ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS UMUM SEDIA BERSATU DENGAN UMNO !!!

Monday 5 May 2014

PAS UMUM SEDIA BERSATU DENGAN UMNO !!!


Tindakan UMNO menyokong PAS dalam perancangan untuk melaksanakan Hudud dilihat sebagai satu ancaman serius kepada sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat.

PKR dan DAP secara jelas amat berang dengan tindakan tersebut dan turut menyesali tindakan pemimpin tertinggi PAS yang berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh pemimpin UMNO.

Untuk mengelakkan Enakmen Hudud ini terlaksana, DAP dan PKR mula memainkan peranan dengan melakukan provokasi dengan menuduh UMNO cuba mengambil kesempatan dan mengaitkan bahawa PAS cuba melakukan agenda sulit dalam permasalahan ini.

Melihat kepada fitnah yang ditaburkan oleh rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat, Timbalan Menteri Besar Kelantan telah tampil menafikan segala tohmahan yang dilemparkan terhadap PAS dan UMNO dalam permasalahan Hudud ini.

Dalam satu sidang media,Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan segala fitnah yang dilemparkan itu. Baginya segala kesepakatan antara UMNO-PAS adalah ikhlas demi kepentingan kesejahteraan ummah dan tiada agenda tersembunyi

“Fitnah yang dilemparkan adalah mengarut, saya menafikan ada agenda sulit dan tuduhan tersebut adalah tidak berasas, perbincangan Kelantan dan Pusat atas dasar hudud sahaja.“Apa salahnya sebagai orang Islam UMNO dan PAS bekerjasama", ujar beliau kepada media.

Beberapa hari lepas, beberapa blog PR telah menghentam kepimpinan PAS dan menganggap pemimpin PAS bodoh kerana percaya dengan UMNO kononnya hanya bersandiwara dalam memberi sokongan terhadap perlaksanaan hudud ini. Namun perkara tersebut dilihat tidak memberi kesan terhadap kedua-dua parti tersebut.
UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment