KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tidak menyangka pemilik salon yang dipilihnya untuk mendapatkan khidmat dandanan rambut merupakan individu yang pernah menjadi mangsa ragutnya sebelum ini.
Menurut sumber, rahsia itu terbongkar apabila salon yang terletak di Jalan Kampung Dalam, di sini, diserbu sepasukan polis kira-kira jam 10 malam, kelmarin.
Semasa serbuan dilakukan, wanita berusia 33 tahun itu secara kebetulan berada di dalam salon tersebut dan sedang mendapatkan khidmat dandanan rambut daripada mangsa sendiri.
Rahsia itu terbongkar selepas polis memeriksa dompet milik wanita itu sebelum menemui kad keahlian termasuk kad keahlian atas nama mangsa,” katanya.
Jelas sumber, difahamkan, sebelum ini, pemilik salon berusia 27 tahun itu pernah membuat laporan polis selepas beg tangannya dilarikan seorang lelaki ketika sedang makan bersama suaminya di sebuah restoran di Jalan Sultan Ismail, di sini, Rabu lalu.
“Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, suami mangsa cuba mengejar lelaki terbabit yang melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa tetapi gagal.
“Susulan kejadian, mangsa terpaksa menanggung kerugian wang tunai RM3,500 dan kehilangan beberapa dokumen penting termasuk kunci rumah dan kedai,” katanya.
Kata sumber lagi, bagaimanapun, polis mengesyaki wanita itu turut terlibat dalam kes kecurian tersebut kerana menurut maklumat awal mangsa, dia ternampak seorang wanita berada dalam kereta berkenaan semasa kejadian.
“Wanita itu ditahan untuk siasatan selanjutnya selepas penemuan kad keahlian milik mangsa di dalam dompet miliknya,” katanya.
Difahamkan, semasa serbuan dilakukan, suami kepada wanita tersebut turut berada di sekitar lokasi kejadian namun melarikan diri apabila ternampak ibu kepada dua anak itu ditahan polis.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan wanita yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk disiasat.

No comments:
Post a Comment