ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERITA TERKINI ! KHALID IBRAHIM DIPILIH MB SELANGOR !!!

Saturday, 11 May 2013

BERITA TERKINI ! KHALID IBRAHIM DIPILIH MB SELANGOR !!!



Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim tu sebab dapat jadi Menteri Besar Selangor buat sekian kalinya. Senang sikit la orang nak balun PKR lepas ni.

Dah tentu - tentu Si Azmin Ali tu akan terus meroyan dalam partinya sendiri. Ingat dia setakat nak berdiam diri dan angguk je ke dengan keputusan yang telah dibuat?

Jangan harap la! Dah tentu Azmin ada strategi lain yang akan digunakan untuk terus menjahanamkan politik Si Khalid tu nanti. Tak percaya tunggu la.

Sebelum ini, Si Azmin tu beria - ia mempertikaikan pencalonan Khalid sebagai MB Selangor. Dia kata, pencalonan tu tidak melalui 'Konsensus Pakatan'.

Tapi, nampak gayanya kenyataan Azmin tu jelas disangkal oleh Setiausaha Agung PKR sendiri. Katanya, 'konsensus Pakatan' sudah sebulat suara. Mana satu yang betul ni???

Sekarang, apa yang pasti, PKR sedang berada diambang perbalahan yang cukup kuat. Masing - masing dah mula berebut Kuasa demi untuk kepentingan diri mereka sendiri. Bukannya diorang buat semua tu untuk memperjuangkan rakyat sangat!!!
Selang beberapa jam selepas Mohamed Azmin Ali mempertikaikan berhubung proses menamakan calon menteri besar Selangor dan mengkritik pentadbiran negeri sebelum ini, PKR tampil dengan satu kenyataan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah mendapat restu Pakatan Rakyat (PR) untuk diangkat semula menjawat jawatan itu. 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua nama telah dicadangkan kepada pimpinan parti dan nama Khalid dipilih untuk kekal sebagai menteri besar. 

"Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, PKR telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang berjaya memenangi kerusi mereka... ," tulis kenyataan media itu. 

Namun, "Pas dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini," tulis kenyataan media itu lagi.

Sehubungan itu, Saifuddin menyeru seluruh rakyat Selangor dan Malaysia amnya terus bermuafakat demi agenda perubahan negara. 

"Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua," katanya. 

No comments:

Post a Comment