Gambar Hiasan |
PENGKALAN HULU - Sepasang suami isteri dari Kampung Selarong di sini terpaksa membawa anak lelaki mereka berusia empat tahun yang berhadapan masalah saluran penafasan sempit dengan menaiki motosikal lebih 150km bagi mendapatkan rawatan.
Kerana kesempitan hidup, Yusri Ishak, 43, dan isterinya Mastura Azizan, 39, tidak mampu menyewa kereta untuk membawa anak mereka Muhammad Faiz Haikal mendapatkan rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah.
Anak mereka mula dikesan menghadapi masalah saluran pernafasan sempit lebih setahun lalu dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang, lebih 150km dan Hospital Sultanah Bahiyah hampir 170km dari rumah mereka.
"Sering kali anak saya diarahkan mendapatkan rawatan susulan di hospital Pulau Pinang atau Hospital Sultanah Bahiyah. Kami menerima bantuan RM100 hingga RM200 dari pihak Baitulmal dalam meringankan beban kami," kata Yusri kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya.
Mastura dengan sayu berkata sekiranya hujan lebat tatkala dalam perjalanan, mereka terpaksa berhenti di bawah jambatan atau di mana-mana tempat yang boleh berteduh tetapi jika hujan tidak lebat, mereka meneruskan perjalanan.
Pasangan itu bersama-sama enam anak mereka tinggal dalam rumah dua bilik yang dibina pihak Baitulmal Pengkalan Hulu sejak dua tahun lalu.
Muhammad Faiz Haikal perlu mendapatkan rawatan pada 23 Februari ini di Hospital Sultanah Bahiyah.
Anak sulung pasangan berkenaan, Nur Ayuni, 16, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban manakala adiknya Nur Aleyton, 11, Adam Rahman, 9, dan Nur Aqila Aiman, 7, belajar di Sekolah Kebangsaan Bekuai tidak jauh dari rumah mereka. Anak bongsu pasangan itu Abd Rahman berusia tiga tahun.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Yusri Ishak, nombor akaun 02118 29 000246229 atau menghubunginya di 013-4682287.

Bernama
No comments:
Post a Comment