ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: March 2015

Tuesday, 31 March 2015

BENARKAH SUAMI TONTON FILEM LUCAH JADIKAN LEBIH SEKS ROMANTIK ???


Ada pandangan mendakwa hobi menonton filem pornografi boleh menjejaskan kehidupan seks pasangan yang sudah berkahwin untuk berlaku curang dengan pihak ketiga, namun pula lain cerita di Amerika Syarikat.

Kajian pakar seksologi Universiti California Los Angeles (UCLA) di sini dan Universiti Concordia, Montreal, Quebec; pusat pengajian tinggi terbesar di Kanada, mendapati hobi santai itu pun ada faedahnya kepada institusi perkahwinan.

Apa tidaknya, penyelidikan dua universiti terbaik itu merumuskan, lelaki berkahwin yang menontoh filem lucah secara rutin harian amat cenderung menikmati pengalaman bercinta dan berasmara lebih menarik bersama dengan pasangan.

Uji kaji itu melibatkan 280 suami termasuk hampir separuh daripadanya yang sudah lama berkahwin dan anak pun telah berumah tangga, kata Nicole Prause, saintis Jabatan Psikiatri di Institut Tingkah Laku Manusia dan Neurosains UCLA.

Responden sebelum menjalani penyelidikan disoal siasat mengenai corak kekerapan menonton filem porno dan tahap ghairah seksual serta kemudian baharulah diminta menyaksikan pelbagai filem lucah selama 25 jam dalam tempoh seminggu.

Lelaki ‘bertuah’ itu turut dikehendaki menyelesaikan sejumlah soalan akademik berhubung kegagalan ereksi batang kemaluan selain diminta menonton beberapa adegan erotis dan penuh seni kelucahan secara terkawal di dalam makmal khas.

Hasilnya, saintis menyimpulkan, golongan suami ‘terpilih’ itu selepas menonton filem genre tersebut didapati memiliki paras ghairah seksual dan kenikmatan yang lebih besar ketika melakukan aksi persetubuhan dengan isteri masing-masing.

“Mereka mempunyai pengalaman erotis paling kuat berbanding suami yang kurang atau langsung tidak pernah menonton filem lucah,” jelas Prause yang turut terkejut dengan keputusan luar biasa ujian berkenaan. – Agensi

VIDEO BUDAK 2 TAHUN MAUT DIBELASAH BAPA TIRI MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL


Rakaman video ganas seorang lelaki membelasah anak tirinya sehingga mati tersebar di media sosial.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di pangsapuri Min Buri, Thailand. Video berdurasi 1 minit 35 saat itu dimuat naik di laman Facebook dan menimbul kemarahan netizen negara itu.

Tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan itu dirakam CCTV yang menunjukkan kanak-kanak malang yang berusia dua tahun itu ditendang serta dipukul di bahagian kepala berulang kali oleh bapa tirinya di tangga kecemasan pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun bapa tiri kanak-kanak terbabit memberhentikan perbuatannya dan segera membawa mangsa masuk ke rumah apabila seorang penghuni pangsapuri berkenaan menuruni tangga pangsapuri itu dari tingkat atas.
Credit : AAKJ

HOTLINE, PORTAL GST BANTU PENGGUNA

Hasil carian imej untuk HOTLINE, PORTAL GST BANTU PENGGUNA

KUALA LUMPUR: Pengguna yang memerlukan bantuan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) boleh menyalurkan maklum balas dan pertanyaan ke portal dan talian hotline yang disediakan.

Lanjutan daripada itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menyediakan talian hotline bernombor 1-300-888-500 dan 03-8882 2111 serta laman web yang beralamat di http://gst.customs.gov.my, di mana pengguna boleh memberi maklum balas dan menghubungi pejabat/kaunter bantuan yang terletak di negeri masing-masing.

Aduan dan cadangan yang berkaitan dengan jabatan tersebut pula boleh di ajukan kepada alamat e-mel, ccc@customs.gov.my atau 03-7806 7200.

Untuk sebarang pertanyaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, orang ramai boleh menghubungi nombor hotline 1-800-886-800 atau membuat panggilan ke 03-8000 8000 dan 03-8882 5983.

Mereka juga boleh menurunkan maklum balas dan aduan di www.kpdnkk.gov.my atau portal eaduan.kpdnkk.gov.my, atau mereka boleh menghantar e-mel kepada eaduan@kpdnkk.gov.my.

SEBARKAN : 106 SOAL JAWAP MENGENAI GST !!!

PELAKSANAAN GST atau Good & Services Tax bakal berkuatkuasa di negara ini dalam tempoh dua hari sahaja lagi, namun ternyata masih ramai rakyat yang keliru tentangnya.
Justeru, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) telah cuba merungkai pelbagai persoalan yang berlegar di benak ramai orang, menerusi siaran 106 soalan beserta jawapan di laman web mereka.
Di bawah kami kongsikan soalan dan jawapan tersebut. Diharapkan ia dapat memberikan pencerahan kepada pembaca yang masih kurang faham tentang GST.
Jawapan kepada 106 soalan
(Jawapan ini berkaitan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sahaja)

1. Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku?
KPDNKK telah menerbitkan dan mengedarkan 6 panduan harga pengguna mengikut zon kepada umum yang menunjukkan peratusan perubahan harga barang. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dari ibu pejabat KPDNKK,pejabat KPDNKK negeri atau dimuat turun dari laman web KPDNKK melalui pautan http://ebook.kpdnkk.gov.my/.Apabila GST dilaksanakan dan bergantung kepada kesediaan peniaga untuk memindahkan penjimatan kos membuat (pass down the cost saving) lanjutan
daripada tuntutan cukai input ke atas pembelian bagi tujuan perniagaan.Kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan disebabkan oleh cukai semata-mata. Kenaikan harga lazimnya berpunca daripada permintaan dan penawaran terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan dalam pasaran.

2. Adakah 10% SST akan dihapuskan selepas GST 6% dilaksanakan mulai 1 April ini?
Ya, SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) dimansuhkan mulai 1 April 2015 Oleh itu dua cukai yang ada sekarang akan digantikan dengan satu sahaja.
Nota tambahan: Cukai Jualan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 (Akta Cukai Jualan 1972). Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah 10%, melainkan barangan dalam Jadual 1, misalnya bahanbahan mentah sebanyak 0%. Jadual 2, misalnya untuk makanan dan buah-buahan sebanyak 5%, Jadual 3, minuman berproses sebanyak 20% dan Jadual 4, untuk bahan petroleum dan diesel, berkadar spesifik. Cukai ini telah dimasukkan ke dalam kos harga barang dan pengguna membayar cukai tersebut tanpa disedari. Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun
1975 (Akta Cukai Perkhidmatan 1975) pada kadar 5%. Kadar ini kemudiannya dinaikkan kepada 6% pada tahun 2011. Kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan digantikan dengan GST pada kadar 6%.

3. Bagi Syarikat-syarikat yang memperoleh pulangan mencecah RM500K tahun lepas tetapi tidak dijangka untuk mencapai jumlah tersebut pada tahun ini, adakah mereka harus mendaftar dan mengutip GST?
Syarikat tersebut tidak perlu mendaftar dan tidak boleh mengenakan GST.

4. Sama juga mengenai syarikat-syarikat yang berada pada garis sempadan, apa yang patut mereka lakukan dan bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani isu ini supaya ia adil kepada mereka dan
pengguna?

5. Adalah difahamkan bahawa kes-kes yang berada pada garis sempadan digalakkan untuk mendaftar dan mengutip GST jika pulangan mereka tidak mencecah RM500K, kemudian bagaimana?
Sekiranya perolehan tahunan sesebuah syarikat tidak mencapai nilai ambang (threshold RM500,000), syarikat tersebut mempunyai pilihan sama ada terus kekal dengan status tidak berdaftar atau boleh mendaftar secara sukarela. Selepas pendaftaran diluluskan, syarikat perlu terus kekal dalam sistem GST untuk tempoh tidak kurang dari 2 tahun.

6. Mengapa kerajaan mengurangkan peratusan cukai korporat daripada 25% kepada 24% kerana itulah hasil penting kerajaan dan mencaj GST 6%?
Tujuan utama GST ialah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara. Satu dari kaedah untuk mencapai tujuan tersebut ialah mengurangkan pengantungan kepada cukai-cukai langsung (direct taxes) seperti cukai korporat. Pengurangan cukai korporat dapat menggalakkan pelabur asing untuk membuka perniagaan di Malaysia dan menwujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

7. Adakah gaji minimum akan dikaji semula dan dinaikkan gaji yang mencukupi untuk kelangsungan hidup, sebelum melaksanakan GST? Berapakan kenaikan itu?
Adalah menjadi dasar kerajaan dibawah ETP untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, yakni pendapatan per kapita dari RM23,700 pada tahun 2009 kepada RM48,000 pada tahun 2020.Oleh itu Kerajaan akanmenjalankan Kajian gaji minima secara berterusan dan bergantung kepada kedudukan ekonomi negara.

8. Mengapa tidak dikekalkan senarai barangan dan perkhidmatan yangdikenakan SST sama dengan GST? Mengapa ia perlu diperluaskan kepada barangan dan perkhidmatan yang tiada cukai sebelum ini?
GST merupakan langkah penyusunan semula sistem percukaian Negara. Ini secara tidak langsung melibatkan perluasan skop cukai dan menghapuskan elemen cukai berganda yang ada dalam SST.Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.

9. Apakah mekanisma yang akan diambil kerajaan untuk mengekangkan kenaikan harga akibat GST?
Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan. Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan adalah melaksanakan sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan
2011, memperhebatkan penguatkuasaan melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan Panduan Harga Pengguna, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga (price setter). Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, pengenaan denda dan penalti yang lebih berat akan dikenakan.

10. Mengapa barangan harian seperti tin sardin dikenakan GST 6%,manakala udang galah dikecualikan GST?
Udang galah diklafikasikan sebagai bahan makanan asas dibawah “crustaceans” yang berkadar sifar. Manakala tin sardin diklasifikasikan sebagai bahan makanan yang telah diproses dan dikenakan kadar GST 6%.

11. Bagaimana hasil daripada GST akan digunakan untuk orang awam? Sila nyatakan.
Semua hasil negara termasuk hasil daripada GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Fund). Dana dari Consolidated Fund digunakan untuk pentadbiran dan kemajuan negara.
Pecahan untuk perbelanjaan untuk orang awam dalam Bajet 2015 adalah
seperti berikut:

 program perguruan dan pembelajaran – RM60.0 bilion
 perkhidmatan dan kemudahan kesihatan – RM23.3 bilion
 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) – RM4.9 bilion
 kemudahan dan infrastruktur – RM4.5 bilion
 biasiswa kerajaan – RM3.0 bilion
 keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya – RM1.2 bilion
 bantuan buku 1Malaysia – RM325 juta

12. Bank Dunia mengatakan bahawa cukai pengguna seperti GST adalah regresif dan memberi kesan paling teruk kepada yang miskin. Dalam keadaan sedemikian, mengapa kerajaan mahu melaksanakan GST?
Secara am, GST boleh diiktirafkan sebagai cukai regresif tetapi model GST boleh diubahsuai untuk dijadikan sistem cukai progresif dengan kaedah kadar-sifar, pengecualian dan pelepasan. Pengalaman dari Vietnam dan Ethiopia telah membuktikan keberkesanan GST yang telah diubahsuai.Malaysia yang agak lewat melaksanakan GST berpeluang untuk meniru
model GST progresif yang telah dilaksanakan di negara-negara lain.Berdasarkan kajian telah dilakukan oleh IMF, model GST Malaysia adalah progresif kerana kebanyakkan barang dan kemudahan asas tidak dikenakan GST.Bank Dunia juga telah memberi pengiktirafan GST di Malaysia adalah yang paling terbaik di dunia.

13. Masih terdapat 17000 firma yang menunggu untuk didaftarkan untuk GST, ini adalah jumlah yang besar untuk berurusan dalam masa dua minggu sebelum pelaksanaan GST ini. Bagaimanakah anda kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini?
Angka tersebut telah berkurangan dan kebanyakkannya adalah permohonan oleh peniaga yang nilai ambangnya kurang daripada RM 500,000.

14. Tidakkah anda terfikir, jika kerajaan menghukum dan mendenda perniagaan yang tidak berdaftar di bawah GST, akan berpindah ke negara lain untuk melabur?
Setiap Negara mempunyai undang- undang yang perlu dipatuhi. Hanya syarikat yang tidak mematuhi undang- undang akan dikenakan tindakan.

15. Perniagaan di Malaysia adalah baik dan membuat keuntungan besar jadi mengapa kadar cukai korporat mereka sedang dikurangkan?
Ini adalah salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan menggalakkan pelabur asing kekal di Malaysia. Strategi ini juga telah dilaksanakan oleh negara-negara lain seperti Thailand, Singapura, dan lain-lain.

16. Menurut laporan juruaudit agung tahunan ini, kerajaan hilang wang setiap tahun kerana ketirisan. Apakah jaminan bahawa hasil GST tidak akan dikendalikan mengikut nasib yang sama?
GST adalah salah satu strategi untuk mengekang ketirisan hasil Negara.

17. Adakah kaum kerabat seperti sultan/raja dan keluarga mereka membayar cukai?
Di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014, Yang Di Pertuan Agong, sultan-sultan, Undang-Undang Negeri Sembilan, YDP Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak diberi pelepasan dari GST untuk semua barangan, kecuali petrol, untuk kegunaan peribadi dan rasmi. Namun kaum kerabat sultan / raja tidak terkecuali daripada membayar cukai.

18. Sebelum pelaksanaan GST, rakyat akan mempunyai kecenderungan untuk menyimpan barang-barang yang boleh menyebabkan kekurangan makanan atau barang keperluan bekalan. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah kejadian ini?
Rakyat tidak perlu menyimpan stok makanan berlebihan kerana barang keperluan asas dikenakan GST pada kadar sifar.
Walaubagaimana pun, jika peniaga-peniaga menyimpan barang secara berlebihan untuk tujuan memanupulasikan harga, KPDNKK akan mengambil tindakan dibawah Akta Bekalan Barangan 1961.

19. Adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawasi dan mengawal pengurusan GST untuk mengelakkan pembaziran seperti projek KLIA2 yang bermula dengan RM1.5 bilion dan berakhir dgn RM4.5 bilion?
Kerajaan telah menubuhkan Public Account Committee (PAC). untuk mengawasi dan mengawal projek-projek kerajaan bagi mengelak pembaziran termasuk pengurusan GST.

20. Polisi Kesihatan Kebangsaan Malaysia 2006 menyatakan semua jenis ubat perlu dikecualikan cukai untuk memastikan pesakit mempunyai akses kepada ubat-ubatan. Ini bercanggah dengan keadaan semasa di mana GST dikenakan. Bagaimana pula sekarang cukai GST akan dikenakan kepada ubat-ubatan?
Terdapat kira-kira 4215 jenis ubat-ubatan tidak dikenakan GST seperti yang disenaraikan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan yang boleh diperolehi di dalam Portal GST.Senarai ubatan berkadar sifar boleh dilihat melalui link berikut :

Hanya ubatan yang tidak termasuk didalam senarai tersebut dikenakan GST.

21. Adakah pembelian rumah akan dikenakan cukai GST? Bagaimana dengan rumah kos rendah?
Pembelian semua jenis rumah kediaman termasuk rumah kos rendah tidak dikenakan GST.

22. Adakah penggunaan kad kredit akan dikenakan Cukai GST?
Cukai perkhidmatan RM50 terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan yang telah dikenakan mulai 1 Januari 2010 akan dihapuskan mulai 1 April 2015.

GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan. GST juga tidak akan dikenakan ke atas caj bayaran lewat dan caj kewangan.

Nota 1: Caj bayaran lewat merujuk kepada caj apabila pemegang kad gagal membayar jumlah yang sepatutnya sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum tarikh tamat tempoh.

Nota 2: Caj kewangan adalah caj yang dikenakan ke atas pemegang kad terhadap baki yang belum dijelaskan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh.

23. Adakah ini bermaksud, pengguna perlu bayar Cukai GST 6% bagi apa-apa barangan yang dibeli menggunakan kad kredit dan selepas itu bila hendak membayar bil kad kredit, 6% lagi cukai GST perlu dibayar kerana menggunakan kad kredit?

Perkhidmatan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST, begitu juga jumlah transaksi menggunakan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST.

Pembayaran bil kad kredit juga tidak dikenakan GST. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan.

24. Adakah pengeluaran wang di ATM akan dikenakan cukai GST?Bagaimana 6% akan dikira?
Perkhidmatan pengeluaran wang di ATM di bank yang sama tidak dikenakan GST. Hanya perkhidmatan MEPS ia itu pengeluaran wang di ATM antara bank dikenakan GST. GST 6% di kenakan pada caj RM1 untuk perkhidmatan MEPS.

25. Adakah petrol dan diesel akan dikenakan cukai GST?
Pembekalan Ron 95 dan Diesel kepada pengguna tidak dikenakan GST

26. Adakah LPG (natural gas) akan dikenakan cukai GST?
Pembekalan Liquefied Petroleum Gas (LPG) bersukatan 14kg ke bawah tidak dikenakan GST.

27. Adakah penggunaan khidmat pajak gadai akan dikenakan cukai GST?
GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pajak gadai.

28. Adakah cukai GST akan dikenakan apabila kita buat pinjaman perumahan atau sewa-beli kenderaan?
GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pinjaman perumahan atau sewa beli kenderaan. Namun perkhidmatan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang dibekalkan oleh agensi kerajaan tidak dikenakan GST.

29. Adakah kita boleh mengandaikan yang barangan yang tidak dinyatakan dalam buku panduan GST, kerajaan tidak akan dikenakan cukai GST?
Buku panduan yang dikeluarkan adalah sebagai panduan peniaga kedai runcit dan pengguna sahaja dan ianya tidak meliputi keseluruhan barangan.Hanya barangan yang disenaraikan dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014, Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 dan pelepasan Perintah CBP ( Pelepasan) 2014 yang tidak dikenakan GST.

30. Adalah dikatakan barangan zero-rated dan barangan yang akan dikecualikan boleh dikaji semula oleh kementerian yang berkenaan bersama Kastam. Apakah kayu ukur atau pun kriteria untuk sesuatu barangan untuk dijadikan zero-rated @ dikecualikan cukai GST?
Bagaimanakah proses kaji semula akan dilakukan?
Pertimbangan dibuat berdasarkan sama ada barang atau perkhidmatan tersebut adalah merupakan barangan keperluan asas rakyat Malaysia atau perkhidmatan kritikal. Kajian semula dilakukan mengikut keperluan.

31. Adakah perkhidmatan kesihatan swasta dikenakan cukai GST? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian?
Perkhidmatan kesihatan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan dibawah Perintah CBP (Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST.

32. Adakah pendidikan swasta dikenakan Cukai GST? Kalau adapengecualian, aspek apa yang ada pengecualian?
Pendidikan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST.

33. Siapakah yang mendapat manfaat paling besar dan yang paling rugi apabila GST dilaksanakan?
Pada keseluruhannya, rakyat dan negara akan mendapat manfaat paling besar dari pelaksanaan GST melalui kemudahan prasarana, infrastruktur, pendidikan, dan kesihatan.

34. Mengapa organisasi bukan berlandaskan keuntungan perlu dicukai dalam sistem GST walhal mereka bukanlah entiti komersial?
Organisasi yang membekalkan pembekalan bercukai sahaja dan melebihi nilai ambang 500 ribu yang perlu berdaftar dengan GST.

35. Badan amal dan agensi awam antarabangsa adalah dikecualikan cukai dan adakah mereka boleh mendapatkan pengecualian cukai selepas GST?
Perolehan barang, kecuali petroleum oleh Badan Amal Swasta (Private Charitable Entity) dan Orang yang berhak untuk keistimewaan diplomatik di bawah Ordinan Diplomatik 1949 dan Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna) 1966 (Person Entitled To Diplomatic Privileges Under The Diplomatic Ordinance 1949 and Diplomatic Privileges (Vienna
Convention) Act 1966) diberikan pelepasan cukai tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014.

36. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST Berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin?
Tiada kaĵian sedemikian pernah dibuat.

37. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.
Penambahan amaun BRIM memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang berpendapatan rendah.

38. Berapa lamakah masa yang diambil oleh pembekal, pemborong dan peruncit untuk mendapatkan kembali GST yang ditanggung dalam proses input?
Pulangbalik cukai akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penyata GST dikemukakan secara atas talian atau 28 hari bekerja bagi penyata yang diterima secara manual dengan syarat syarikat mengemukakan maklumat yang lengkap.

39. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan harga barangan yang berpatutuan sementara perniagaan memperoleh kembali GST?
GST bukan merupakan kos kepada peniaga. Cukai input yang dibayar oleh peniaga dibenarkan untuk dibuat pelarasan dengan cukai output yang dipungut oleh syarikat.
Langkah kerajaan adalah:
 Menjalankan Operasi Catut supaya peniaga-peniaga tidak mengambil
kesempatan menaikkan harga secara tidak berpatutan.
o http://gstmalaysiainfo.com/operasi-banteras-pencatutandiperhebat-sebelum-pelaksanaan-gst/
o http://gstmalaysiainfo.com/ops-catut-fasa-kedua-mula-2-april/
 Menyediakan talian komputer untuk pengguna membuat aduan
terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga dengan tidak
munasabah.
o http://gstmalaysiainfo.com/gst-lapor-salah-laku-peniaga-menerusiez-complaint/
 Menyediakan kemudahan melalui komputer untuk penggunapengguna
menyemak sama ada mana-mana penjual berhak
mengenakan GST.
o http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untuk-menyemakstatus-gst/

40. Ekonomi dipacu oleh kuasa memberi rakyat, dengan GST kuasa membeli akan berkurangan. Adakah itu bermakna kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi? Adakah anda mempunyai strategi untuk meningkatkan kuasa membeli?
Dengan GST kuasa membeli tidak akan berkurangan ini adalah kerana sebahagian besar barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal kepada rakyat adalah tidak dikenakan GST. GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dengan kadar yang lebih rendah dan peniaga berdaftar layak untuk menuntut balik cukai input yang dibayar. Ini dapat
mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran. Selain itu, bagi meringankan tanggungan cukai dengan perlaksanaan GST, kerajaan telah memperuntukkan penambahan bayaran BRIM kepada isirumah yang pendapatan kurang daripada RM4000 sebulan. Kerajaan juga telah memberi rebat cukai pendapatan sebanyak 1%-3% kepada golonggan berpendapatan sederhana dan tinggi. Semua langkah di atas akan meningkatkan kuasa
membeli rakyat.

41. Syarikat yang perniagaannya untuk satu tahun yang kurang daripada RM500,000 tidak perlu mendaftar kepada pihak Kastam dan membayar GST. Bagaimana pula jika suatu barangan yang sama dibekalkan oleh satu syarikat lain yang mempunyai jumlah bisnes melebihi RM500,000 yang berdaftar dengan Kastam dan syarikat yang dikecualikan itu?

42. Adakah barangan yang sama dari syarikat yang lain akan dikenakan cukai berbeza?
Barang yang dijual oleh perniaga berdaftar dikenakan GST. Manakala, barang yang sama juga dijual oleh peniaga yang tidak berdaftar GST tidak dikenakan GST tetapi dalam harga barang tersebut telah dimasukkan unsur GST. Oleh itu, harga atas barang berkenaan yang dijual oleh kedua-dua peniaga ini adalah tidak jauh berbeza dengan andaian lain-lain kos peniagaan dan margin keuntungan adalah sama.

43. Apakah kadar inflasi sekarang dan kadar inflasi selepas 1 April 2015? Adakah pihak kerajaan sudah membuat anggaran ini?
Kadar inflasi semasa dalam lingkungan 3%, Kerajaan telah menggangarkan
bahawa kadar inflasi akan meningkat sebanyak 1% selepas pelaksanaan
GST.

44. Apakah justifikasi menetapkan permulaan kadar GST pada 6%? Kenapa ianya tidak dimulakan pada kadar yang lebih rendah?
GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada kadar 5%, 6%, 10% dan spesifik. Pelaksanaan GST perlu mengambilkira kutipan hasil di bawah (SST) dan bantuan-bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Disamping itu, model GST Malaysia juga perlu menentukan impak minimal kepada Rakyat
secara keseluruhan dengan mengenakan GST pada kadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan asas yang digunakan oleh rakyat. Kadar 6% merupakan antara yang terendah di dunia.

45. Adakah pembelian yang dibuat oleh pihak Kerajaan ataupun GLC juga dikenakan GST?
Pembelian barang selain petroleum dan kereta oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak tertakluk kepada GST melalui pelepasan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014. Namun, perolehan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tertakluk kepada GST. Semua pembelian barang dan perkhidmatan oleh Government-Linked Company (GLC) tertakluk
kepada GST.

46. Untuk mematuhi regim GST, semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit adalah amat penting untuk perniagaan. Bagaimana pula jika sesuatu perniagaan dan pembeli membuat transaksi tanpa rekod demi untuk mengelakkan kesukaran ini. Maka adakah GST ini akan menyebabkan pasaran gelap bermaharajalela? Bagaimana kerajaan akan mengawal perkara ini?
GST merupakan salah satu cara untuk mengurangkan pasaran gelap kerana peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembélian yang kemaskini melayakkan peniaga untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan pinjaman bank. Jika orang berdaftar membeli dari pasaran gelap, mereka tidak layak untuk menuntut apa-apa cukai input dan ini akan meningkatkan kos perniagaannya.

48. Adakah pengecualian GST akan diberikan kepada golongan berikut:OKU, warga emas, penganggur, miskin tegar?
Model GST Malaysia telah mengambilkira keperluan ke semua golongan rakyat dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan asas dan perkhidmatan asas yang dikecualikan termasuklah pengangkutan awam,kesihatan dan pendidikan. Selain itu, bagi keperluan OKU, pembelian peralatan bantuan seperti kaki palsu, kerusi roda, tongkat, alat bantuan
pendengaran dan sebagainya layak untuk diberikan pelepasan daripada pembayaran GST melalui Perintah GST (Pelepasan) 2014. Kementerian Kewangan akan membuat kajian dan pertimbangan dari semasa ke semasa jika terdapat lain-lain keperluan kritikal kepada rakyat yang tidak berkemampuan.

52. Adakah menteri-menteri juga akan membayar GST seperti rakyat biasa kerana banyak perbelanjaan mereka disubsidi oleh pembayar cukai?
Menteri-menteri adalah tidak terkecuali daripada membayar GST ke atas setiap perbelanjaan mereka seperti rakyat biasa.

54. Hanya insurans hayat sahaja dinyatakan bebas cukai GST. Bagaimana pula dengan insurans kemalangan diri, penyakit kritikal, perubatan dan kesihatan?
Secara umum perkhidmatan insuran adalah tertakluk kepada GST. Namun, insuran hayat dikecualikan daripada dikenakan GST kerana ia berbentuk simpanan dan pelaburan untuk masa hadapan.

55. Kenapakah tambang pengangkutan awam naik sebanyak 23%-67% yang sepatutnya berkurangan setelah dipotong dari SST?
Kenaikan tambang pengangkutan awam yang didakwa meningkat dari 23% ke 67% tiada kaitan dengan pelaksanaan GST. Berdasarkan kajian, kesan GST ke atas kos perkhidmatan pengangkutan awam adalah minimum memandangkan pengangkutan awam dikecualikan daripada GST dan kadar GST adalah lebih rendah daripada SST. Kadar kenaikan tambang teksi sudah diusul kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan dikaji sejak beberapa lama dahulu iaitu sebelum pelaksanaan GST.

58. Jabatan Kastam Diraja telah dilabel sebagai salah satu agensi kerajaan paling korup. Bagaimana kerajaan boleh meletakkan kepercayaan kepada pejabat Kastam untuk mengutip GST?
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merupakan Agensi yang dipertanggungjawab untuk mentadbir cukai jualan dan cukai perkhidmatan sejak dikuatkuaskan pada 1970an.SST akan dimansuhkan dan dugantikan oleh GST mulai 1 APRIL 2015 maka sewajarnya GST ditadbir urus oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga. Jabatan sentiasa mengambil langkah membendung amalan tidak berintegriti di kalangan anggota jabatan dengan melaksanakan nilai-nilai murni,pusingan kerja (job rotation) dan mengenakan tindakan disiplin ke atas pegawai yang tidak mematuhi etika kerja dan peraturan-peraturan penjawat awam.

60. Kerajaan tidak boleh melaksanakan GST tanpa mekanisme kawalan dan auditan bersedia, dan tidak mempunyai mekanisme tersebut ketika ini. Bayangkan jumlah penipuan dan duit kopi yang akan diperolehi oleh juruaudit kerajaan sekiranya berlaku. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini?
GST merupakan sistem berasaskan penilaian kendiri (self assessment) dengan itu memerlukan sistem pengurusan risiko yang komprehensif dan mantap bagi memantau pembayaran cukai oleh mereka yang berdaftar. Sistem ini mengurangkan interaksi antara pegawai jabatan dengan peniaga dan sekaligus mengurangkan peluang penyelewengan di kalangan juruaudit. Sistem ini juga dibina lengkap dengan kelulusan berperingkat agar semua tindakan direkodkan dan dikawal oleh para penyelia.

61. Kebanyakan peruncit tidak langsung pernah merekodkan transaksi buat kali pertama. Bagaimana kerajaan dapat melaksanakan GST (kecuali pada supermarket dan retailers) kebanyakan perniagaan di Malaysia adalah dalam tunai dan tidak mengeluarkan invois dan sistem data. Hanya mereka yang mempunyai rekod yang baik dapat mengisi
data mereka dengan baik kerana tiada kepakaran audit. Jadi mengapa perlu GST?
GST tidak boleh dikaitkan dengan amalan perniagaan. GST pada hakikatnya membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian yang lebih efisyen (good business practice) bagi memudahkan mereka mengenalpasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi.

63. Bagi satu barangan yang dikecualikan GST, pekedai telah kenakan GST. Apakah yang patut saya lakukan? Bagaimana saya boleh mendapat kembali wang saya?
Hanya pekedai yang sudah berdaftar yang ada hak kenakan GST kepada harga barang. Pengguna boleh menyemak status pekedai sama ada berdaftar GST atau tidak melalui laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berikut http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untukmenyemak-status-gst/ Pengguna boleh melaporkan kepada JKDM kes pekedai yang tidak berdaftar GST tetapi mengenakan GST kepada harga barang. Aduan boleh dibuat melalui hotline 1-300-888-500, helpdesk atau di link berikut:

http://aduan.customs.gov.my

Pengguna juga boleh memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan wangnya kembali,

64. Berapa jumlah syarikat untuk yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM500,000 sebelum GST telah menutup perniagaan mereka untuk elak GST?
Tiada maklumat dan diluar bidang kuasa JKDM.

66. Adakah barangan keagamaan seperti kitab suci dan barang sembahyang dikenakan GST?
Kitab suci tidak dikenakan GST tetapi barang sembahyang tertakluk kepada GST, sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan

67. Adakah perkhidmatan LRT dan Komuter akan dikenakan cukai GST?
Perkhidmatan LRT dan Komuter dikecualikan dari GST.

68. Adakah kos penyelenggaraan untuk flat kos rendah dan apartment dikecualikan GST?
Kos penyelengaraan untuk semua perumahan di bawah hakmilik strata adalah dikecualikan dari GST.

69. Adakah perkhidmatan bas sekolah akan dikenakan cukai GST?
Perkhidmatan bas sekolah dikecualikan dari GST.

70. Bolehkah kadar 6% GST itu dinaikkan bila –bila masa? Apakah kriteria untuk meningkatkannya?
Cukai jualan telah diperkenalkan pada tahun 1972 manakala cukai perkhidmatan pada tahun 1975. Sejak dari itu, kenaikan kadar cukai jualan hanya berlaku sekali sahaja selepas 10 tahun pelaksanaannya iaitu pada tahun 1982 dari kadar 5% kepada 10%. Manakala kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% hanya berlaku pada tahun 2011 selepas 36 tahun pelaksanaannya.
Jika dibandingkan dengan negara-negara yang telah melaksanakan CBP seperti Australia, Jepun dan Singapura, didapati kenaikan kadar cukai hanya berlaku setelah beberapa tahun pelaksanaan CBP. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor seperti kestabilan ekonomi, kemantapan sistem CBP, penerimaan rakyat yang sangat tinggi serta impak terhadap pengguna mempengaruhi kenaikan kadar cukai.

71. Bagi barangan dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan,adakah GST akan dikenakan dan bagaimana ia ditentukan?
Sama ada barang dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan akan tertakluk kepada GST bergantung kepada kategori barang dan perkhidmatan tersebut sama ada ianya tertakluk kepada GST. Jika kategori barang dan perkhidmatan tersebut tidak tersenarai di dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 atau Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 maka ia tertaluk kepada GST.

72. Adakah perkhidmatan tandas awam dikenakan cukai GST?
Perkhidmatan tandas awam yang dibekalkan oleh orang berdaftar GST tertakluk kepada GST.

73. Adakah pakaian sekolah dikenakan GST?
Pembelian pakaian sekolah dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan.

74. Adakah alat-alat tulis yang digunakan di sekolah dikenakan GST?
Pembelian alat tulis dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan.

75. Dalam konteks mewujudkan masyarakat celik IT, adakah GST dikenakan bagi pembelian komputer?
Pembelian komputer dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST.

78. BRIM merupakan kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin untuk menghadapi kesan GST. Bolehkan kita membatalkan GST supaya kerajaan tidak perlu membayar BRIM?
Tidak. Sebenarnya BR1M telah diperkenalkan sebelum GST dilaksanakan lagi.

79. Syarikat yang mempunyai auditor dalaman akan mampu untuk menanggung kos pentadbiran GST jika dibandingkan dengan syarikat kecil yang tidak mempunyai auditor dalam. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu syarikat-syarikat kecil dengan pertambahan kos pentadbiran ini?
Kerajaan telah memberi bantuan dari segi handholding program (latihan percuma), bantuan dalam bentuk e-voucher untuk membantu PKS membeli perisian perakaunan patuh GST. PKS juga boleh datang pada bila-bila masa untuk mendapatkan konsultasi dan khidmat nasihat. Mereka juga layak mendapat elaun modal yang dipercepatkan dan insentif lain.
Panduan-panduan GST juga disediakan untuk PKS memahami GST yang boleh dimuat turun dari laman web sesawang seperti berikut :
a) Panduan Umum – http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_gg.aspx
b) Panduan Industri – http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_ig.aspx
c) Panduan Spesifik – http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_sg.aspx

80. Oleh kerana barangan makanan adalah zero rated adakah ia bermakna tidak akan ada peningkatan harga barangan makanan?
Sepatutnya barang yang dikelaskan dalam barang kategori berkadar sifar tidak akan naik sekiranya faktor-faktor lain yang menentukan harga (cth.kadar pertukaran matawang, cuaca, perubahan permintaan dan penawaran) tidak berubah (Ceteris paribus). Ini adalah kerana cukai yang dikenakan semasa era SST menjadi kos kepada peniaga. Tetapi selepas era GST cukai input boleh dituntut kembali. Ini bermakna tidak akan ada elemen cukai di dalam barangan yang dikelaskan sebagai barang berkadar sifar.

81. Jika pengembalian semula GST ditangguhkan, adakah kerajaan akan membayar pampasan kepada syarikat untuk memastikan kos tidak dipindahkan kepada pengguna?
Pulang balik GST akan dibayar oleh kerajaan dalam tempoh 14 hari sekiranya penyata dikemukakan secara atas talian atau 28 hari sekiranya penyata dikemukakan secara manual dengan syarat permohonan adalah lengkap. Namun pembayaran pulang balik tidak akan dibayar sekiranya Ketua Pengarah Kastam mempunyai alasan yang kukuh nilai yang dituntut
bukanlah nilai yang sepatutnya dituntut dan tiada pampasan akan diberi.

83. Beras dikecualikan GST, namun kos pengeluaran dan kos pengangkutan akan ada GST. Bukankah ia akan meningkatkan harga beras?
Beras adalah barang berkadar sifar. Iaitu tiada GST dikenakan. Tetapi semua GST yang dibayar ke atas input termasuk pengangkutan oleh pengeluar yang berdaftar GST boleh dituntut daripada kerajaan. Ini bermaksud GST bukanlah kos kepada pembekal beras yang berdaftar GST.

84. Sistem zakat mengambil cukai dari kaya untuk menolong yang miskin.Manakala GST adalah bertentangan iaitu cukai korporat dikurangkan satu peratus, cukai jualan barangan mewah dihapuskan dan GST dikenakan kepada semua. Bukankah ini bertentangan dengan sistem zakat dan haram?
Model GST di Malaysia adalah bersifat progresif bukan regresif. Iaitu bebanan cukai kepada golongan yang berpendapatan rendah adalah kurang berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi.

85. Adakah tol akan dikenakan GST?
Tidak, tol merupakan pembekalan dikecualikan dari GST. Adakah tambah nilai Touch N Go dikenakan GST? Tidak, tambah nilai Touch N Go merupakan pembekalan dikecualikan dari GST

Adakah parkir kereta akan dikenakan GST?
Ya, Jika perkhidmatan parkir kereta disediakan oleh orang berdaftar GST.

86. Dikatakan pendidikan dikecualikan GST, namun mengapa kelas tuisyen dikenakan GST?
Hanya pendidikan asas dikecualikan dari GST tetapi tuisyen merupakan kelas tambahan. Namun, pusat tuisyen yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.Ini bermaksud GST
bukanlah kos kepada pusat tuisyen yang berdaftar GST.

87. Adakah servis kereta akan dikenakan GST?
Ya, Jika perkhidmatan servis kereta disediakan oleh orang berdaftar GST.

88. Sesetengah syarikat mengiklankan mereka akan menyerap cukai GST, adakah tindakan ini sah dan bukankah ia bertentangan dengan semangat GST?
Sekiranya syarikat menyerap cukai GST, ia tidak bertentangan dengan semangat GST. Perundangan meminta peniaga memaparkan harga termasuk GST (GST inclusive price).

90. Adakah perkhidmatan gunting rambut dikenakan GST?
Kebanyakan kedai gunting rambut adalah dibawah nilai ambang RM500,000. Oleh itu hanya kedai gunting rambut yang berdaftar GST sahaja yang akan mengenakan GST.

91. Mengapakah makanan yang dikategorikan sebagai makan golongan miskin seperti maggi mee dan sardin dikenakan GST?
Sekarang pun Maggi mee dan sardin yang ditinkan adalah tertakluk kepada cukai jualan. Namun, peniaga yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.

94. Adakah pihak kastam ada melakukan pengiraan bagaimanakah harga 1000 barangan biasa selepas 1 April 2015?
Untuk membatalkan sebarang SST, kurangkan harga barangan pertengahan zero rated dan kemudian tambah GST untuk mendapatkan harga barangan yang berpatutan selepas GST diperkenalkan.Kajian akan dibuat selepas pelaksanaan GST

95. Jadi anda boleh memberikan kami senarai harga 1000 barangan biasa untuk KL-PJ untuk semasa dan selepas GST?
Jika anda menyerahkan kepada peniaga untuk menentukannya sendiri, mereka mungkin akan melebihkannya untuk GST.
Dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga dilarang mengaut keuntungan melampau. Tindakan dibawah bidang kuasa KPDNKK.

96. Adakah anda akan mengawal 350000 syarikat yang telah pun didaftarkan dengan GST? Bagaimana pula 1 juta syarikat kecil yang kemungkinan besar akan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang?
Ya. JKDM akan mengaudit syarikat yang berdaftar GST.Bagi mengawal kenaikan harga barang KPDNKK akan membuat pemantauan harga dari semasa ke semasa ke atas syarikat dan peniaga.

98. Bagaimanakah orang awam dapat membuat aduan jika mereka, mengesyaki pegawai penguatkuasa kastam menerima rasuah dari ahli perniagaan?
Orang awam boleh membuat aduan kepada Ketua Pengarah Kastam (KPK) di link: http://aduan.customs.gov.my atau terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di link : www.sprm.gov.my/laporkanrasuah. Adakah pegawai penguatkuasa akan memakai tanda nama? Pegawai penguatkuasa adalah dikehendaki untuk memakai tanda nama
sepanjang waktu bertugas.

99. Berapakah jumlah jam dalam seminggu yang akan diambil untuk memasukkan segala data yang diperlukan untuk memasukkan input GST di dalam sistem komputer sekiranya perniagaan hanya mempunyai pulangan sebulan RM50k?
Bergantung kepada berapa banyak transaksi yang berlaku.

100. Jika seseorang itu tidak celik komputer dan memerlukan perkhidmatan luar untuk melakukan kerja-kerja memasukkan data GST ini, berapa kos yang ditanggung beliau dalam seminggu.
Ia bukanlah satu keperluan untuk memasukkan input GST melalui sistem komputer tetapi rekod perniagaan masih boleh disimpan secara manual selagi ianya mematuhi akta dan peraturan GST. IT biasanya dapat memudahkan urusan perniagaan berkaitan dengan GST.

101. Kastam seringkali menyatakan beras adalah cukai sifar. Adakah ini bermakna pesawah dapat mengutip kembali GST yang mereka bayar untuk baja dan racun serangga? Bagaimanakah mereka dapat melakukannya kerana mereka adalah petani kecil dengan jumlah pendapatan yang sedikit, mereka ini tidak berdaftar dengan kastam
untuk GST?
Untuk pekebun kecil, Skim Kadar Rata disediakan bagi membolehkan petani kecil mendapat kembali GST yang telah dibayar oleh petani tersebut.

102. Jadi jika petani kecil tidak dapat menuntut kembali peningkatan harga barangan input, kemudian adakah pengilang beras akan menaikkan harga beras yang dibeli oleh mereka? Ini adalah kerana harga beras di pengilang adalah ditetapkan oleh kerajaan. Jika tiada peningkatan harga beras di pengilang, maka petani kecil akan menderita
pengurangan jumlah pendapatan mereka. Jika terdapat kenaikan harga, adalah ia akan mengakibatkan peningkatan harga beras?
Subsidi beras akan dikekalkan oleh kerajaan. Beras termasuk barang kawalan harga oleh KPDNKK.

103. Bolehkah pengilang beras menuntut kembali input cukai bagi elektrik yang digunakan? Dan bagi pertukaran “spare parts” dan pembungkusan plastic? Sekiranya beras tidak cukai sifar, adakah harga di peringkat pengilang akan naik? Tidakkah ini akan dipindahkan kepada pengguna pada akhirnya?
Pembekalan beras adalah pembekalan berkadar sifar. Jadi, pengilang beras yang berdaftar boleh menuntut semua GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.

104. Dari kilang kepada pemborong, adakah syarikat pengangkutan akan mengenakan GST kepada pemborong? Adakah pemborong dapat menuntut kembali sebagai cukai input? Jika pemborong dapat menuntut pelepasan cukai input, bukankah itu merupakan satu kekurangan kepada syarikat pengangkutan kecil yang tidak didaftar dengan GST? Untuk syarikat ini, mereka tidak dapat memindahkan GST yang dibayar kepada pembelinya kerana mereka juga tidak boleh
mengutip GST.
Ya. Syarikat pengangkutan yang berdaftar GST akan mengenakan GST kepada pemborong.Pemborong boleh menuntut kembali GST yang dibayar sebagai input tax jika ia berdaftar GST. Bagi syarikat pengangkutan kecil yang tidak berdaftar, GST yang telah dibayar ke atas input akan terkandung dalam harga yang dijual.

105. Adakah ubatan berikut cukai sifar?Sulperazone (antibiotic yang digunakan untuk jangkitan yang serius), Simvastatin(untuk mengurangkan kolestrol), ubatan anti HIV Ubat-ubatan yang tersenarai di dalam senarai Ubat-Ubatan Penting Kebangsaan (NEML) adalah berkadar sifar. 321 entiti kimia meliputi 4215 jenama berkadar sifar.

106. Banyak doktor persendirian menyewa ruang klinik dari hospital swasta. Adakah pihak hospital akan mengenakan cas GST untuk penyewaan ini/Bagaimana pula perkhidamtan yang “dibeli” oleh doktor-doktor persendirian ini dari hospital. Sebagai contoh: ujian, xray, ubatan? Tidakkah semua ini dikenakan GST?
Hospital swasta akan mengenakan GST ke atas penyewaan ruang klinik. Ubatan yang berada dalam senarai NEM tidak dikenakan GST.Perkhidmatan dan X-ray dikecualikan dari GST.

Sumber : http://gst.customs.gov.my/en/cp/SiteAssets/106%20Questions%20Response%20by%20Customs.pdf

Monday, 30 March 2015

LIGA M: AZRAAI AKAN BARISKAN 'PENDEKAR MUDA' KELANTAN

PETALING JAYA: Juara treble 2012, Kelantan akan membariskan beberapa muka baru yang terdiri daripada pemain muda bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia musim ini.
Ketua jurulatihnya yang baharu, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, beliau akan meneruskan tradisi dengan membariskan tenaga muda dalam usaha mengembalikan kegemilangan "The Red Warriors".
Jika dilihat pada rekod Azraai sebelum ini, beliau banyak menerap dan memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk beraksi bersama skuad utama.
Jurulatih berpengalaman itu juga pernah melahirkan pemain muda berkualiti untuk negara seperti Badrol Bakhtiar, Mohammad Khyril Muhymeen Zambri dan Ahmad Syakir Mohd Ali.
"Saya akan menilai pemain-pemain muda pasukan Kelantan dan jika ada yang berpotensi, sudah tentu pemain tersebut akan diberi peluang untuk beraksi bagi skuad utama", kata beliau ketika dihubungi mStar Online, Isnin.
Menurutnya, pemain-pemain muda yang mempamerkan kesungguhan dalam permainan dan berpontensi tinggi  tidak perlu menunggu lama sebaliknya akan dipilih terus untuk mewakili Kelantan.
"Jika ada pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang dan kematangan dalam permainan, saya rasa mereka harus diberi peluang  beraksi dengan pasukan utama tanpa perlu menunggu masa yang lama," jelasnya.
Azraai memberitahu, pihaknya telah mula mengesan bakat muda di negeri itu menerusi tinjauan terhadap beberapa perlawanan.
"Saya juga menonton perlawanan Piala Belia di antara pasukan Kelantan menentang Johor Darul Takzim (JDT) dan saya amat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan kerana ada beberapa pemain yang berpotensi untuk beraksi dengan skuad utama," tambahnya.
Azraai bakal mengharungi perlawanan pertamanya sebagai ketua jurulatih Kelantan menentang pasukan Terengganu pada 4 April ini. - mStar