ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: IMAM "BALING SELIPAR SUDAH INSAF....(VIDEO INSIDE)

Tuesday, 25 February 2014

IMAM "BALING SELIPAR SUDAH INSAF....(VIDEO INSIDE)

Masih ingatkah lagi kisah seorang imam yang bertindak biadap dengan membaling selipar kearah Hakim dalam Mahkamah???

Imam itu adalah ahli PAS seumur hidup, Hoslan Hussin yang turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demo, pernah mendapat perhatian umum dan menghiasi dada dada akhbar serta mendapat liputan berita telivisyen ketika kisah ini hangat diperkatakan.

SEORANG imam yang mencetuskan kontroversi apabila bertindak membaling sepasang seliparnya yang dipakai ke arah panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan pada 22 Februari 2012, ketika menghadiri prosiding berkaitan kes antara dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ketika itu keputusan tidak memihak kepada dirinya.
Susulan kes berkenaan pada 8 Mac 2012, Hoslan dihukum penjara selama setahun kerana didapati bersalah menghina mahkamah.
Hukuman disampaikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dalam prosiding tiga panel hakim.
Bagaimanapun selepas kes berkenaan berlalu, Pada 22 Februari tahun ini (2014), Hoslan dilihat berada di YouTube satu rakaman video berkenaan imam berkenaan yang dikatakan sudah insaf selepas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilancarkan pada 22 Februari lepas.
Jom kita saksikan video itu yang dimuatnaik di saluran Minaq Jinggo.
MYNEWSHUB.MY

No comments:

Post a Comment