ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: EMAIL DARI PEMBACA TENTANG PERBEZAAN BR1M DAN TAWAS !!!

Tuesday, 25 February 2014

EMAIL DARI PEMBACA TENTANG PERBEZAAN BR1M DAN TAWAS !!!


Parpu,

Sebahagian rakyat telah menerima bantuan BR1M. Yang mengomen adalah puak Pembangkang yang maha pemalas, hanya harapkan rezeki disuapkan.

Ingat kembali, kerajaan Selangor telah menubuhkan TAWAS dimana dana disediakan untuk anak Selangor daripada mula dilahirkan sehingga berumur 18 tahun. Dana berkenaan disimpan dengan kerjasama AmBank. Seletelah mendaftar 2 orang anak melalui skim ini, kekeliruan timbul dimana:
1. Tiada khabar berita mengenai status dana berkenaan apakah ia masih aktif ataupun telah berkubur.
2. Kami tidak diberikan penyata kewangan samada nombor akaun, akses semakan internet dsb.
3. Jikalau dana ini berkubur, diminta MB memberikan kenyataan mengenai penamatannya. Jikalau masih aktif, ini menunjukkan bahawa ketidak efisyen kerajaan negeri dalam merakyatkan ekonomi dengan mengatakan "terlalu banyak data yang hendak diuruskan". Hari ini, kami berumur 4 dan 3 tahun, hanya mendapat kad keahlian yang tidak tahu apa kegunaannya dan nilainya.

Dimana dana merakyatkan ekonomi yang dijanjikan? Semoga MB mahupun bakal MB dapat menyelesiakan isu ini sebelum orang beranggapan penyelewengan disiang hari.

Dahla penantian Rumah Mampu Milik dengan keluasan minimum 800 kaki persegi, berharga di bawah RM150,000 seunit bak menanti kucing bertanduk.

Dengan DUN Kajang jadi taruhan, ini adalah waktu terbaik anak kami menuntut hak sebagai rakyat Selangor.

Credit : HousePK

No comments:

Post a Comment