ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MB KELANTAN BERTERIMA KASIH DIBERI PERUNTUKKAN RM69JUTA DARI KERAJAAN PUSAT.

Thursday, 23 May 2013

MB KELANTAN BERTERIMA KASIH DIBERI PERUNTUKKAN RM69JUTA DARI KERAJAAN PUSAT.



Suka melihat dua pemimpin dari dua parti berbeza kini boleh duduk bersama saling membantu antara satu sama lain. Sejak 2008 pasca PRU13 Umno gigih menghulurkan salam perdamaian dan kini ia makin terang kelihatan. Bukan parti PAS yang kita serang tanpa alasan namun kesilapan mereka yang kita ingin diperbetulkan. Hakikat ini yang dibawa oleh blogger di dalam tulisan mereka termasuklah wartawan khasnya akhbar Utusan.

Sejak sekian lama qariah di Kelantan dipinggirkan dan kini apabila mereka kembali dibenarkan maka ia satu perubahan amat besar di dalam corak pentadbiran MB Kelantan. Keberanian ini sudah tentu menunjukkan MB baru Kelantan tidak sama corak pemikiran dan pegangannya yang lebih berdiplomasi dan bijak menyusun langkah selepas sekian lama melihat kesilapan demi kesilapan selama 23 tahun menjadi Timbalan.

Legasi Nik Aziz tampak semakin padam dan kita bersyukur Kelantan kini semakin mesra dalam hubungannya dengan Kerajaan Persekutuan. Jalinan erat ini sudah pasti menguntungkan fizikal dan mental rakyat jelata yang sudah lama gagal hidup dengan hati yang tenang akibat pertelingkahan yang tidak berkesudahan antara dua parti utama Melayu Islam di Malaysia ini.

Jika ada kesilapan kita akan terus bongkarkan dan khabarnya projek kini mula dibuat tender terbuka berbeza di zaman dahulunya yang menjadi antara punca Kelantan gagal mendapat pendapatan yang setimpal dari hasil kekayaan bahan galian buminya.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Ahmad Yakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang senyum ketawa bersama dalam sesi sidang akhbar membawa harapan besar kerjasama akan semakin dipertingkatkan dan kebencian akan semakin hilang berlalu ditelan arus zaman.

Sekali lagi tahniah kepada MB Kelantan dan kita doakan perpaduan antara umat Islam akan semakin kental dan utuh meredah ranjau berliku yang ditanam musuh Islam dalam kehidupan.


Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment