Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas kenaikan 30% tarif air di Kelantan. Tak lupa juga pada pengundi-pengundi luar yang telah sepakat memilih PAS sebagai pemerintah di negeri Kelantan. Paling kami berterima kasih adalah kerana Kerajaan Negeri menaikkan tarif air secara senyap.
Kisah air di Kelantan bukanlah satu perkara baru. Rata-rata, ianya menjadi bualan harian penduduk Kelantan yang saban hari merungut akan kualiti kandungan air tersebut.
Itu bukanlah satu persepsi, malah gambar-gambar air yang dibekalkan melalui pili-pili domestik jelas menunjukkan kadar bahaya yang mungkin akan ditanggung oleh rakyat Kelantan.
Virus E.Coli, logam berat seperti arsenik atau apa jua bentuk entiti yang boleh memudaratkan boleh diandaikan terkandung di dalam air tersebut, hanya dengan melihat warnanya sahaja.
Negeri yang diwar-warkan mendaulatkan Islam seharusnya faham, pemerintah perlu untuk menyediakan kemudahan asas hidup kepada rakyatnya, dan bukannya sekadar menjadi jaguh hudud semata. “Priority” perlu difahami, bukan retorik politik semata.
No comments:
Post a Comment