ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAHANA FACEBOOK : AKHLAK REMAJA SEMAKIN TERUK !!! (GAMBAR SX)

Wednesday, 26 February 2014

BAHANA FACEBOOK : AKHLAK REMAJA SEMAKIN TERUK !!! (GAMBAR SX)

Bangga Kongsi Di Facebook Baru Lepas Kena Raba

Kadang-kadang terfikir juga, kalau pun usia masih muda takkanlah remaja-remaja sekarang tak boleh fikir sesetengah status boleh menjatuhkan maruah mereka?
Sebabnya, sudah terlalu banyak status bodoh dan mengaibkan yang dikongsikan di laman Facebook namun ia nampaknya tidak memberi pengajaran kepada sebilangan orang untuk ambil pengajaran.
Contohnya status di atas, remaja terlibat begitu bangga bercerita dia baru sahaja diraba boyfriend dan bercadang untuk mengulanginya kerana rasa seronok. Tak padan dengan usia muda dan bertudung pula tu!
Akibatnya, ramailah lelaki yang ambil kesempatan menjual minyak di akaun Facebook remaja tersebut.
Dalam bahasa lain, lelaki jenis hidung belang dapat berasakan di tahap mana akhlak remaja perempuan ini jadi masing-masing pun mencuba nasib kot-kot boleh tumpang sekaki dapat barang free.
Nak salahkan lelaki sepenuhnya pun tak boleh juga kalau dah yang perempuan awal-awal lagi dah bagi ‘hint tahap moral dirinya kan? 
– REM RAMZI

Status Sengal Remaja Yang ‘Malu Besar’

Memang bukan satu perkara pelik apabila berhadapan dengan status-status bodoh yang dikongsikan oleh remaja kita di media sosial terutama Twitter dan Facebook.
Terbaru, seorang budak perempuan memuat naik status yang menjatuhkan maruah sendiri.
Tak tahulah pula sama ada dia rasa bangga kalau semua orang baca status tersebut atau dia memang bodoh sebab tak tahu fungsi direct message.
Walaupun cuba bersangka baik tapi terlalu susah sebab rasanya semua orang yang baca akan dapat faham apa telah dilakukannya bersama teman lelaki.
Kepada pembaca MNH, marilah kita sama-sama berdoa agar ibu bapa remaja ini dapat tahu tentang status yang dimuatnaik oleh anak gadis mereka ini jadi mereka boleh memberikan nasihat berguna atau mengahwinkan anak mereka ini dengan segera.
Apa pun inilah namanya malu tak bertempat… 
– REM RAMZI

Berdoa Sambil Buat Maksiat?

Keghairahan bercinta selalu membuat ramai remaja terlalu mengikut perasaan sendiri.
Orang kata kalau dah tengah seronok tu, air muka mak ayah dan hukum agama semua ditolak tepi.
Kalau sebelum ini seorang remaja berjanji bulan bintang kepada kekasih yang baru seminggu bercinta, kali ini seorang remaja pula berdoa bukan main lagi pada Allah Taala.
Berdoa dah tentulah tak salah, tapi kalau dah berdoa sambil tangan pakwe menjalar ketat kat pinggang apa kes?
Aduhai adik-adik sekelian, tolonglah berfikir panjang sebelum mengepos apa-apa ke laman sosial selepas ini.
Selain memalukan mak bapak, takut nanti satu Malaysia ketawakan kebodohan dan kejahilan awak. Masa depan panjang lagi kot! Belum tentu dia tu akan jadi jodoh awak yang nak tunjuk sangat lovey dovey tu kat orang lain.
Oleh: REM RAMZI

Remaja Sanggup Cium Kaki Awek Bukti Cinta

remaja
GELENG kepala kami tatkala melihat perlakuan seorang remaja lelaki yang sanggup mencium kaki teman wanitanya sebagai tanda cinta melalui gambar yang tersebar di laman Facebook.
Fuh, habis segala bau masam kaki dihidunya!
Agak-agaklah kalau hendak tunjuk kemanisan bercinta di laman sosial.
Kalau bertahan sampai kahwin tak mengapalah, tapi kalau putus di tengah jalan macam mana?
Sampai bila-bilalah gambar awak mencium kaki itu tersebar di laman maya ya…
Oleh: ELZA
MyNewshub

No comments:

Post a Comment