ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #PrayForMH370 : KENYATAAN RASMI DARI MAS !!!

Saturday, 8 March 2014

#PrayForMH370 : KENYATAAN RASMI DARI MAS !!!





*Dapatkan maklumat rasmi dari 2 laman web di atas. 
Tolong jangan sebarkan khabar angin dalam waktu-waktu sebegini.

Operasi diperluas babitkan kerjasama 4 negara
KUALA LUMPUR - Kawasan operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang hilang hari ini, diperluas sehingga ke sempadan negara Vietnam selepas pencarian awal buntu menemui pesawat itu.

Kawasan asal operasi ialah 120 batu nautika timur Kota Baharu, Kelantan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha mencari pesawat itu diteruskan dengan memperluas kawasan operasi kerana pesawat berkenaan belum ditemui.

"Kami tidak menemui sebarang bangkai pesawat," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Sama-Sama, KLIA di Sepang selepas bertemu anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu.

Operasi mencari pesawat itu turut memperkukuh kerjasama erat antara komuniti Asean, China dan Amerika Syarikat. 

Najib berkata Singapura dan Vietnam bersetuju menyertai operasi itu bersama-sama Amerika Syarikat dan China dengan menggembleng beberapa aset bagi menjayakannya.

Malaysia turut menambah asetnya untuk operasi itu membabitkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). 

Pesawat MH370 itu hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12.41 pagi menuju ke Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. 

Menurut MAS, seramai 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, lima warga India, tujuh Indonesia, seorang Rusia dan dua Ukraine adalah antara 227 penumpang dari 14 negara.

Sehingga kini, tidak diketahui nasib pesawat itu serta penumpang dan 12 anak kapalnya.

Perdana Menteri berkata terdapat beberapa teori berkaitan kehilangan pesawat itu dan menyifatkan teori ia dirampas hanyalah spekulasi. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pula berkata insiden itu tidak menjejaskan operasi penerbangan pesawat MAS yang lain manakala Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan operasi semua penerbangan di KLIA berjalan seperti biasa. - Bernama

No comments:

Post a Comment