ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TGNA MAHU KEKAL SEBAGAI MURSYIDUL AM - BUKTI TIDAK IKUT ISLAM !!!

Sunday 19 May 2013

TGNA MAHU KEKAL SEBAGAI MURSYIDUL AM - BUKTI TIDAK IKUT ISLAM !!!


Islam mahu seorang pemimpin yang berkemampuan fizikal dan mental untuk menerajui Kerajaan parti atau organisasi. 

kegagalan memilih pemimpin yang sihat akan menjadikan kemusnahan di masa hadapan organisasi yang dipimpinnya. 

Kerana itu tindakan Nik Aziz mahu kekal dalam PAS sebagai Mursyidul Am akan membawa kerosakan kepada PAS walaupun otaknya masih berjalan. 

Jangan sampai orang kata Nik Aziz gila jawatan. 

Eloklah Datuk Dr Haron Din menjadi Mursyidul Am agar PAS lebih mudah membuat sebarang keputusan tanpa menunggu masa yang panjang. 


Berita :
Bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am Pas walaupun tugas itu amat berat, dan dalam keadaannya yang uzur. 

"Saya bersedia memegang jawatan itu jika saya diperlukan oleh parti. Tugas Mursyidul Am adalah suatu tugas yang amat berat yang terpaksa dipikul dan dilaksanakan mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w mentadbir negara Islam," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jasamu Dikenang di Pusat Pentadbiran kerajaan Negeri Kota Darulnaim di sini. 

Majlis itu, bagi menghargai dan meraikan sumbangan Nik Aziz yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun sejak 1990, turut dihadiri Menteri Besar Kelantan yang baharu Datuk Ahmad Yakob. Nik Aziz berkata, beliau tetap berazam akan terus melaksanakan misinya dalam memperjuangkan parti berlandaskan Islam walaupun bukan lagi menteri besar negeri itu. 

Nik Aziz juga akan melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, jawatan yang disandang oleh menteri besar. Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita, berkata beliau akan meneruskan dasar pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana di bawah Nik Aziz. Beliau berkata persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan selepas pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan Jun ini. 

No comments:

Post a Comment