Memang wujud hasrat puak - puak Rejim PAS Kelantan hendak menganiaya Husam sebenarnya. Ada udang disebalik batu!!!
Jika tidak, kenapa pulak Husam dihantar nun jauh ke Putrajaya untuk bertanding di kerusi Parlimen? Apa... dah tak ada kerusi Parlimen dalam Kelantan ke yang dia boleh pilih?
Nampak sangat ada 'Tangan - Tangan Ghaib' yang mahu melenyapkan pengaruh Husam di Kelantan. Dan mungkin sebab itu dia tidak dilantik jadi Exco.
Kalau tidak, apa alasan mereka untuk tidak memilih Husam semula? Kenapa dia tidak dijadikan sebagai Timbalan Menteri Besar memandangkan kedudukan dia sebelum ini?
Adakah hanya sebab mereka nak memberi laluan kepada menantu Nik Aziz untuk meneruskan Legasi keluarga Mursyidul Am itu?
Nah!!! Sekarang siapa yang amalkan Nepotisme? Siapa yang amalkan Kronisme jika bukan puak - puak yang pernah menuduh itu sendiri?
Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa. Segala yang berlaku di dunia ini adalah didalam KetentuanNYA. Akhirnya, belang mereka sendiri sudah terdedah.
Apa lagi yang mereka nak bagi alasan yang bukan - bukan???
Sudah-sudahlah menipu rakyat... Rakyat pun dah sedar. PAS hanya dijadikan Kuda Tunggangan DAPigs untuk meraih undi dari orag Melayu. Itu aje. Tak lebih dan tak kurang dari itu!!!
PS...
Bukan setakat terpaksa menerima nasib ‘disembelih’ di Parlimen Putrajaya, malah Datuk Husam Musa yang turut menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) beliau juga turut digugurkan menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Sedangkan dalam PRU 12, Husam dilantik sebagai salah seorang Exco kanan, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan.
Husam, Naib Presiden Pas yang dinamakan portal Malaysiakini sebagai “Newsmaker of the Year 2003” sebelum ini pernah disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar (MB) digugurkan memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Kelantan, sebaik sahaja Datuk Ahmad Yakob, 63, anggota DUN Pasir Pekan mengambil alih jawatan MB Kelantan yang baharu.
Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 81, berundur daripada jawatannya selepas 23 tahun kerana faktor usia dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Datuk Husam Musa tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar baru Datuk Ahmad Yakcop.Husam yang juga merupakan Naib Presiden PAS tewas di kerusi Parlimen Putrajaya akan tetapi berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor.Beliau menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan selama dua penggal sebelum ini bermula pada 2004.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyerahkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada timbalannya Ahmad, menamatkan pemerintahannya selama 22 tahun di negeri tersebut.Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dilantik sebagai timbalan menteri besar Kelantan untuk mengambil alih jawatan Ahmad.
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/husam-apa-dah-jadi.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed
KOTA BHARU: Ratusan penyokong Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengadakan demonstrasi di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Mereka membantah tindakan menggugurkan Husam daripada senarai Exco kerajaan negeri selepas kerajaan negeri PAS diberikan mandat semula pada PRU 13.
Sultan Kelantan dikatakan menolak nama Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan untuk mengisi kerusi Exco negeri itu.
Mereka membantah tindakan menggugurkan Husam daripada senarai Exco kerajaan negeri selepas kerajaan negeri PAS diberikan mandat semula pada PRU 13.
Sultan Kelantan dikatakan menolak nama Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan untuk mengisi kerusi Exco negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata Sultan Muhammad V di saat-saat akhir menolak nama Husam walaupun pemimpin PAS itu antara yang paling banyak berjasa kepada Kelantan sebelum ini.
Polis mengepung kawasan sekeliling Jalan Kuala Krai yang menempatkan bangunan SUK itu.
Polis mengepung kawasan sekeliling Jalan Kuala Krai yang menempatkan bangunan SUK itu.
No comments:
Post a Comment