ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAYAT ADO KUALA TERENGGANU DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI KUALA BERANG SELEPAS 3 HARI HILANG.

Tuesday, 18 February 2014

MAYAT ADO KUALA TERENGGANU DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI KUALA BERANG SELEPAS 3 HARI HILANG.


mayat2

KUALA TERENGGANU - Penolong Pergawai Daerah (ADO) Kuala Terengganu yang dilaporkan hilang Sabtu lepas, hari ini ditemui mati di Sungai Tajin, Kuala Berang di sini.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata mayat Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, ditemui terapung di sungai itu kira-kira 10.30 pagi ini oleh tiga remaja lelaki yang sedang memancing di sungai berkenaan dan melaporkannya kepada polis.
   
"Mayat masih lengkap berpakaian kemeja T berwarna oren serta berseluar track. Kita percaya mayat berkenaan adalah mayat mangsa yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh ahli keluarga mangsa," katanya dalam sidang media di sini.
   
Menurutnya siasatan lanjut berhubung insiden itu sedang dijalankan dan polis percaya mangsa telah meninggal dunia lebih dari tempoh 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung.
   
Beliau berkata hasil siasatan ke atas mayat berkenaan, polis menjumpai kunci kereta jenis Audi di dalam poket seluarnya.

Manoharan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.
   
Katanya mangsa telah keluar rumah kira-kira pukul 6 pagi pada Sabtu lalu dan isterinya menyangka beliau keluar untuk bersolat namun selepas tidak kembali ke rumah isterinya yang berusia 33 tahun telah membuat laporan polis pada hari yang sama.
   
Siasatan awal yang dijalankan pihak polis menemui kereta milik mangsa kira-kira pukul 9.30 malam berhampiran Pejabat Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang pada hari yang sama, katanya.
   
Manoharan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian mangsa sehingga bedah siasat selesai dijalankan untuk mengetahui punca kematiannya.

Bernama

No comments:

Post a Comment