ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: OPERASI MENCARI PESAWAT MH370 MASIH DITERSUKAN DI LOKASI TERAKHIR RADAR PESAWAT !!!

Saturday, 8 March 2014

OPERASI MENCARI PESAWAT MH370 MASIH DITERSUKAN DI LOKASI TERAKHIR RADAR PESAWAT !!!

Kedudukan terakhir MH370 Sebelum tiba – tiba hilang.
SEPANG: Kedudukan isyarat terakhir pesawat MH370 direkodkan oleh radar Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada pukul 1.30 pagi Sabtu.


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, ini adalah kedudukan pada radar MH370 sebelum pesawat itu hilang pada pukul 1.30 pagi.

“Isyarat itu tiba-tiba hilang,” kata Azharuddin kepada para pemberita di Pusat Penyelarasan Operasi di Hotel Sama-Sama di sini, Sabtu.

Beliau berkata, Malaysia mengadakan operasi mencari dan menyelamat bagi pesawat itu dengan menumpukan lokasi luar pantai Vietnam dengan koordinat latitud dan longitud 0655N 103343E.

MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas pada pukul 12.41 tengah malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi. 
-Mstar.

#pray4MH370 ; Pasukan Penyelamat Sudah Tiba Di Lokasi Akhir Pesawat

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah sampai ke lokasi terakhir MH370 yang dilaporkan terputus hubungan iaitu 120 batu nautika ke timur Kota Bharu.

Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) APMM, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin memberitahu Astro AWANI bahawa kawasan seluas 40 batu nautika telah diperiksa tetapi tiada apa-apa yang signifikan dijumpai lagi.


“Tadi, pesawat kami menjumpai satu objek tetapi setelah disiasat ia hanya satu kanvas berwarna oren yang tidak berkaitan,” kata Hamid.

Antara aset APMM yang telah sampai di lokasi adalah kapal KM Amanah, KM Langkawi, serta KD Pahang daripada Tentera Laut DiRaja Malaysia.


Sebuah pesawat Bombardier serta helikopter EC275 tentera turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.


Pesawat Boeing 777-200 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas berlepas.

Dalam rancangan kedua operasi itu, pasukan-pasukan penyelamat akan menggerakkan KD Terengganu dan beberapa kapal kecil serta pesawat Augusta.
 – Astro Awani
Senarai krew 
1. Zaharie Ahmad Shah (Kapten) 
2. Farid Ab Hamid (Pembantu Juruterbang) 
3. Patrick Francis Gomes
4. Andrew Nari 
5. Goh Sock Lay
6. Tan Ser Kuin 
7. Wan Swaid Wan Ismail 
8. Junaidi Mohd Kassim 
9. Mohd Hazrin Mohamed Hasnan 
10.Ng Yar Chien 
11.Foong Wai Yueng 
12.Tan Size Hiang 

Senarai Penumpang Malaysia 

1. Anne Cathrine Daisy,56 
2. Biby Nazli Mohd Hassim,62 
3. Chan Huan Peen,46 
4. Chen Wei Hoing,43 
5. Chew Kar Mooi,31 
6. Chong Mei Ling,33 
7. Dina Mohamed Yunus Ramli,30 
8. Guan Hua Jin,34 
9. Hue Pui Heng,66 
10. Jee Jing Hang,41 
11. Lee Kah Kin,32 
12. Lee Sew Chu,55 
13. Maria Mohamed Yunus Ramli,32 
14. Mohamad Sofuan Ibrahim,33 
15. Mohd Khairul Amri Selamat,33 
16. Muhamad Razahan Zamani,29 
17. Muzi Yusop,50 
18. Ng May li,37 
19. Noorida Mohd Hashim,57 
20. Norfadzillah Mat Rahim,39 
21. Norlia Akmar Hamid,33 
22. Ramlan Safuan,32 
23. Sim Keng Wei,53 
24. Suhaili Mustafa,31 
25. Tan Ah Meng,46 
26. Tan Chong Ling,48 
27. Tan Sioh Peng,32 
28. Tan Wei Chew,19 
29. Tee Lin Keong,50 
30. Teoh Kim Lun,36 
31. Tong Soon Lee,31 
32. Wan Hock Khoon,42 
33. Wong Sai Sang,53 
34. Yap Chee Meng,39 
35. Koh Tiong Meng 
36. Tan Teik Hin 
37. Lim Pow Chua 
38. Puspanathan Supramaniam 

No comments:

Post a Comment