ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERMOHONAN PERINTAH TAHANAN REMAN TRIO DITOLAK.

Saturday, 25 May 2013

PERMOHONAN PERINTAH TAHANAN REMAN TRIO DITOLAK.


Mahkamah semalam menolak perintah permohonan tahanan reman terhadap naib presiden PKR Tian Chua, Datuk Tamrin Ghafar dari PAS dan aktivis Haris Ibrahim.

Majistret Norashikin Sahat telah memutuskan untuk menolak permohonan itu dan mengarahkan ketiga-tiga mereka dibebaskan.

Prosiding permohonan reman itu bermula pukul 11 pagi kelmarin.

Sekumpulan penyokong mereka turut kelihatan berhimpun di hadapan balai polis Jinjang menuntut pembebasan ketiga-tiga terbabit.

Antara yang kelihatan termasuk peguam Datuk S Ambiga, N. Surendran, dan R. Sivarasa.

Menurut laman portal fz.com, peguam ketiga-tiga terbabit Datuk S. Ambiga tiba di balai polis tetapi tidak dibenarkan masuk atas alasan telah ada 13 lagi peguam yang sedang menguruskan kes reman itu.

Namun, beliau kemudiannya dibenarkan masuk setelah dilihat membuat beberapa panggilan telefon.

Ketiga-tiga mereka ditahan berikutan ucapan semasa Forum 13 Mei di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan atas dakwaan membuat kenyataan menghasut.

Sementara itu, di laman Twitter, tokoh-tokoh pembangkang seperti Datuk Anwar Ibrahim serta beberapa peguam menyatakan rasa kecewa mereka ke atas penahanan ketiga-tiga mereka.


No comments:

Post a Comment