ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEDARLAH KAMU TU SIAPA.... WAHAI HUSAM!!!

Wednesday 15 May 2013

SEDARLAH KAMU TU SIAPA.... WAHAI HUSAM!!!



Itulah nasihat yang sewajarnya kita berikan kepada Si Husam ni sebenarnya. Kita perlu sedarkan Si Husam ni dari mimpi yang bukan - bukan. Biar dia berpijak dibumi yang nyata. Biar dia tahu yang orang memang tak nak dah kat dia.

Suruh dia sedar diri sikit. Nama dia dah tak ada dalam Exco. Terima saja kenyataan. Dia memang dah tak laku dah sebenarnya. Itu hakikat yang tak perlu nak dipertikaikan. Orang yang tak dapat terima ketentuan Allah ibarat orang yang munafik. Seolah - oalh dia tak percaya dengan Kuasa Allah.

Sesungguhnya, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Takkan benda macam itu pun Si Husam ni masih tak faham jugak? Ianya perkara asas dalam Islam.

Kalau benda itu pun Si Husam ni tak boleh nak faham, baik tak payah jadi pemimpin yang KONONnya nak mendabik dada memperjuangkan Islam. Baik dia duduk diam - diam kat rumah. Jangan nak menyusahkan orang lain!!!
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengambil sikap acuh tak acuh terhadap tentangan Datuk Husam Musa yang membantah keras pelantikan barisan exco baru yang didakwa diluluskan tanpa mengikut prosedur.
Sebaliknya Ahmad yang menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui kerajaan negeri Kelantan berkata keputusan tersebut adalah muktamad.
"Saya rasa tak perlu untuk buat apa-apa lagi, keputusan muktamad.
"Saya rasa tidak perlu nak kata apa-apa lagi, tidak perlu saya komen lagi perkara ini," katanya kepada Antarapos.
Kejutan berlaku apabila senarai exco kerajaan negeri di bawah kepimpinan baru menggugurkan Husam daripada dilantik semula walaupun sudah dua penggal memegang jawatan itu.
Ketiadaan Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak.
Ia juga mendorong penyokong Husam berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau daripada barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baru.
Terdahulu, Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini adalah pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan. 
Husam pula menempelak barisan exco baru itu yang dikatakannya diluluskan tanpa mengikut prosedur.

No comments:

Post a Comment