Subhanallah. Ini adalah replika rumah Nabi yang mulia Rasulullah ﷺ yang bersandarkan hadis yang sahih. Replika ini dipertontonkan di Jeddah. Betapa 'ringkas'nya kehidupan Rasulullah ﷺ.
Disaat kita merengek-rengek mahukan rumah yang mewah dan selesa bagaikan mahu tinggal di dunia buat selama-lamanya. Lihatlah bagaimana rumah junjungan yang mulia ﷺ yang hanya menjadikan rumah di dunia ini sebagai sebuah 'pondok' persinggahan menuju ke dunia yang satu lagi.
Usah kita sibuk mencari dan bertanyakan kepada orang lain, mengapa mereka tidak boleh mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ, sebaliknya tanyalah kepada diri kita sendiri, kenapa kita tak mampu bertindak seperti Rasulullah ﷺ.
Firman ALLAH Subhanawata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 44
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal???
No comments:
Post a Comment