ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESTI BACA !!! KPN BERSARA WAJIB, BUKAN DIPAKSA LETAK JAWATAN. #TOLAKFITNAH #TOLAKPR

Sunday 12 May 2013

MESTI BACA !!! KPN BERSARA WAJIB, BUKAN DIPAKSA LETAK JAWATAN. #TOLAKFITNAH #TOLAKPR


INI adalah khabar angin yang tersebar dengan cukup meluas ketika ini.

Untuk makluman, Tan Sri Ismail Omar memang akan mengakhiri tugasannya sebagai Ketua Polis Negara.

Bahkan laman web rasmi PDRM sendiri telah mengumumkan perbarisan perpisahan beliau pada Khamis ini (16 Mei) yang akan diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Malangnya, persaraan beliau telah dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab kononnya beliau menerima desakan teruk untuk berbuat demikian.

Hakikatnya ialah Tan Sri Ismail akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei ini.

Ini disahkan sendiri oleh Penolong Ketua Urusetia KPN, ACP Ramli Yoosuf.

Bahkan ACP Ramli juga menegaskan yang keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan.

Ini adalah satu perbuatan fitnah yang cukup jelik sedangkan Tan Sri Ismail telah menunjukkan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada PDRM dan negara sejak menyertai pasukan itu.

Semua pihak boleh nilai dan tengok sendiri bagaimana dalam usia yang agak lanjut itu, beliau masih lagi berada di barisan hadapan sewaktu pencerobohan Lahad Datu tempoh hari.

Justeru tidak ada sebab untuk BN, UMNO atau sesiapa saja untuk ‘memaksa’ beliau berundur.

BN dan UMNO juga tidak ada kuasa untuk berbuat demikian.

Untuk makluman, jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara merupakan jawatan khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan lantikan ke jawatan ini tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, Tan Sri Ismail telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 13 September 2010.

Beliau merupakan KPN yang ke sembilan menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara pada 12 September tahun yang sama.

Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Sesungguhnya percubaan untuk memperlekehkan sumbangan beliau adalah perbuatan yang cukup biadap dan tidak bertanggungjawab.

Kalaupun tidak bersetuju dengan beberapa tindakan beliau, itu bukan bermakna kita perlu MENGHALALKAN tohmahan yang seberat ini.

Diingatkan, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Yang penting, sekurang-kurangnya beliau telah menunjukkan bukti kesetiaan dan pengorbanannya terhadap negaranya, kita sendiri bagaimana pula? 

No comments:

Post a Comment