahan di lokap atau penjara bagi seluruh 28 hari itu kerana akta itu membenarkan peranti pengawasan elektronik dipasang pada tahanan yang dibebaskan dalam tempoh 28 hari itu. 

Beliau memberikan misalan seperti berikut: "D telah ditahan untuk kesalahan keselamatan. Selepas ditahan selama 24 jam, seorang superintenden polis melanjutkan tahanannya selama tujuh hari lagi. Apabila habis tempoh tujuh hari, D telah dibebaskan tetapi dia masih diperlukan untuk membantu penyiasatan. 

Apabila laporan oleh pegawai polis diterima, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah supaya suatu peranti pengawasan elektronik dipasang pada D. Mahkamah boleh membenarkan peranti pengawasan elektronik dipasang pada D sehingga tempoh 21 hari. 

"Oleh yang demikian, tahanan tidak boleh mendakwa hak mereka telah dicabuli seperti ketetapan Perkara 5 Perlembgaan Persekutuan (kebebasan seseorang),"kata Mohd Hafarizam dan menurutnya kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi khususnya apabila membabitkan isu sensitif seperti hal-hal keselamatan negara atau mencetuskan kebencian kaum.

Mohd Hafarizam berkata orang awam perlu dididik untuk memahami betapa seriusnya isu berkenaan, untuk diberitahu bahawa sekiranya ia tidak dikendalikan dengan amat berhati-hati ia akan membawa kepada keadaan seperti insiden pemberontakan di Timur Tengah baru-baru ini.


Beliau berkata penyemaian sentimen-sentimen luaran dalam kalangan orang ramai perlu dicegah sebelum ia marak. Mohd Hafarizam berkata prosedur dalam SOSMA adalah serupa dengan ketetapan dalam Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), di mana suspek diberi peluang untuk melantik peguam bela dan berunding dengan anggota keluarga. 

Namun, katanya sekiranya sesuatu undang-undang itu bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dalam negara, SOSMA boleh dikatakan kurang efektif daripada segi penguatkuasaan kerana ia membenarkan tahanan mempertahankan diri mereka. "Pendek kata, undang-undang ini masih membenarkan andaian 'tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, katanya dan menambah kata SOSMA bertujuan memenuhi elemen-elemen dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa-kuasa khas untuk membanteras kegiatan subversif, keganasan terancang, dan tindakan dan jenayah yang memudaratkan orang awam.

Peguam kanan jenayah Datuk N. Sivananthan berkata SOSMA mungkin efektif dalam situasi tertentu kerana ia membenarkan polis menahan suspek sehingga 28 hari sekiranya terdapat ancaman sebenar terhadap ketenteraman awam atau keselamatan negara, dengan syarat ia digunakan dengan betul, hanya dalam hal berkaitan kesalahan terhadap negara dan/atau kesalahan berkaitan keganasan. 

Sivananthan, yang dilantik oleh kerajaan Filipina untuk mengetuai pasukan lima peguam untuk mewakili lima warga negara itu yang dituduh mempunyai kaitan dengan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, berkata SOSMA sebenarnya undang-undang untuk situasi ekstrem apabila terdapat ancaman terhadap nyawa.

"Bagaimanapun, jika seorang itu memang meletakkan bom atau bahan letupan semasa pilihan raya, dengan itu boleh dianggap sebagai kesalahan keselamatan yang membolehkan SOSMA digunakan,"katanya semasa ditanya mengenai pihak tertentu mendakwa polis mungkin menyalahgunakan undang-undang baharu itu untuk kesalahan yang dianggap mencabuli demokrasi berparlimen semasa pilihan raya umum.

Beliau menjelaskan SOSMA untuk tujuan kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman mati dan/atau penjara seumur hidup. Katanya sebelum ini apabila tertuduh dituduh dengan kesalahan seumpama itu, KPJ, Akta Keterangan dan Perlembagaan Persekutuan akan diguna pakai, tetapi di bawah SOSMA, semua itu tidak lagi diguna pakai. "Di bawah SOSMA, semua itu dikeluarkan bagi memastikan perbicaraan adil," katanya yang merupakan peguam Malaysia yang pertama dilantik sebagai naib presiden yang bertanggungjawab bagi rantau Asia Pasifik, Badan Peguam Jenayah Antarabangsa (ICB).

(Pelantikan beliau dibuat pada perhimpunan dua tahun sekali ICB yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada Mac 2010.) Sivananthan berkata tahanan boleh melantik peguam bela tetapi apa yang tidak dapat diterima ialah semua peraturan yang ada untuk memastikan perbicaraan adil akhirnya diabaikan, dan ini merupakan perkara yang tidak disedari ramai. 

Seorang lagi peguam jenayah, Amer Hamzah Arshad, berpendapat peruntukan dalam SOSMA lebih memihak kepada negara daripada memastikan perbicaraan adil untuk orang kena tuduh. Beliau berkata perbicaraan bagi penjenayah biasa tertakluk oleh KPJ dan Akta Keterangan tetapi kesalahan keselamatan akan dibicarakan di bawah SOSMA.

"Peruntukan dalam SOSMA tidak sama dengan yang terdapat dalam KPJ. KPJ mempunyai lebih banyak perlindungan dan adil kepada orang kena tuduh manakala peruntukan dalam SOSMA lebih memihak kepada negara," katanya. 

Beliau berkata oleh kerana SOSMA hanya berupa undang-undang prosedur yang mengikat prosedur perbicaraan bagi kesalahan keselamatan, ia dengan itu tidak boleh menafikan hak perlembagaan tertuduh untuk diwakili peguam bela pilihannya.

Katanya tidak perlu menggunakan SOSMA berhubung laporan-laporan yang dibuat semasa tempoh pilihan raya umum baru-baru ini kerana ia hanya berupa laporan jenayah biasa seperti vandalisme. Pada Februari, tiga individu – bekas tahanan ISA Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Muhammad Hilmi Hasim -- merupakan kes pertama ditahan di bawah SOSMA. Yazid menghadapi pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria, manakala Halimah dan Muhammad Hilmi dituduh bersubahat dengannya.

Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka pada 20 Mei selepas membenarkan permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan terhadap mereka. Dalam membuat keputusan penting itu, Hakim Kamardin Hashim memutuskan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai bagi tindakan ancaman di Malaysia. - Bernama

Monday, 27 May 2013

ADUN DAP DEDAHKAN TIADA "BLACKOUT" SEMASA PROSES PENGIRAAN UNDI #PRU13


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari, Lee Chin Chen, semalam tampil menafikan dakwaan berlaku gangguan elektrik di pusat pejumlahan undi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong pada malam 5 Mei lalu.

Penafian pemimpin parti sekutu pakatan pembangkang itu sekali gus membuktikan dakwaan berkenaan yang dilemparkan pihak tertentu, tidak berasas sama sekali dan dipercayai hanya mahu menghasut rakyat kononnya berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Ketika dihubungi BH semalam, Chin Chen mengaku beliau berada di dewan berkenaan pada 5 Mei lalu, dari jam 8.30 malam hingga selesai proses penjumlahan undi dan terus menunggu sehingga keputusan PRU-13 bagi DUN Ketari, Bilut dan Sabai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Toantowee Mohd Lotfie.

“Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak jam 8.30 malam sampai awal pagi... mana ada gangguan bekalan elektrik pun."

“Ramai orang juga ada di sana... wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan,” katanya.

Chin Chen yang menang kerusi DUN Ketari selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wong Choo Yak dengan majoriti 4,243 undi pada PRU-13, mengaku beliau juga pelik dengan dakwaan itu dan tidak pasti pihak mana yang menyebarkan tuduhan berkenaan. 
Dakyah terbabit disebarkan media sosial sebaik PRU-13 berakhir, malah turut ditambah kononnya kejadian itu turut mencetuskan kekecohan dan tunjuk perasaan. - Berita Harian

TEORI R.A.H.M.A.N MEMANG BETUL.... #INIKALILAH @ #LAINKALILAH !!!



Teori RAHMAN ini dicanang seawal penggal ini..pelbagai rumusan..pelbagai tafsiran..pelbagai rekaan..semuanya kata Najib adalah PM BN terakhir !!!

Rupanya tekaan puok mangkok ni meleset..Allah dah buat keputusan bahawa BN kekalkan pemerintahan dan Najib sebagai Perdana Menteri !!!

Ternganga puok Pakatan Haram ni..kononnya nak jadi ahli nujum..kononnya tukang tilik terhebat..tilik punya tilik.."N" tu rupanya Najib sambung tugas..hehe bukan setakat teori RAHMAN..pelbagai slogan juga direka untuk timbulkan kebencian rakyat pada UMNO dan BN !!!

Paling teruk slogan akhir mereka "Inikalilah" makan diri !!! lainkalilah !!!

Sunday, 26 May 2013

HOT!!! GAMBAR MANTAP UAI KAHWIN LAGI.


Tahniah saya ucapkan kepada Ustaz kita yang sorang ni...berita yang diterima :
Hari ini (26 May 2013), dikhabarkan Ustaz Azhar baru sahaja menikahi seorang gadis bernama Izyan berusia 27 tahun sebagai isteri ke-3 nya. Lihat dari mata pun boleh buat ramai lelaki jatuh cinta tapi jangan buat pasal nanti kena karate dengan Ustaz Azhar. 

Dikhabarkan, gadis bernama Izyan yang dinikahi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini adalah anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Tahar iaitu Ketua Cawangan Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak. Hak perkahwinan ini juga boleh dikatakan telah pasti kerana telah dikongsikan sendiri oleh saudara Hafiz Hamidun yang kami ‘screenshot’ dari akaun Instagram’nya.






Mantap la Ustaz!! Ilmu apa la si Ustaz ni pakai..dapat nikah dengan gadis berumur 27 tahun. Anak dara pulak tuu.. dahsyat la Ustaz-Ustaz Pas ni.. memang terbaik!!

Tahniah Azhar Idrus!!! Dah tiga bini dia sekarang malahan semua muda-muda kecuali isteri pertama. Bila nak ke Mekah naik haji?




DAP TETAP AKAN "DIBOGELKAN" !!!



Si Karpal Whilchar tu ingat dia siapa nak ugut - ugut orang tak tentu arah? Dia ingat dia besar sangat ke? Dia ingat dia bagus nak halang orang dari mendedahkan Kebenaran?

Hasrat Si Karpal dan puak - puak DAPigs tu nak menutup mulut Tunku Aziz dari mendedahkan Kebenaran tidak mendatangkan sebarang hasil. Kebenaran tetap juga akan diperjuangkan!!!
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa akan terus mendedahkan semua rancangan DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang anak Melayu tegasnya, beliau tidak pernah menjual ‘rohnya’ kepada DAP dan menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara.

"Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” dakwanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Ditanya mengenai amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu mengambil tindakan mahkamah sekiranya Abdul Aziz terus mendedahkan rahsia DAP, Abdul Aziz menjawab beliau bersedia berhadapan dengannya di mahkamah.

“Saya tidak takut dengan amaran tersebut, ini negara saya, keluarga saya sudah berada di negara ini sejak ribuan tahun lalu, saya tidak akan jual roh saya kepada DAP.

“Semakin amaran begini dikeluarkan, semakin itulah semangat saya untuk dedahkan ‘rahsia’DAP berkobar-kobar,” katanya.

BIADAP !!! SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA LARANG NYANYI NEGARAKU SEBAB MILIK BN ??!!



Tidak tahulah sama ada benda ini betul atau tidak, tetapi ia perlu disiasat.

Ia mengenai luahan seorang bapa yang terperanjat apabila anak perempuan rakannya memberitahu sekolah yang dihadirinya tidak membenarkan lagu Negaraku dinyanyikan kerana ia berada di ‘bawah Barisan Nasional (BN)’.

Mungkin bermaksud ia milik BN lah kot.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Pulau Pinang. Ia dilakukan oleh guru sekolah berkenaan. Pelajar hanya boleh menyanyi lagu negeri.


Tidak diketahui secara tepat sekolah mana yang dimaksudkan.

Melihat kepada sikap kurang ajar pengundi DAP seperti menafikan hak mengundi warganegara ini dengan bersikap rasis apabila menuduh sebahagian rakyat dengan warna kulit tertentu sebagai pendatang Bangladesh dan sebagainya, maka penulis tidak terperanjat jika kejadian melarang menyanyi lagu Negaraku itu benar-benar berlaku.

Justeru ia perlu disiasat secara menyeluruh dan mendalam serta tindakan seperti di bawah Akta Hasutan atau akta yang bersesuaian diambil jika ia benar.

Jika tidak benar, maka masyarakat perlu diberitahu ia tidak benar.

Mynewshub

Saturday, 25 May 2013

PERMOHONAN PERINTAH TAHANAN REMAN TRIO DITOLAK.


Mahkamah semalam menolak perintah permohonan tahanan reman terhadap naib presiden PKR Tian Chua, Datuk Tamrin Ghafar dari PAS dan aktivis Haris Ibrahim.

Majistret Norashikin Sahat telah memutuskan untuk menolak permohonan itu dan mengarahkan ketiga-tiga mereka dibebaskan.

Prosiding permohonan reman itu bermula pukul 11 pagi kelmarin.

Sekumpulan penyokong mereka turut kelihatan berhimpun di hadapan balai polis Jinjang menuntut pembebasan ketiga-tiga terbabit.

Antara yang kelihatan termasuk peguam Datuk S Ambiga, N. Surendran, dan R. Sivarasa.

Menurut laman portal fz.com, peguam ketiga-tiga terbabit Datuk S. Ambiga tiba di balai polis tetapi tidak dibenarkan masuk atas alasan telah ada 13 lagi peguam yang sedang menguruskan kes reman itu.

Namun, beliau kemudiannya dibenarkan masuk setelah dilihat membuat beberapa panggilan telefon.

Ketiga-tiga mereka ditahan berikutan ucapan semasa Forum 13 Mei di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan atas dakwaan membuat kenyataan menghasut.

Sementara itu, di laman Twitter, tokoh-tokoh pembangkang seperti Datuk Anwar Ibrahim serta beberapa peguam menyatakan rasa kecewa mereka ke atas penahanan ketiga-tiga mereka.