ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK KAJANG : KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Tuesday 4 February 2014

PRK KAJANG : KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PAS akan membantu calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Kenyataan Media Presiden PAS



Selasa 4 Februari 2014

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya pada jam 9.00 malam, Isnin 3 Februari 2014 bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat. Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kawasan Dewan Undangan Negeri N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan ADUN Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.

Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu YB Dr Mohd Hatta Ramli pula dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK ini. Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit.

Mesyuarat juga merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami. Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan. PAS mendesak agar pihak Tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS



Aduhaii kenapa boleh jadi lagu tu ?

         Khalid Samad dan Nasharudin adalah diantara pemimpin PAS yang di lihat begitu lantang mengkritik tindakan perletakan jawatan oleh ADUN Kajang sebelum ini. Mereka menyifatkan tindakan itu tidak ubah seperti mengkianati pengundi di Kajang.

          Antara yang turut menyindir tindakan Anwar adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS , Zaharuddin Mohammad melalui akaun facebook apabila menyindir pemimpin Pakatan Haprak terutamanya Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli supaya hentikan membuat statement bodoh.

Satu persoalan yang rasanya wajar sekali di kongsikan dengan semua..Sejauh mana agaknya suara-suara ini mampu mengubah keputusan PKR yang sudah pun di putuskan ???

Dengan Guan Eng pun bersetuju Anwar sebagai calon di Kajang , rasanya desakan puak PAS ni sekadar anjing menyalak bukit saja !!!

Setakat sekarang rekod dengan jelas menunjukkan PAS bakal lemas dalam dakapan kerana suara mereka hanya sekadar suara pencacai dalam PAKATAN HARAM !!!

No comments:

Post a Comment