ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #INIKALILAH - DRAMA 'ANWAR SPRING' PULA !!!

Wednesday 8 May 2013

#INIKALILAH - DRAMA 'ANWAR SPRING' PULA !!!





Kesedihan yang keterlaluan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kekalahan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 menimbulkan satu persoalan besar, seolah-olah beliau hari ini sama seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tidak pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan tidak memahami hakikat sebenar UMNO serta Barisan Nasional. Namun, kerana skrip sedih itu over acting, ia seakan-akan menjengkelkan.

Laman Agendadaily melihat kesedihan ciptaan Anwar itu adalah satu lakonan terbaik untuk membina momentum rakyat turun ke jalan raya.

“Bagi meneruskan drama ini,pada Rabu malam ini pakatan akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran di Stadium Kelana JayaTujuannya ialah untuk mengajak rakyat menolak keputusan PRU13. Anwar dijadual berucap di perhimpunan itu."

“Apakah ini permulaan ‘Anwar Spring’ untuk mengajak rakyat turun padang lawan kerajaan di jalanan setelah tewas di gelanggang PRU13? Jangan hairan jika itu terkandung dalam skrip drama yang sudah disusun."

“Bagaimana pula dengan skripnya nak pencen jika kalah PRU13 dan nak jadi pensyarah di luar negara??? Mungkin babak itu ditunda seketika. Mana mungkin seorang ‘Drama King’ mahu penamat jalan ceritanya mati begitu saja tanpa satu klimaks."

“‘Anwar Spring’ mungkin lebih mendebarkan,” lapornya.

Baca selengkapnya, sila klip 

No comments:

Post a Comment