Ternyata tindakan menganjurkan Himpunan Kemarahan Rakyat di Kelana Jaya baru-baru ini tidak didokong sepenuhnya oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
Datuk Harun Taib berkata, walaupun beliau tidak membantah penganjuran himpunan tersebut namun Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu berkata beliau tidak berminat untuk menyertai acara seumpama itu.
Beliau yang dihubungi Antarapos hari ini berkata, secara peribadinya, beliau tidak faham mengapa himpunan itu diadakan hanya semata-mata mahu membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), awal Mei lalu.
"Saya tidak membangkang apa-apa yang nak buat tapi saya tidak berminat untuk berbuat demikian."
"Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya)," katanya kepada Antarapos.
Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.
Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.
"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh."
"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.
Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.
Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.
"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya.
Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.
Pada PRU13, Pakatan Rakyat menerima tamparan hebat apabila tewas kepada Barisan Nasional (BN) apabila hanya memperolehi 89 kerusi berbanding BN, yang memenangi 133 kerusi.
Anwar seperti dijangka bingkas menuding jari kepada Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) kononnya agensi itu merelakan proses pilihan raya yang tidak telus dan tidak adil.
Hakikat pahit yang perlu ditelan Anwar dan penyokong Pakatan Rakyat ialah pimpinan kanan PKR sendiri tidak bersetuju himpunan itu diadakan termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Beliau menyifatkan rakyat sudah letih dengan politik melampau yang disuakan kepada mereka.
Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.
Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan pro-pembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa pro-pembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.

No comments:
Post a Comment